Isnin, 31 Disember 2012

MENUJU 2013 DENGAN SEMANGAT DAN AZAM BARU...

Tengah malam ini 12.01 pagi..akan bermulah tahun baru 2013...
Tentunya tahun 2013 akan memberikan nafas baru kepada seluruh rakyat malaysia yang cintakan kedamaian dan kemakmuran..Tahun 2012 menampakkan tanda kebangkitan kita dari pelbagai bidang dibawah kepimpinan Perdana Menteri iaitu YAB Datuk Seri Mohd Najib yang begitu serius dan komited untuk membela rakyat dari gerakan tranformasinya yang dikirakan berjaya...

2013 yang mendatang mugkin lebih mencabar dimana banyak rintangan dan halangan mungkin berlaku kepada kita dan sekitaran..ramai yang menanti PRu ke 13 yang akan diumumkan bila bila masa..agaknya mampukah BN pertahankan kuasa ?? sama-samalah kita doakan agar momentum skongan rakyat akan terus diberikan kepada Barisan Nasional untuk meneruskan kemakmuran kan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia...

Selamat tahun Baru 2013....*** ++***

AMANAT: KENAPA PERCAYA TV @ BESI

Sekarang ni heboh kembali pasal amanat haji Hadi Awang Awang  yang pernah kafirkan orang-orang UMNO..bila penulis Buku 'Kafirkah Aku?' memabngkitkan semula kesan dari amanat tersebut telah menjadi isu baru yg dicetuskan semula... Ramai berpendapat Haji hadi menarik balik amanat yg terang terangan teah memecahbelah hubungan keluaraga, cerai berai, seteru, pengasingan solat dan sebagainya gara gara amanat yang pernah dihemburkan oleh Haji Hadi berpuluh-puluh tahun yang lalu...

Apabila didesak haji Hadi mendiamkan diri..selama 12 hari beliau diam dan menyepi dari isu yang dibangkitkan sehinggalah beliau bersuara dimana bersetuju untuk mengulas dan menjelaskan Amanatnya sekiranya beliau diberi peluang selama satu jam bersiaran di  RTM dan TV3..beliau mendakwa itulah sahaja flatform yang sesuai kerana khuathir akan disalah ertikan jika menggunakan kaedah lain...

Apa yang menjadi perbincangan ramai ialah sikap Haji hadi Awang yang percaya kepada pengunaan TV yang dulunya menganggap TV adalah besi buruk yang tidak boleh dipercayai..merujuk kes/ isu Datuk Seri Anwar..
Perangai Haji Hadi ibarat meludah kelangit terkena muka sendiri...inilah yang dikatakan mainan politik..Politik Murahan menghalalkan cara!!