Selasa, 23 Februari 2010

KERTERBUKAAN DALAM PAKATAN RAKYAT HAKIS DENGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA DISPLIN WAKIL RAKYAT PAKATAN.

Hari ini di dalam Sinar Harian Edisi Pahang 23Febuari, 2010 (selasa) Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Displin untuk pakatan tersebut bagi membendung sebarang perselisihan faham melibatkan wakil rakyat dalam PR.

Jawatankuasa Displin tersebut akan dipengerusikan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sivarasa Rasiah dan diwakili oleh semua ahli tiga komponen PR iaitu PKR, Pas dan DAP.

KOMEN :

Penubuhan Jawatankuasa displin ini mengambarkan betapa teruknya krisis yang berlaku dalam Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini, krisis paling ketara apa yang berlaku di Pulau Pinang yang menyebabkan PR hampir berpecah belah, kes peletakan jawatan dan pengumuman Datuk Sri Zahrain Hashim sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru yang mengistiharkan diri sebagai Ahli Parlimen Bebas akibat rasa tidak puas hati terhadap layanan Ketua Menteri Lim Guan Eng dari DAP kepada masyarakat melayu Pulau Pinang sehingga menganggap Guan Eng sebagai komunis, chauvinist dan ditaktor.

Bukan sahaja suara-suara tidak puas hati ini dari Datuk Seri Zahrain tetapi beberapa wakil rakyat PKR seperti YB. Zulkifli Noordin dan seorang ADUN Pulau Pinang dari PKR turut membidas Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang tidak adil dan rasis terhadap islam dan orang melayu serta tidak layak menjadi ketua Menteri Pulau Pinang dan mendesak beliau kembali ke negeri asal Melaka.

Oleh kerana keadaan sedemikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil jalan menyekat wakil -wakil rakyat PR dari mengeluarkan pandangan dan protes secara terbuka sesama parti-parti PR sehingga menubuhkan jawatankuasa disiplin ini.

Tetapi semua tidak lupa dengan laungan pemimpin PR dari PKR, PAS dan DAP dulu yang mengatakan mereka bebas mengkritik apa sahaja kepincangan dalam kerajaan BN termasuk juga apa yang berlaku dalam dan sesama parti PR, menandakan mereka telus dan sedia menerima kritikan... Tetapi sejak isu-isu yang melanda PR terutama PKR dan DAP menjadikan pemimpin mereka seperti cacing kepanasan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Beberapa wakil rakyat PR bertelagah sesama sendiri menujukkan betapa goyangnya PR akibat ideologi perjuangan masing-masing yang begitu berbeza. Demi untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional semata-mata, mereka sanggup meninggalkan ideologi masing-masing buat seketika biarpun perjuangan mereka ibarat langit dan bumi perbezaanya.., kita masih ingat lagi ungkapan Karpal Singh 'langkah mayat DAP dulu sebelum PAS ingin menubuhkan negara islam', inilah kenyataan paling tegas yang pernah dikeluarkan oleh pemimpin DAP.. bagaimana pandangan umum terutama umat islam dalam isu sebegini??.

Langkah menubuhkan jawatankuasa displin oleh Anwar ini, seolah tidak lagi percaya kepada agenda ketelusan dalam PR yang pernah dilaungkan dulu.. Ingatlah Pemimpin-Pemimpin PR, saudara dan konco-konco adalah penyumbang kepada masalah yang ada.. di Perak PR setuju memberi tanah untuk jumlah 999 tahun kepada kampung baru cina, menafikan Dasar Ekonomi Baru, menggiktiraf Chin Peng, membakar sentimen masyarakat india dan banyak lagi kemungkaran yang dilakukan demi meperjuangkan individu tertentu semata-mata.

Dan yang terkini.. desakan supaya diadakan sidang khas parlimen meminta supaya digugurkan pertuduhan liwat Datuk Seri Anwar disamping desakan 50 Ahli parlimen Australia yang meminta mahkamah Malaysia menguggurkan kes berkenaan!!..

Tekanan demi tekanan yang melanda PKR dan PR akhir-akhir ini menyebabkan Anwar dan Pemimpin mereka pening kepala, tekanan ini bukan ciptaan UMNO/BN tetapi angkara pemimpin-pemimpin dalam PR terutama wakil-wakil rakyat mereka yang masih mempunyai perjuangan islam dan melayu dan berhati perut dan tidak sewenangnya mengiyakan pekara-pekara yang boleh menjatuhkan melayu.. inilah sebenarnya apa yang berlaku dalam PR sekarang, sebab itulah ada pemimpin seperti Datuk Seri Hj Hadi Awang yang pendiriannya jelas tidak mahu campur tangan luar dalam isu desakan 50 Ahli Parlimen Australia dalam kes liwat DSAI itu.

Walau apa pun Jawatankuasa Displin yang diwujudkan untuk tujuan pemantauan wakil-wakil rakyat PR ini, kita akan melihat lebih ramai wakil rakyat mereka akan menongkah arus yang lantang bersuara demi menegakkan kebenaran dalam memertabatkan islam dan melayu serta keadilan masyarakat berbilangan kaum di Malaysia seperti apa yang telah dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional selama ini.

Fikir-fikirkan.

Khamis, 18 Februari 2010

LOMPAT PARTI SATU DOSA ?

Saranan yang dilemparkan oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bekas mufti Perlis semalam 17hb Februari, 2010 yang mengatakan adalah satu dosa jika sesorang wakil rakyat melompat parti sedangkan wakil rakyat berkenaan dipilih oleh rakyat sehingga beliau menang kerusi pilihanraya yang ditandingi. Hujah Dr Mohd Asri tersebut terus disambut oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS yang menyokong kenyataan tersebut dengan mengatakan wakil rakyat yang berbuat demikian telah melakukan dosa dan perlu meminta ampun dari pengundi yang diwakilinya kerana tersebut boleh dianggap sebagai mengkhinati amanah rakyat.

Itulah kenyataan yang telah dibuat oleh dua tokoh yang merujuk kepada kes YB. Datuk Seri Zahrain bin Mohamed Hashim Ahli Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang yang telah mengistiharkan diri keluar dari PKR dan bertindak sebagai Ahli Parlimen bebas.

KOMEN :

Kenyaatan Datuk Nik Aziz ini memang lucu sekali jika dibaca dengan teliti...apa tidaknya beliau 'berfatwa' sebegitu oleh kerana pulangan politik tidak menyebelahi pihaknya.. jika pulangan politik menguntungkan pihaknya beliau tentu sokong dan mengalu-alukan langkah tersebut, dalam kenyataannya juga Datuk Nik Aziz bagimanapun berkata, pemimpin yang melompat dari parti lain untuk menyertai PAS dianggap sebagai kembali kepada hakikat asal perjuangan politik menurut islam, 'Orang yang kembali kepada PAS, bermakna dia kembali kepada asal kerana mereka bersalah berada dalam Kerajaan yang mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan antara politik dengan agama' katanya.

Inilah sikap Tuan Guru Nik Aziz apabila berdepan dengan situasi yang tidak menyebelahinya..dulu masa Datuk Seri Anwar beria-ia untuk 'membeli' Ahli Parlimen BN dalam usaha untuk menumbangkan BN dan mengambilalih teraju pemerintahan negara beliau tidak ambil pusing dan penduli kerana mungkin pada masa itu PAS belum bersekongkol lagi dengan PKR begitu juga DAP.

Sebenarnya isu lompat parti ini terlebih dahulu dimainkan oleh Datuk Seri Anwar sehingga 'ahli-ahli Parlimen BN ketika itu terpaksa dipagar ' supaya tidak ditembusi oleh puak-puak Anwar yang mengajak berpaling tadah dengan melompat kepada PKR!!

Berbalik kepada kenyataan Dr Asri , ramai menyokong saranan YB. Datuk Ibrahim Ali selaku Ahli parlimen bebas dari Pasir Mas yang juga presiden PERKASA yang beranggapan pandangan tersebut bersifat peribadi dan berpendapat kenyataan Dr Asri berbaur emosi tanpa berfikir terlebih dahulu dan tanpa berlandaskan rujukan.

Beliau juga mendakwa, 'mana ada dalam nas al-Quran menyatakan lompat parti berdosa, bukan tukar agama' , lain kali bila buat kenyataan kena berhemah, jangan main sedap cakap saja' katanya.

Manakala ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi yang pernah keluar dari PKR beranggapan kenyataan bekas mufti Perlis itu semalam adalah tidak wajar kerana tidak menyelami keadaan sebenar yang dihadapi oleh wakil rakyat yang terbabit dan beliau meminta Dr Asri berjumpa beliau untuk mengetahui dan menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.

Begitulah pandangan beberapa tokoh yang telah menjadi wakil Rakyat bebas dalam isu lompat parti ini.

Kita juga hairan dengan pandangan-pandangan sebegini, jika memihak kepada mereka tidak menjadi kesalahan tetapi apabila tidak memihak bermacam fatwa dan dalil dikeluarkan untuk mengajak orang ramai membenci diatas tindakan yang dibuat oleh ahli-ahli yang berhormat berkenaan. Mungkin mereka lupa jawatan dan kelebihan yang ada pada wakil-wakil rakyat yang berkenaan terpaksa diletak dengan harga yang tinggi diatas tindakan tersebut, apa untung mereka keluar parti.. sedangkan jika bersama BN mungkin langsung tidak diberi peluang sebagai wakil rakyat atau EXCO , tetapi mungkin diatas tanggung jawab dan rasa berdosa terutama kepada perjuangan islam dan orang melayu sehingga mendorong mereka berbuat demikian, bak kata Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim beliau tidak mahu mencatat sejarah sebagai salah seorang yang menjadi grombolan dan mahu menjahanamkan islam dan orang melayu dengan tindakan beterusan menyokong Pakatan Rakyat terutama apa yang berlaku di Pulau Pinang ketika ini, sebab itulah beliau mengambil keputusan meninggalkan PKR!

Untuk itu marilah kita sama-sama merenung kenyataan Dr. Mohd Asri dan Nik Aziz, pandangan mereka mungkin ada muslihat politik, dalam masa yang sama mereka juga terdorong kearah matlamat dan cita-cita politik sendiri, POLITIK MENGHALALKAN CARA dan MEMAINKAN POLITIK BERSENTIMENKAN AGAMA untuk menarik masyarakat islam menyokong mereka, tapi percayalah ramai masyarakat islam telah mula sedar dengan mainan politik seperti ini, sehingga islam yang perlu dipertahankan boleh diperjudikan dengan memberikan ruang seluas-luasnya kepada musuh islam seperti DAP menuntut yang bukan-bukan, kita juga menyeru penyokong-penyokong PAS dan orang melayu supaya menyedari perjuangan yang berbahaya ini dan sama-sama menolak kenyataan-kenyataan yang boleh mengeliru dan merugikan orang melayu dan islam di negara ini.

Fikir-fikirkan.

Rabu, 17 Februari 2010

SILAP PILIH CALON WAKIL RAKYAT PKR - PRU 2008?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) ,Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam satu majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Padang Tembak, Georgetown Pualau Pinang semalam meminta maaf dan mengakui kesilapannya yang mengangkat calon-calon pilihanraya bagi Parti Keadilan Rakyat yang segelintirnya dari golongan yang kurang berkemampuan serta tidak mempunyai semangat kuat sehingga boleh melompat keluar parti yang didakwa telah mengabaikan kepentingan dan kebajikan rakyat yang memberi kemenangan kepada calon berkenaan dalam PRU ke 12 lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya meminta maaf kepada pengundi diatas kesilapan memilih calon. Ini berikutan PKR ketika itu masih baru dalam soal memilih calon-calon bertanding dan memberi jaminan pekara lompat parti ini tidak akan dibiarkan berlaku lagi pada masa depan.

Ucapan ini merujuk kepada tindakan Ahli Parlimen Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, minggu lalu yang mengisthiarkan dirinya keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen bebas.

Bekas pengerusi perhubungan PKR Pulau Pinang itu bebrbuat demikian selepas kecewa dengan perjuangan parti dan hilang kepercayaan kepada Anwar yang juga rakan baiknya.

Itulah rentetan atau peristiwa sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kekesalannya dan memohon maaf dari apa yang berlaku.

KOMEN :

Sebenarnya tindakan Datuk Seri Zahrain Mohamaed Hashim itu memang bertepatan dengan masa dan keadaan dimana apa yang telah menimpa orang-orang melayu di Pulau Pinang perlu membuka mata banyak pihak terutama pemimpin-pemimpin melayu islam dalam Pakatan Rakyat terutama PKR dan PAS dan penyokong.

Isu merobohkan gerai-gerai milik orang melayu sangat menyentuh hati orang melayu. gara-gara tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang bertindak mengikut sentimen kecinaannya, sebab itulah YB. Datuk Seri Zahrain menyifatkan Lim Guan Eng sebagi pemimpin yang bersifat Cauvinis dan zalim.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwr itu ketika menentukan calon-calon PKR yang bertanding dalam PRU ke 12 adalah tepat, sebab itulah PKR memang dan diterima pengundi ketika itu... jadi jangan lah pula oleh kerana Ahli-Ahli parlimen PKR yang telah tidak sehaluan dan menolak dasar Anwar sekarang dianggap salah pilih, sebenarnya mereka ini adalah pejuang bangsa dalam mepertahankan orang-orang melayu lebih dari kepentingan parti, mereka tidak rela bersengkokol dengan musuh dan grombolan yang mahu menjahanamkan orang melayu demi perjuangan untuk membela individu tertentu sehingga sanggup bersengkokol dengan musuh islam.

Tindakan Zahrain, bekas-bekas ADUN PKR di Perak serta Zulkifli Noordin menceritakan segala-galanya, mereka buka golongan yang boleh digula-gulakan dengan jawatan yang ada tetapi pengorbanan merka lebih besar dalam mempastikan orang-orang melayu dan rakyat tidak terus ditindas.....oleh mereka yang kemaruk kuasa sehingga rela mengadaikan segala-galanya.

Tahniah kepada Datuk Seri Zahrain... mungkin selepas ini, lebih ramai YB. PKR/ PAS yang akan menuruti jejak saudara yang berani demi perjuangan memertabatkan perjuangan murni dalam membela kepentingan melayu dan rakyat keseluruhanya di negara ini !!

Khamis, 11 Februari 2010

BERKERJASAMA DENGAN KERAJAAN PERAK : SYARAT NIZAR KELAKAR!!

Paparan bebarapa akhbar hari ini 11Febuari, 2010 telah menyiarkan pra syarat Datuk Seri Nizar bekas Menteri Besar Perak akan setuju untuk berkerjasama dengan Kerajaan dan Datuk Seri Zambry Menteri Besar Perak yang telah disahkan oleh Mahkamh Tinggi kelmarin dengan 3 syarat iaitu :-
1. Mahu Sivakumar sebagai Speaker yang sah.
2. Minta dana khas untuk wakil rakyat pembangkang.
3. minta kebenaran guna dewan serbaguna untuk kegiatan parti.

Semua 3 pra syarat diatas misti dipatuhi oleh Kerajaan Negeri Perak yang diterajui oleh Datuk Seri Zambry Abdul Kadir jika mahu pihak PR dan Nizar berkerjsama dengan Kerajaan Negeri.

Angkuh sungguh Nizar ni, dah lah mahkamah telah membuat pengadilan bahawa Datuk Seri Zambry sah sebagai Menteri Besar Perak , Nizar nak berlagak pulak macam orang penting sangat seolah-olah beliau juga mempunyai pengaruh dan kuasa... dan terbawak-bawak dengan gaya dan saranan yang beranggapan beliau masih Menteri Besar Perak..

Sedarlah Nizar.. mahkamah telah memutuskan, undang-undang perlu dijunjung, kini Zambry adalah Menteri Besar yang sah.. kalau nak diikutkan Zambry tak payah dengar apa pun komen dari Nizar, tapi bagi MB yang bertanggung jawab yang mewakili parti BN yang perihatin setiap komen dari rakyat termasuk Nizar harus didengar.

Berbalik kepada 3 syarat yang ditetapkan Nizar, ramai berpendapat satu pun tak perlu dilayan, nak suruh lantik Sivakumar sebagai speaker mana boleh sebab BN dah ada speaker sendiri, lagipun Sivakumar ADUN Tronoh inilah yang menjadi duri dalam daging yang berlagak macam-macam dalam pelbagai inseden seperti sidang dewan bawah pokok, sidang dewan di hotel, kalau Sivakumar siuman beliau tak buat kerja macam tuu..., takkan sebab nak tunjukan protes sehingga boleh mempersendakan dewan yang mulia..

Syarat ke dua nak mintak dana khas kepada wakil rakyat pembangkang- mana boleh ... wang Kerajaan untuk rakyat, bukan untuk parti dan wakil rakyat-wakil rakyat.. agaknya inilah kerja Kerajaan Nizar dulu guna wang rakyat untuk kepentingan parti sendiri..., sebab tu beliau menetapkan syarat sebegini kerana baginya penting sangat dana untuk memperkuatkan parti dan pembangkang di Perak! kepada Zambry ingatlah yang penting rakyat dulu yang perlu dibela bukan pembangkang..

Syarat ketiga nak minta kebenaran gunakan dewan serbaguna uantuk kegiatan parti, Nizar dah lupa ke , semua saranan pemimpin pemangkang dalam PR yang sentiasa memainkan isu bahawa Kerajaan BN menggunakan kemudahan awam untuk berkempen dalam pilihanraya dulu termasuk dewan serbaguna, sekarang ni Nizar terang-terang nak guna dewan nak jalankan aktiviti parti.. cakap tak serupa bikin punya olang.... agaknya inilah yang menjadi dasar beliau semasa menjadi MB Perak dulu..

Kepada orang Perak ketahuilah pembangkang ni dah meraban jadinya, kacau bilau dan tak ada lagi semangat PR kerana sana sini dah mula berlaga sesama sendiri, DAP nak jadi jaguh di Penang sehingga lupa orang melayu juga pernah sokong mereka, sekarang ni semua orang melayu dah mula buka mata.. Lim Guan Eng memang tak berguna!! menindas dan meminggirkan orang melayu.. tapi yang peliknya Anwar Ibrahim masih mempertahankan DAP sehingga YB Zulkifli Nordin yang memperkatakan pekara sebenar akan diambil tindakan, apa dah jadi ni?... Kelakar...Kelakar....

Fikir-fikirkan.

Selasa, 9 Februari 2010

TOL PERCUMA SEMPENA TAHUN BARU CINA - ANGPAU UNTUK RAKYAT

Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan dan syarikat konsesi yang mengendalikan tol lebuhraya Kula Lumpur - Karak dan lebuhraya Pantaui Timur (fasa 1) yang mengecualikan bayaran tol pada 11 dan 15 februari mulai jam 11.30 malam hingga 4.30 pagi.

Terim kasih juga kepada syarikat tol diseluruh negara yang menawarkan diskaun tol 5-20 peratus pada hari dan masa tertentu, ini melambangkan semangat 1Malaysia yang sangat membanggakan kita rakyat Malaysia dimana buat pertama kali pihak Kerajaan dan syarikat tol diseluruh negara menawarkan pakej atau angpau sempena sambutan tahun baru cina.

Tahniah kepada YB. Datuk Shaziman Abu Mansor selaku menteri Kerja Raya kerana mengusahakan pekara ini dan rakyat sememangnya mengalu-alukan langkah seperti ini yang boleh membantu rakyat terutama dalam kemurangan ekonomi negara dan dunia ketika ini.

Langkah yang dilakukan oleh syarikat konsesi tol ini dibuat secara sukarela sebagai tanggung jawab mencerminkan konsep 'berorientasikan pengguna' terhadap pengguna lebuhraya yang selama ini memberikan sokongan kepada pengunaan lebuhraya bertol.

Selaku pengguna lebuhraya bertol kita juga mengharapkan agar pekej sebegini akan diteruskan pada musim-musim perayaan lain dimasa akan datang. Kita percaya rakyat akan menyokong usaha Kerajaan untuk memberikan pulangan dimasa-masa tertentu kepada pengguna lebuhraya sebagai satu tanggunjawab bersama berkonsepkan 1Malaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan,... Syabas kepada Kerajaan !! Syarikat Konsesi Tol!! diatas usaha-usaha murni untuk rakyat Malaysia keseluruhannya....

(Balikkk Kampungg.... Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad )

Isnin, 8 Februari 2010

Serangan kepada pembangkang-Siapa yang mulakan dulu?

'Tuduhan jahat, dilakukan individu tidak bermoral' itulah reaksi Nik Aziz Nik Mat selaku Mursidyul Am PAS apabila mengulas sebuah laman blog yang menyiarkan ilustrasi terkutuk beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Pada hukum akalnya kita menyokong Nik Aziz dalam pekara ini yang mengutuk penulis blog berkenaan oleh kerana provokasi ilustarsi yang melampau, mana ke patut dalam ilustarsi tu Nik Aziz kena liwat oleh Anwar, memang tak patut pun...

Apa yang menjadi permasalahannya sekarang ialah peperangan siber ini memang berlaku sejak dulu lagi ketika Kerajaan Barisan Nasional teruk diserang dengan pelbagai isu, fitnah, kutukan, caci nista , ilustrasi dan sebagainya antara faktor BN hampir tersungkur dalam PRU Ke 12 akibat serangan blogger yang memihak pembangkang.

Mungkin pada ketika itu pemimpin-pemimpin pembangkang tersengih dan gelak besar apabila para blogger mereka menyerang Kerajaan, pelbagai cara dan ikthiar untuk memalukan BN termasuk mencerca Tun Mahathir dan Pak Lah menjadikan masyarakat mula mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh mereka terutama keatas UMNO dan pemimpinnya ketika itu.

Selepas pilihanraya umum ke 12, kita melihat satu perkembangan terbaru yang drsatik dibuat oleh mereka-mereka yang mungkin bersimpati dengan UMNO/BN dengan mula menulis mempertahankan parti tersebut dan Kerajaan dengan mengeluarkan artikal, ilustrasi yang mula menyedarkan orang ramai tentang kebaikan Kerajaan BN berbanding Pakatan Rakyat yang hanya bergabung untuk menumbangkan BN sedangkan idelogi mereka amat berbeza sama sekali. Masyarakat telah mula melihat kepincangan di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang yang mula menampakkan kekurangannya, dan hingga sekarang kemelut dalam PR semakin meruncing seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor.

Berbalik kepada isu yang sangat menyentuh Nik Aziz ini, kita percaya keadaan boleh diredakan dan dijernihkan dengan syarat penulis-penulis blog yang pro kepada parti masing-masing tidak melakukan serangan melampau dan provokasi yang keterlaluan dengan pemimpin-pemimpin parti yang berkenaan memainkan peranan menasihati mereka yang menulis. Selagi pemimpin-pemimpin yang disebutkan terusan merasa seronok dengan fitnah dengan tulisan yang 'mengerjakan' orang lain selagi itulah 'peperangan siber' ini akan terus berlaku dan akan menjadi parah tanpa sekatan atau akta dan undang-undang yang melarang berbuat demikian.

Dari segi rekodnya serangan dari penulis-penulis blog ini memang diamalkan terlebih dahulu oleh meraka yang pro pembangkang dalam membantu PR memenangi hati pengundi muda disebabkan golongan ini lebih cenderung kepada Blog, Facebook, twitter dan sebagainya dan apabila serangan dibuat pula oleh mereka yang ingin membantu UMNO/BN menyebabkan pemimpin PR mula gelabah dan mengeletar...

Walaubagaimana niat dan nawai itu kita, nasihat saya biarlah kita sama-sama menjadi penulis yang bermoral, beretika dan bertangung jawab demi agama, bangsa dan negara....

Fikir-fikirkan...

Jumaat, 5 Februari 2010

SARANAN NIK AZIZ AGAR UMNO-PAS BERBINCANG- SATU KEBENARAN ATAU RETORIK?

Hari ini 05 Februari, 2010 beberapa akhbar utama telah menyiarkan cadangan Tok Guru Nik Aziz selaku mursyidul Am PAS supaya PAS dan UMNO duduk semeja berbincang mengenai isu berkaitan agama islam. Beliau berkata demikian pada Seminar berkaitan Kalimah Allah yang dihadiri sama oleh Editor majalah Hearld-The Catholic Weekly, Lawrance Adrewe dan wkil Buddha, Loo Choo Siang di Pusat Tarbiah Islam (PUTIK) di Kota Bharu.

Beliau mendakwa apa gunanya UMNO terus bertengkar dengan PAS sejak 50 tahun , banyak masa, kepakaran dan kewangan UMNO telah diguna untuk melawan gerakan islam seperti PAS sedangkan parti PAS membawa islam.

Itulah antara intipati cadangan NIk Aziz.

Permasalahannya sekarang ialah sejak bila pula Nik Aziz telah menukar nada percakapannya yang mati-matian tidak mahu berkerjasama dengan UMNO dalam beberapa pekara sebelum ini telah menjadi lembut. Inilah yang dikatakan orang politik, kalau beliau teguh dengan pendirian agamanya beliau tidak akan menjadi 'sesumpah' dengan bercakap hari ini lain esok lain.

Memang betulah sesetengah pendapat mengatakan Nik Aziz orang politik, semua kata-katanya ada muslihat politik sebab itulah masyarakat telah tidak mempedulikan lagi saranan Tok guru ini, orang melayu islam telah mula hilang respek kepadanya.

Ramai berpendapat selama ini pun UMNO tidak mempunyai sebarang masalah untuk duduk berbincang dengan PAS mengenai pelbagi pekara, tetapi satupun tidak menjadi kenyataan, semuanya berpunca dari kenyataan Nik Aziz sendiri yang mengatakan tidak perlu ada perbincangan dengan UMNO, beliau berkata lebih baik berkerjasama dengan kafir dari berkerjasama dengan UMNO, inilah tabiat buruk dan sifat riak beliau yang menganggap dirinya lebih berkuasa dari semua orang dalam parti PAS.

Sekarang lain pulak jadinya, beliau sendiri yang cadangkan supaya diadakan perbincangan dengan UMNO, dah nyanyuk orang tua ni... tukarlah pemimpin sebegini , tak ada orang lain lagi ke yang boleh menjadi jurucakap PAS, malu parti, malu islam dibuatnya...

Ramai juga percaya lepas ni Nik Aziz akan menafikan kenyataannya.. dan menuduh orang lain yang kata beliau tidak pernah kata.. seolah-olah UMNO yang nak adakan perbincangan kerana parti tersebut didakwa sedang sakit dan tersepit, percayalah Nik Aziz golongan agama yang 100% terlibat dengan politik, semua kata-katanya ada kepentingan politik , semuanya retorik!!

Fikir-fikirkan.

Khamis, 4 Februari 2010

SEMANGAT DAN KEBERANIAN SAIFUL BAHARI HADAPI ANWAR

Sudah 2 hari berlalu kes Liwat DSAI dibicarakan di Mahkamah mengundang dan menyelak pelbagai keterangan diluar dugaan pengadu kes ini iaitu Saiful Bahari yang dikatakan penat menunggu terlalu lama detik ini untuk memberi keterangan apa yang didakwanya berlaku.

Apa yang ingin diperkatakan disini ialah keberanian dan ketabahan seorang anak muda biasa yang ditemukan dengan bekas majikannya yang mempunyai kedudukan tinggi yang bertaraf 'ulama' didalam sebuah bilik 'pengadilan' bagi proses mencari penyelesaian dan kebenaran.

Anak muda yang hanya ditemani bapa dan peguam serta beberapa keluarga terdekat langsung tidak tertekan dengan kehadiran bekas majikannya bersama ratusan penyokong di Mahkamah sejak hari pertama kes ini dibicarakan. Keadaan hinggar binggar dan laungan bertali arus penyokong DSAI dilihat tidak sedikitpun menjadikan pemuda ini kecut dan menjadi penakut.

Agaknya pemuda ini telah menanamkan tekad untuk menghadapi apa jua rintangan dan cabaran dalam menegakkan kebenaran demi maruah diri yang didakwanya telah dicemarkan.

Bagi negara kita yang mengamalkan proses demokrasi, kita berharap biarlah perbicaraan ini dijalankan dalam suasana aman tanpa diganggu gugat dalam mencari siapa yang benar..... demi menjaga maruah diri dan keluarga serta masa depan masing-masing samada yang yang menuduh ataupun yang dituduh!

(Di dalam air ku terlihat wajah - P.Ramlee)