Selasa, 21 Jun 2011

PERHIMPUNAN HARAM WAJAR DIHENTIKAN!!

Langkah sebuah Ngo bersama parti-parti politik pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram pada bulan depan telah mendapat bantahan dari lapisan masyarakat, banyak laporan polis dibuat mengutuk dan meminta perhimpunan tersebut tidak diadakan, ramai beranggapan perhimpunan berkenaan lebih kepada usaha untuk menutup kekotoran oleh individu yang berkepentingan dalam situasi menghadapi tuduhan moral yang menyebabkan survival politiknya semakin sukar dan terdesak!

Untuk keluar dari masalah tersebut, Ngo dan parti politik terpaksa digunakan dengan mengajak mereka ke jalan raya bersama untuk berdemonstrasi dengan menjadikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai 'kambing hitam' untuk 'membersihkan dosa' yang telah dilakukan.

Tuntutan badan yang mengelarkan mereka sebagai 'BERSIH' terhadap SPR sebenarnya sebuah badan yang menjadi kuda tunggangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mengalihkan kes perbicaraannya dan juga isu klip video sek yang sedang berjalan.

Desakan oleh kumpulan yang mahukan supaya proses pilihanraya dijalankan dengan telus dan adil sebenarnya telah dibincangkan secara mendalam bersama pihak yang berkenaan dan SPR, pekara ini telah berkali-kali dinyatakan oleh pengerusi SPR Datuk Abdul Aziz Yusof , dalam perbincangan tersebut difahamkan ada pekara-pekara yang diterima oleh SPR dan ada juga pekara yang tidak sesuai dibuat memandangkan faktor-faktor tertentu, bahkan SPR juga bersedia membuka pintu dari semasa ke semasa untuk mengadakan rundingan dan menerima pandangan yang boleh membantu proses perjalanan pilihanraya di negara ini diadakan dengan telus dan adil kepada semua parti yang bertanding.

Terdapat beberapa tuntutan oleh pihak berkenaan dan saya mohon memberi sedikit ulasan dan pandangan diantaranya ialah :-

1. Meminta had umur pemilih dari 21 tahun diturunkan kepada 18 tahun- pekara ini tidak menjadi masalah sekiranya parlimen meluluskannya, pihak SPR tiada kuasa memberi kebenaran dan menetukan had umur, kuasa adalah melalui kelulusan parlimen, SPR hanya badan pelaksana sahaja.

2. Masa berkempen 21 Hari - masa yang dicadangkan terlalu lama, jika kempen pilihanraya diadakan dalam tempoh yang lama menyebabkan kos atau perbelanjaan mengurus akan bertambah disamping faktor keselamatan dalam sesuatu pilihanraya juga perlu diutamakan, lagipun ramai berpendapat semua parti-parti politik telah mengggunakan tempoh 365 hari (setahun) untuk berpolitik, jadi tempoh 7 hingga 10 hari masa berkempen adalah munasabah dan memadai disamping memberi peluang kepada parti-parti kecil yang ingin turut serta dalam pilihanraya yang diadakan.

3. Kebebasan Media - Pekara ini juga tiada masalah kerana KDN telah memberikan permit penerbitan akhbar kepada parti-parti politik seperti Harakah, Suara Keadilan, Roket dan sebagainya, selagi akhbar-akhbar berkenaan mengikut garis perundangan yang ditetapkan.

4. Rasuah - pekara ini juga telah diambil maklum oleh SPR dimana Kerajaan hari ini dilihat begitu tegas dan serius menangani gejala rasuah termasuk piliharaya dengan meningkatkan peranan SPRM bagi menangani isu yang dibangkitkan.

5. Undi Pos - isu undi pos adalah ' isu lapok ' , sejak beberapa tahun lalu SPR telah memberi ruang kepada wakil-wakil parti yang bertanding untuk membuat pemantauan semasa pembuangan undi terutama yang melibatkan anggota polis dan tentera.

6. Dakwat kekal pada kertas undi - pekara ini sebenarnya boleh dilaksanakan jika mendapat persetujuan dari semua parti yang bertanding, tetapi ianya tidak menjadi perkara yang diwajibkan kerana peraturan-peraturan pilihanraya tidak menyebut pekara berkenaan.

Demikianlah beberapa contoh tuntutan dari puak berkenaan kepada SPR supaya pilihanraya dijalankan dengan telus dan adil, tetapi dari pengamatan saya dan pandangan orang ramai pihak SPR kebanyakannya telah melakukan pekara-pekara perlu dalam memastikan pilihanraya dijalankan dengan baik, adil dan telus.. rekod pilihanraya -pilihanraya terdahulu menunjukkan SPR telah memainkan peranan yang cukup baik kearah itu.. bahkan badan bebas dan pemerhati luar juga telah mengiktiraf SPR sebagai agensi yang berjaya dalam mengurus pilihanraya di Malaysia!

Berbalik kepada perhimpunan haram yang hendak diadakan, sewajarnya pihak-pihak yang ingin melakukannya berfikir panjang.. apakah dengan mengadakan perhimpunan berkenaan dapat menyelesaikan semua pekara? apa yang anda akan perolehi dari perhimpunan berkenaan? jawapanya berkemungkinan besar ialah untuk mengalihkan perhatian kes Anwar Ibarhim supaya rakyat melihat betapa buruk dan kejamnya kerajaan apabila sesuatu tindakan diambil terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu nanti.. malah pihak luar juga diajak untuk campur tangan dalam hal-hal negara , mungkin mereka juga ada niat untuk menjadikan negara ini seperti Tunisia, Libya dan Mesir dengan mengadakan keadaan huru hara dalam negara yang membolehkan campur tangan pihak luar!!

Kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan ini juga dilihat seperti mempunyai modus operandi tersendiri dengan mengatur cara kotor untuk merampas kekuasaan melalui jalan pintas yang secara tidak langsung mengajak orang ramai menyertai mereka.

Kepada rakyat Malaysia yang mencintai kedamaian dan kemakmuran marilah bersama-sama kita berganding bahu untuk memperotes tindakan golongan ini yang terang-terangan ingin menjadikan negara kita kacau bilau, huru hara.. kita simpati dengan nasib peniaga-peniaga, pemandu teksi, bas dan orang ramai di Kuala Lumpur yang bakal terjejas pendapatan dan kehidupan mereka akibat perhimpunan haram ini.. sejarah lalu telah mengajar kita kesan dari perhimpunan-perhimpunan sebelum ini yang mendatangkan banyak kesusahan dari kebaikan.. oleh itu kepada pihak yang berwajib seperti Polis , tentera dan sebagainya kami menyokong anda dalam usaha menghentikan perhimpunan yang sedang dirancang.. pihak berwajib perlu mencari dalang disebalik usaha mengadakan perhimpunan ini.. syor untuk menggunakan ISA dalam situasi sebegini sangatlah diperlukan dalam memastikan tiada kumpulan atau individu yang mengambil kesempatan untuk memulakan momentum mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan BN untuk dibawa hingga menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi. Kumpulan ini dilihat lebih berniat meracuni pemikiran dan minda rakyat supaya Kerajaan BN dapat ditumbangkan lebih awal sebelum PRU ke 13.

Sebenarnya perhimpunan ini diatur lebih kepada kepentingan dan servival politik politik pembangkang yang bersengkokol sesama mereka, perhimpunan yang bakal diadakan jelas membuktikan pembangkang tidak yakin mereka mendapat sokongan rakyat sekiranya pilihanraya diadakan, oleh itu, mereka mengambil pendekatan mengadakan perhimpunan dan mendesak yang bukan-bukan , pelik sungguh jika pilihanraya tidak bersih, mengapa dalam PRU ke 12 lalu pembangkang dapat memenangi 5 negeri di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan perak.. namun Perak kembali semula ketangan BN.. perlu di ingat kerusi Parlimen juga di kuasai pembangkang di Wilayah Persekutuan manakala dalam PRN DUN Sarawak baru-baru ini juga DAP telah berjaya merebut banyak kerusi.. Apakah ini tidak ada ketelusan dari SPR?

Akhir kata sekali lagi kepada rakyat Malaysia marilah kita memberikan sokongan kepada pihak berwajib untuk menangani perhimpunan haram ini.. kita tidak mahu negara ini mengikut jejak langkah beberapa negara Asia Barat yang tersungkur akibat dakyah dan fitnah serta cetusan demonstrasi yang sengaja diada-adakan.. di Malaysia semuanya hampir sempurna dimana kita hidup aman damai, menghormati rakan dan taulan serta meneruskan semangat muhibbah pelbagai kaum disamping menikmati arus pembangunan dan ekonomi Malaysia yang stabil dan membanggakan!

HENTIKAN PERHIMPUNAN HARAM INI DEMI KEHARMONIAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA!!!

Rabu, 15 Jun 2011

PAS DIPERSIMPANGAN ?

Gara-gara keputusan Muktamar agong Pas yang berlangsung baru-baru ini dengan penonjolan muka baru seperti Mat Sabu selaku Timbalan Prisden dan kekalahan Nasaruddin Mat Isa disamping penguguran Datuk Dr Hassan Ali sebagai pesuruh jaya Pas Selangor dan Datuk Hj Harun Taib yang turut digugurkan membuktikan parti berkenaan mahu menghapuskan golongan ulama dalam parti tersebut.

Kemenangan naib-naib presiden dari semua golongan yang dikatakan pro kepada Anwarinas membuktikan perjuangan DAP untuk 'mematikan' langkah Pas selama ini yang berjuang untuk sebuah negara islam telah berjaya. Langkah parti Pas yang mengalih konsep perjuangannya kepada parti berkebajikan untuk menampakkan parti tersebut lebih liberal, langkah ini didorong kuat untuk memenagi hati kaum lain supaya mendapat sokongan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Langkah mengetepikan prinsip perjuangan asal mereka iaitu mendirikan sebuah negara islam tinggal sebagai slogan kosong sahaja, yang peliknya tokoh-tokoh 'OTAI' dalam Pas sedikitpun tidak merasa bersalah diatas tindakan mereka.. mereka mungkin sudah lupa dengan Amat Haji Hadi yang beria-ia dipegang suatu masa dahulu yang sanggup menghalalkan darah orang UMNO kerana UMNO difitnah dan diandaikan cuba menghalang hasrat Pas untuk menubuhkan negara islam ketika itu.., kerana Amanat tersebut umat islam telah berpecah belah hingga kini, meraka juga mungkin telah lupa dengan kenyataan Karpal Singh selaku Pengerusi DAP yang mengatakan ' Langkah Mayat dia dulu.. sekiranya Pas berhasrat untuk mendirikan sebuah negara islam'.

Pemimpin dan penyokong-penyokong Pas seperti merelakan apa yang terjadi..tetapi percayalah mungkin ramai juga dikalangan meraka yang secara senyap menunggu masa untuk menunjukkan protes atas langkah tersebut.. Nik Aziz seperti kelazimannya merestukan apa sahaja termasuk memberikan fatwa tersendiri jika keadaan berpihak kepada partinya dan sanggup bersengkongkol dengan parti Dap dan PKR diatas hasrat untuk menumbangkan kerajaan BN yang ditunjangi UMNO.. Nik Aziz merasakan UMNO adalah parti yang zalim dan seolah tiada barang satupun kebaikansepanjang lebih 50 tahun memerintah..

Haji Hadi Awang dan Nik Aziz pun sama, meskipun beliau tahu golongan ulama dalam Pas dah tinggal dia berdua sahaja masih nak mengaku jaguh.. tengoklah nanti apabila puak Edrogen bertindak dalam parti kerana mereka semua adalah puak yang menyokong Anwar Ibarhim yang menjadi idola mereka.. mereka juga sepatutnya mengkaji tahap moral idola mereka itu..

Sekarang Pas telah memilih untuk menjadikan berkebajikan sebagai dasar terbaru perjuangan parti mereka, ramai yangb berpendapat supaya pihak ROS membatalkan pendaftaran PAS kerana terang-terangan telah lari dari memperjuangkan islam.. sebenarnya semua pekara-pekara yang ada hubung kait dengan kebajikan telah diperjuang dan dilaksanakan oleh UMNO/ BN sejak dulu hingga sekarang malah ramai yang telah mendapat limpahan dan nikmat dari apa yang dilakukan oleh UMNO itu.. Pas baru sahaja hendak bermula.. dengan mengetepikan asas dan prinsip perjuangannya.. meraka seolah-olah berada dipersimpangan.. diantara mempertahankan prinsip Islamnya atau mengikut kemahuan songsang demi mencapai cita-cita untuk ke Putra Jaya..

Fikir-Fikirkan..