Rabu, 15 Julai 2009

Petanda Kebangkitan semula BN

Utusan Malaysia melaporkan kekalahan tipis BN sebanyak 65 undi menandakan kebangkitan semula BN kerana PRK Manek Urai berlangsung di negeri pimpinan Kerajaan PAS, beberapa orang penganalisa politik yang ditemui berpandapat, walaupun BN tewas tetapi rakyat telah memberi isyarat jelas proses pemulihan dalam UMNO telah diterima rakyat disamping memperakui konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Seri MohdNajib Tun Razak selaku PM telah menampakkan hasilnya.

Ramai percaya pendekatan mesra rakyat yang dibawa oleh BN semasa pilihanraya kecil manek Urai telah menarik sokongan rakyat kepada BN disamping perpaduan dikalangan pemimpin UMNO Negeri Kelantan dan kepimpinan UMNO bahagian Kuala Krai.
tipis BN di Manek Urai

Selasa, 14 Julai 2009

Selamat Mengundi- Manek Urai




Hari ini 14 Julai, 2009 pengundi di Manek Urai akan membuang undi bagi penentu kepada UMNO/ BN atau PAS untuk menjuarai kawasan tersebut setelah kempen yang dianggap paling bersih dalam sejarah pilihanraya kecil Malaysia yang melibatkan kedua-dua parti.

Calon PRK Manek Urai samada dari BN atau PAS telah menunjukkan semangat tinggi disamping dapat mengawal penyokong masing2 dengan mengikut peraturan SPR dan undang-undang Negara, SYABAS kepada semua... Sekarang terpulang kepada anda untuk memilih Permata atau Kaca, tepuk dada tanya selera.... SELAMAT MENGUNDI!