Jumaat, 3 Ogos 2012

ADAKAH YG AKAN IKUT LAJIM UKIN SELEPAS INI?

Perletakan jawatan Lajim Ukin sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Sabah minggu lepas pastinya menarik minat ramai untuk mengetahuinya..

Lajim bagaimanapun tidak meletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen sebaliknya menyerahkan kepada YAB Perdana Menteri untuk memutuskannya..

Beberapa hari lalu YAB Perdana Meneteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah memutuskan Datuk Seri Lajim dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri..maka berakhirlah era Lajim dalam kerajaan BN..dan beliau sekarang bebas membuat haluannya sendiri malah dikatakan akan menubuhkan sebuah parti baru untuk rakyat Sabah tetapi peranan dan pronya kepada pembangkang...

Lajim yang dikesan sejak kebelakangan ini dilihat cenderung bersama pihak pembangkang dan Datuk Seri Anwar..keputusannya sememang telah diramalkan..beliau berkata segala tindakannya adalah untuk rakyat Sabah..demi rakyat Sabah..

Ramai yang tertanya-tanya..tindakan Lajim dan Richrad Bumbring ini adakah setakat disitu sahaja? adakah ramai lagi pemimpin Sabah akan mengikut jejaknya berpaling kepada pembangkang?

Pertanyaan ini menjadi soalan dikalangan ramai..dan diwaktu ini Datuk seri Anwar adalah orang yang paling gembira apabila situasi ini berlaku..

Kenyataan balas dari pemimpin2 Sabah seperti Musa Aman, Shafiee Apdal dan lain-lain yang mengatakan pemergian Datuk seri  Lajim tidak akan memberi kesan kepada senario politik Sabah sedikit sebanyak meredakan kemelut ini..

Ramai masih mengharapkan tidak ada lagi yang akan mengikut jejak Lajim Ukin, kerana mereka mengharapkan agar Sabah terus memberikan komitmen dan kerusi tetap BN untuk terus memenanginya pada PRU ke 13 nanti..ramai masih meyakini BN terutama YAB Dato' Seri Najib yang telah berusaha untuk menjadikan negara terutama Sabah sebuah negeri membangun dan meneruskan pembelaan kepada rakyatnya...

Kepada Rakyat Sabah..Teruskan Bersama Semangat Barisan Nasional... !