Selasa, 22 November 2011

SYABAS HARIMAU MUDA!!

Final sukan Sea semalam merupakan ujian sebenar skuad Ong Kim Swee yang terpaksa mengharungi 120 minit permainan yang menguji tahap sebenar keluarbiasaan pemain negara dengan sorakan gegak gempita, cemuhan penyokong Indonesia di stadium Bung Karno Jakarta.

media melaporkan layanan kepada atlet negara dalam hampir semua perlawanan sangat mendukacitakan dan terkeluar dari amalan dan semangat kesukanan dan boleh dikatakan Indonesia gagal dalam mengendalikan sukan terulung di Asia Tenggara ini, dengan mengutamakan sentimen berbanding semangat kesukanan!!

Catatan 160 pingat emas yang dicipta Indonesia dalam temasya kali ini sebenarnya tidak menampakkan apa-apa kerana Indonesia terus kempunan untuk mendapat pingat emas final bolasepak yang terlalu lama mereka indamkan..

Meskipun terpaksa menerima cemuhan dan maki hamun penyokong merah puih, tahap permainan wira-wira negara malam semalam sangat luarbiasa sekali.. sedikitpun tidak menampakkan rasa gugup dan gabra dengan sorakan lebih 100 ribu penyokong Garuda itu malah sentiasa menunjukkan aksi dan semanangat juang yang tinggi sehingga dapat menghasilkan gol penyamaan melalui tandukan.. seperti pepatah 'patah sayap bertungkat paruh' walaupun hampir terjatuh ketika melakukan tandukan sehingga menghasilkan jaringan yang bertaraf dunia!!

Derita Garuda semakin parah apabila sepakan penalti memihak kepada pasukan kita 5-4 menjadikan stadium Bung Karno menjadi sepi, ramai peminat dan penyokong Indon kecewa dan hingga menitiskan air mata... emas bolasepak terlepas .. dan Malaysia terus mempertahankan pingat emas seperti yang dilakukan di Laos dulu..

Sekalung tahniah kepada Skuad Ong Kim Swee, pengurusan dan anak-anak buahnya serta jangan lupa kepada YB. Menteri Belia dabn Sukan Datuk Ahmad Sabery Chik yang sentiasa berada bersama skuad negara dalam berhadapan dengan lautan penyokong Garuda yang ekestrem.. Malaysia berada dilandasan yang betul dan kemenangan , perjuangan skuad harimau Muda ini akan membangkitkan semangat anak-anak muda Malaysia untuk melakar lebih kejayaan disamping telah belajar erti kepayahan dengan mengharungi onak duri demi mengapai kejayaan untuk hadiah kepada negara tercinta berkat sokongan rakyat Malaysia dan YAB Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa bersama skuad negara..

Malaysia Boleh!! Hidup Sukan Bolasepak Negara!! Tahniah Kepada Seluruh Rakyat Malaysia!!