Ahad, 8 Jun 2014

SUKAN BOLASEPAK MAMPU SATUKAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN BN..

Demam bolasepak di Malaysia semakin memuncak..liga Super, Piala FA dan Liga Perdana semakin rancak dipertandingkan dan demam piala dunia semakin terasa yang tinggal kurang 4 hari lagi..pastinya seluruh peminat yang menguasai pola sukan yang paling diminati oleh rakyat di Malaysia terus menerima impak yang besar didalam masyarakat.

Jika ianya diuruskan dengan baik dan diberikan perhatian serius oleh Kerajaan , ramai berpendapat melalui sukan ini pihak pemerintah boleh mendapatkan sokongan secara tidak langsung kepada parti BN yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan sukan di Malaysia melalui kepimpinan, dana dan kemudahan untuk menarik minat dan memeriahkan sukan bolasepak di Malaysia.

Kepimpinan negara ,negeri dan daerah serta kawasan kawasan parlimen harus merebut peluang ini serta mengekplotasi sebarang peluang yang ada untuk menarik sokongan rakyat kepada BN.

Jika ini dilakukan, pihak Kerajaan yang diterajui BN akan terus kekal memerintah melalui 'politik sukan' yang mempunyai ramai pengikutnya.


MALAYSIA BOLEH! BN BOLEH!

8/7/2014

PANTUN UNTUK SKUAD TOK GAJAH

TOK GAJAH JOLOKAN PEWIRA PAHANG
WIRA BOLASEPAK KEBANGAAN KAMI
MENANG PIALA FA BUKAN KEPALANG
BERKAT SOKONGAN PEMINAT TANPA HENTI


8/6/2014

AL FATIHAH UNTUK USTAZ AFENDI YUSOF..

Semalam berita dari rakan rakan mengatakan Ustaz Afendi Yusof sahabat sewaktu dalam Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah kembali ke Rahmatullah dikatakan terjatuh dibilik air.

Sepanjang mengenali Allahyarham, saya menyifatkan beliau seorang pemimpin muda yang mempunyai pengaruh besar dan masa depan dalam politik negara serta mempunyai kualiti sebagai penceramah bebas dan politik.

Pemergian beliau satu kehilangan besar kepada politik UMNO khususnya di Kelantan kerana beliau mempunyai kelantangan dan nas nas yang kuat dan teguh apabila berceramah menyebabkan pihak lawan menjadi gerun...bahkan beliau satu ketika pernah mencabar Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk berdebat dengannya.

Pernah menjadi calon BNdi peringkat Parlimen Rantau Panjang dan mempunyai aura tersendiri didalam politik sehingga berjaya membarisi EXCO Pemuda UMNO Malaysia satu ketika..

Moga Allahyarham ditempatkan didalam golongan orang orang yang beriman dan soleh..Amin..

Al Fatihah...

8/6/2014


TAHNIAH TOK GAJAH !!



Final Piala FA malam tadi menyaksikan pasukan Pahang Darul Makmur mengalahkan Felda United 2-1 dalam perlawanan penuh dramatik malam tadi.

Skuad kendalian Irfan Bakti Salim yg mengenadlikan team Felda membuka tirai perlawanan dengan mendahului pasukan Pahang hasil jaringan pemain import membuatkan peminat dan penyokong Pahang cemas sepanjang  perlawanan.

Perlawanan yang dilihat seimbang sekali sekala mencemaskan penonton apabila rembatan dan tandukan terkena palang dan tiang gol. Sehingalah sepuluh minit terakhir pemanin gantian Pahang Faizol Husin jersi no sebelas dimasukakan seterusnya menjaringkan gol penyamaan pasukan Pahang 1-1.

Aksi minit terakhir menyebelahi pasukan Tok Gajah apabila pemain Import dari Nageria Namwakeme menjaringkan gol kemenangan Pahang dan sejkali gus menjuarui piala FA buat kali kedua sejak dipertandingkan.

Walau bagimanapun tahniah juga kepada skuad The Fighters kerana telah menunjukkan aksi yang sangat menarik walapun baru dan berstatus pasukan kelab sahaja..

Tahniah Tok Gajah!! Hogoh Pahang Hogoh!!

8/7/2014