tag:blogger.com,1999:blog-31458567105635072392024-03-13T07:03:11.990+08:00DURI LAKADURI LAKA ingin bersama rakan-rakan bloger menyampai, melontar dan mendapatkan pandangan berhubung isu-isu semasa yang menghantui masyarakat terutama isu-isu yang bersangkutan dengan permasalahan politik dan perpaduan masyarakat Malaysia, DURI LAKA ( Tajam Berbisa )DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.comBlogger84125tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-40733360991891824322014-07-09T18:39:00.002+08:002014-07-09T18:39:33.157+08:00TERIMA KASIH YAB PM -BANTUAN PERAYAAN AIDIL FITRI

YAB Perdana Menteri Dato; seri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini telah mengumumkan pemberian bantuan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada semua penjawat awam Persekutuan sebanyak RM 500 diseluruh negara.

Pekara ini tentunya mengembirakan golongan penjawat awam dinegara ini dalam menyambut Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi..

Mereka yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan dan syukur kepada Allah SWT diatas pemberian berkenaan yang besar ertinya dalam menyambut hari raya yang akan menjelang tiba.

Mereka beranggapan walaupun pemberian tersebut sebanyak RM 500 tetapi amat gembira kerana wag yang diberikan dapat membantu mereka dalam menghadapi perayaan yang tidak beberapa hari lagi dan pemeberiabn tersebut merupakan tanda ingatan pihak Kerajaan kepada penjawat awam dinegara ini.

Terima kasih PM dan kerajaan...DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-31982270302430394052014-07-09T18:28:00.001+08:002014-07-09T18:28:06.659+08:00PIALA DUNIA- KEJUTAN KEKALAHAN PASUKAN BRAZIL.

Awal pagi tadi dunia bolasepak dikejutkan dengan kekalahan besar Brazil 7-1 kepada pasukan Jerman dalam aksi separuh akhir piala dunia..

Ramai yang tidak menyangka pasukan hebat dan kuat serta mempunyai kelebihan selaku tuan rumah piala dunia kali ini tersungkur dilaman sendiri dengan kekalahan yang sungguh mengaibkan.

Bukan sahaja penyokong penyokong Brazil dinegara itu bahkan diseluruh dunia tidak percayapasukan kesayangan mereka tumpas dengan jaringan melebihi setengah dozen..

Itulah halnya dengan bolasepak...macam macam boleh berlaku..betulah kata orang bahawa ' BOLA ITU BULAT'....

DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-50826195878631782592014-06-08T12:31:00.002+08:002014-06-08T12:31:30.328+08:00SUKAN BOLASEPAK MAMPU SATUKAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN BN..Demam bolasepak di Malaysia semakin memuncak..liga Super, Piala FA dan Liga Perdana semakin rancak dipertandingkan dan demam piala dunia semakin terasa yang tinggal kurang 4 hari lagi..pastinya seluruh peminat yang menguasai pola sukan yang paling diminati oleh rakyat di Malaysia terus menerima impak yang besar didalam masyarakat.

Jika ianya diuruskan dengan baik dan diberikan perhatian serius oleh Kerajaan , ramai berpendapat melalui sukan ini pihak pemerintah boleh mendapatkan sokongan secara tidak langsung kepada parti BN yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan sukan di Malaysia melalui kepimpinan, dana dan kemudahan untuk menarik minat dan memeriahkan sukan bolasepak di Malaysia.

Kepimpinan negara ,negeri dan daerah serta kawasan kawasan parlimen harus merebut peluang ini serta mengekplotasi sebarang peluang yang ada untuk menarik sokongan rakyat kepada BN.

Jika ini dilakukan, pihak Kerajaan yang diterajui BN akan terus kekal memerintah melalui 'politik sukan' yang mempunyai ramai pengikutnya.

MALAYSIA BOLEH! BN BOLEH!

8/7/2014DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-14419424372192344142014-06-08T11:00:00.002+08:002014-06-08T11:00:20.192+08:00PANTUN UNTUK SKUAD TOK GAJAHTOK GAJAH JOLOKAN PEWIRA PAHANG

WIRA BOLASEPAK KEBANGAAN KAMI

MENANG PIALA FA BUKAN KEPALANG

BERKAT SOKONGAN PEMINAT TANPA HENTI

8/6/2014

DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-31484038049017833172014-06-08T10:51:00.000+08:002014-06-08T10:51:04.575+08:00AL FATIHAH UNTUK USTAZ AFENDI YUSOF..Semalam berita dari rakan rakan mengatakan Ustaz Afendi Yusof sahabat sewaktu dalam Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah kembali ke Rahmatullah dikatakan terjatuh dibilik air.

Sepanjang mengenali Allahyarham, saya menyifatkan beliau seorang pemimpin muda yang mempunyai pengaruh besar dan masa depan dalam politik negara serta mempunyai kualiti sebagai penceramah bebas dan politik.

Pemergian beliau satu kehilangan besar kepada politik UMNO khususnya di Kelantan kerana beliau mempunyai kelantangan dan nas nas yang kuat dan teguh apabila berceramah menyebabkan pihak lawan menjadi gerun...bahkan beliau satu ketika pernah mencabar Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk berdebat dengannya.

Pernah menjadi calon BNdi peringkat Parlimen Rantau Panjang dan mempunyai aura tersendiri didalam politik sehingga berjaya membarisi EXCO Pemuda UMNO Malaysia satu ketika..

Moga Allahyarham ditempatkan didalam golongan orang orang yang beriman dan soleh..Amin..

Al Fatihah...

8/6/2014

DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-23055624097707685602014-06-08T10:36:00.003+08:002014-06-08T10:36:28.870+08:00TAHNIAH TOK GAJAH !!

Final Piala FA malam tadi menyaksikan pasukan Pahang Darul Makmur mengalahkan Felda United 2-1 dalam perlawanan penuh dramatik malam tadi.

Skuad kendalian Irfan Bakti Salim yg mengenadlikan team Felda membuka tirai perlawanan dengan mendahului pasukan Pahang hasil jaringan pemain import membuatkan peminat dan penyokong Pahang cemas sepanjang perlawanan.

Perlawanan yang dilihat seimbang sekali sekala mencemaskan penonton apabila rembatan dan tandukan terkena palang dan tiang gol. Sehingalah sepuluh minit terakhir pemanin gantian Pahang Faizol Husin jersi no sebelas dimasukakan seterusnya menjaringkan gol penyamaan pasukan Pahang 1-1.

Aksi minit terakhir menyebelahi pasukan Tok Gajah apabila pemain Import dari Nageria Namwakeme menjaringkan gol kemenangan Pahang dan sejkali gus menjuarui piala FA buat kali kedua sejak dipertandingkan.

Walau bagimanapun tahniah juga kepada skuad The Fighters kerana telah menunjukkan aksi yang sangat menarik walapun baru dan berstatus pasukan kelab sahaja..

Tahniah Tok Gajah!! Hogoh Pahang Hogoh!!

8/7/2014

DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-24144114796359662052013-03-15T23:32:00.002+08:002013-03-15T23:32:37.646+08:00BUAT PEWIRA YANG GUGUR DI LAHAD DATU..PABILA BUMI BERDAULAT DICEROBOH

OLEH MUSUH DURJANA

MENJADI TANGGUNJAWAB KALIAN DIBARIS DEPAN

MENJADI PERISAI MELINDUNG JELATA

WALAU NYAWA KALIAN PERTARUHKAN..

BUMI SABAH BERGEGAR

MENGEMPUR PENGGANAS SULU

DENGAN SENJATA DAN MORTAR

AKHIRNYA RAMAI YANG GUGUR

TERMASUK PEWIRA PEWIRA KAMI

AKIBAT SERANG HENDAP DAN CARA TIDAK BERTEMADUN

DIPUAK SANA..

ALANGKAH SAYU

MELIHAT PEWIRA KU GUGUR

DEMI NUSA TERCINTA..

DISANA ADA ISTERI DAN ANAK ANAK MERATAP TANGIS

ATAS PEMERGIANMU PEWIRA..

ADA SEDIH DIHATI IBU DAN BAPA KEHILANGAN ANAK MUDA

YG BERDARAH SATRIA..

NAMUN GUGURMU

DIIRING DOA SEMUGA TERGOLONG DALAM PARA SUHADAH

DAN MATI SAHID..

DALAM MEMBELA DAN MEPERTAHANKAN

DAULAH TANAH AIRMU

MARI KITA IRINGI DENGAN DOA

MOGA PEMERGIAN KALIAN AMAN

BERSAMA TABURAN BUNGA NEGARA

MENGIRINGI LANGKAH

KETAMAN KEKAL

FIRDAUSI..

Nukilan :

Mohd Sabri Aziz,

Temerloh, Pahang.

DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-79165298970503436522013-02-20T23:36:00.002+08:002013-02-20T23:36:34.229+08:00WAYANG HAJI HADI AWANG...Baru baru ni di Bangol Peradong...Haji Hadi Awang selaku Presiden Pas telah berceramah dan membuat penegasan bahawa Pas akan keluar Pakatan Rakyat sekiranya peranan mereka dalam Pakatan tidak lagi relevan disamping kehendak akar umbi parti berkenaan yang tidak mahu Pas kekal bersama Pakatan rakyat..

Isu ini berbangkit setelah Dap sekutu mereka dalam Pakatan melalui Karpal Singh menyarankan supaya Hadi Awang Dan Nik Aziz menimbangkan semula keputusan Majlis Syura yang bertegas pihak selain islam tidak dibenar menggunakan Kalimah Allah..

Karpal juga mempersoalkan kenapa isu ini harus berbangkit sedangkan ianya telah dipersetujui bersama dimana agama lain dibenar menggunakan Kalimah Allah malah bibble boleh diterbitkan dalam bahasa Malaysia.

Karpal beranggapan sewajarnya Parti yang mewakili adalah darjat paling tertinggi berbanding Majlis Syura yang dianggp sebagi Biro atau Jawatankuasa Kecil sahaja didalam Pas dimana sepatutnya tidak ada hak untuk membatalkan persetujuan sebelum ini...

Ucapan hadi Awang lebih bersifat retorik atau bermain wayang..supaya ahli2 terus setia bersama parti dan pakatan Rakyat ..kerana PRU ke 3 semakin hampir...

Matlamat untuk ke Putra Jaya lebih tinggi berbanding menjaga kesucian islam dan bangsa melayu..lantas rela islam diperkotak katikkan..begitu juga pandangan keras dan ketetapan AJK Majli Syura iaitu datuk Haron Taib dan Harun Din yang memeningkan kepimpinan Tertinggi parti berkenaan...Haji Hadi dikatakan terlalu rasis sehingga mendahului keputusan majlis Syura..keasdaan inilah yang menyebabkan ahli ahli Pas dipeeringkat bawah membuat protes kepada Dap dan Pas malah telah bertindak meningglkan Pas kerana mereka kecewa Pas gagal mempertahankan kepentingan islam demi berbaik dengan Dap dan PKR...

Wayang haji Hadi terserlah..namun dendam kesumat kepada UMNO/BN sekian lama menyebabkan kepentingan islam dan parti menjadi agenda kebelakang berbanding kesanggupan dan perasaan menebal bersama Lim Guan Eng dan Anwar dalam cita-cita bersama untuk memerintah negara...

Kepada umat islam dan orang melayu sedarlah permainan mereka...Tolak Pakatan dlam PRU ke 13 nanti!!

DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-1439014692641468622013-01-07T11:19:00.003+08:002013-01-07T11:19:22.876+08:00sokong ROS siasat DAP...Pemilihan dalam CEC Dap buklan lepas menjadi bualan ramai...yang kalah dimenangkan semula..kerana kesilapan kiraan undi katanya..tetapi nyata mengundang pelbagai tanggapan dari orang ramai..ikhlas atau khuathir undi melayu tidak akan berpihak kepada Dap...menjelang PRU ke 13 yang dah dekat ni..

Ramai menyokong saranan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya pihak pihak pendaftar Pertubuhan (ROS) melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas bagi menentukan ketelusan pemilihan tersebut..

Jika siasatn dilakukan..pihak ROS perlu mengeluarkan hasil siasatan..jika didapati tidak telus maka wajarlah DAP dibatalkan pendaftarannya..

Sepatutnya jika keputusan silap..ianya tidak perlu menunggu sehingga lebih dua minggu untuk diumumkan memadai sehari dua untuk membuat pembetulan dan sebagainya..inilah sikap mereka sebenarnya yang mendakwa sebagai sebuah parti yang demokratik..telus dan adil..tindakan mereka lebih kepada politik semata mata dimana meletakkan kepentingan dalam suasana mendapatkan semula undi melayu setelah tiada seorangpun wakil melayu terpilih dalam pemilihan tersebut..

Kalau pemilihan sebeginipun boleh diragui bagaimana jika mereka diberi peluang memerintah negara..mereka lebih teruk dari SPR yang didakwanya tidak telus dalam mengendalikan sistem pilihanraya di malaysia...

Jika beginilah cara mereka...kepada pengundi marilah kita tolak Dap dan Pakatan dalam PRU ke 13 nanti ...

DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-7848253931971673522013-01-07T10:43:00.002+08:002013-01-07T10:43:35.040+08:00DAP nak undi melayu..drama kot??DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-66422609799856586052013-01-02T22:40:00.001+08:002013-01-02T22:40:46.415+08:00kenapa LYNAS masih dibantah setelah Mahkamah putuskan boleh beroperasi..Bantahan terhadap pembinaan kilang LYNAS di Gabeng, Kuantan masih berterusan walaupun mahkmah tinggi Kuantan telah memutuskan LYNAS dibenarkan beroperasi walaupun pihak membantah membuat rayuan dimahkamah rayuan..

Keputusan mahkamah tinggi berkenaan disambut baik oleh orang ramai terutama pekerja LYNAS kerana siasatan dan kajian mendapati kadar radiasi amat kurang dan tidak merbahayakan orang ramai..

Walapun keputusan telah dibuat ramai pihak masih keliru dengan keputusan itu dimana protes dan demonsrtasi tetap dijalankan oleh golongan penentangan LYNAS yang didikatakan didalangi oleh pihak pembangkang.

Bulan lepas pihak penentang LYNAS telah bertindak mengadakan kempen berjalan kaki ke bangunan Parlimen untuk menyerahkan bantahan pembinaan kilang berkenaan kepada pihak yang berkenaan dan paling terbaru adalah demonstrasi yang dilakukan oleh pihak penentang LYNAS bersama Ngo, parti politik pro pembangkang yang turut disertai oleh sasterawan negara A. Samad Said dan aktivis Hismudddin Rais sempena sambutan tahun baru kelmarin.

Walaupun bantahan ini merupakan isu alam sekitar tetapi dipercayai didalangi oleh tokoh pembangkang yang menggunakan isu ini untuk menarik sokongan khasnya masyarakat cina kepada mereka menjelang PRU ke 13 nanti..keadaan ini dapat dilihat dengan pembabitan beberapa tokoh pembngkang dalam siri bantahan terdahulu..

Dengan itu dapatlah disimpulkan bahawa isu LYNAS ini cuba diheret secara berterusan supaya menjadi isu pilihanraya sebagai pentup kelemahan mereka dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang dikuasai mereka.

Tetapi semua harus sedar sepatutnya isu berkenaan telah berakhir dengan keputusan Mahkamah dan sewajarnya semua pihak perlu akur dengan keputusan badan kehakiman tersebut dan individu yang mempertikaikanya juga boleh dianggap melanggar perinsip dan bidang bidang kehakiman di negara kita..

Fikir-fikirkanlah...

DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-20489691052261187682013-01-02T17:15:00.002+08:002013-01-02T17:15:12.680+08:00PRU KE 13- ANGIN PENGUNDI MEMIHAK BARISAN NASIONAL?Tahun 2013 dah dua hari muncul..ramai bertekad menanam azam baru..tidak kurang mengumpal harapan untuk melengkapkan azam tahun lepas yang belum seratus peratus terlaksana..

Pada hakikatnya semua orang menanam azam dan cita-cita samada melalui diri sendiri, berkumpulan atau sebagainya..

Di Malaysia 2013 dijangka hangat dan panas kerana ramai juga ygang menyimpan cita-cita terutama parti-parti politik samada dari Kerajaan atau pembangkang yang awal-awal lagi telah mengatur arah dan startegi tersendiri untuk menawan hati pengundi dalam PRU ke 13 ini..

Parti yang bertanding telah menjalankan gerak kerja untuk kekal dan mengambil alih pemerintahan negara di Putra Jaya mahupu di kerusi Dewan Undangan Negeri..

Situasi panas berpanjangan ini diramal berlarutan hingga bulan Mei..dimana ramai berpendapat PRU ke 13 akan dibubarkan samada dalam bulan februari atau Mac...dan ada pula yan g meramalkan YAB Perdana Menteri tidak membubarkan parlimen sebaliknya membiarkan parlimen terbubar dengan sendirinya apabila mandat lima tahun yang akan berakhir 26 April tahun ini...

Langkah berkenaan untuk memberikan peluang kepada rakyat berfikir secara masak adakah wajar BN dipertahankan atau sebaliknya.. langkah tranformasi yang dilakukan oleh Kerajaan kepimpinan YAB PM diakui berjaya melonjakkan ekonomi dan keharmoian negara dan rakyat diparas yang boleh dibanggakan.

Langkah YAB Perdana Menteri membiarkan parlimen dibubarkan dengan sendirinya untuk mematikan langkah Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat yang berkemungkinan memilih untuk menjalankan pilihanraya negeri sendirian berasingan dengan PRU parlimen..

Benar atau tidak telahan dan ramalan pembubaran PRU tersebut terserah kepada masa dan keadaan dan kesediaan YAB Perdana Menteri sendiri..

Persolannya kini adalah 'kuasa pengundi' itu sendiri samada ini mengubah atau mengekalkan Kerajaan yang ada sekarang..

Ramai meramalkan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib mampu mempertahankan Putra Jaya kerana pengundi telah mula menunjukkan sokongan kepada tranformasi yang dibawanya disamping sokongan golongan mahasiswa yang boleh dianggap mewakili pengundi muda telah memberikan kemenangan melalui calon calon mereka dalam pilihanraya kampus baru baru ini dimana calon pro ispirasi telah menang hampir semua Universiti diseluruh negara..ini juga kemungkinan kepada petunjuk kepada PRU sebenar yang adkan diadakan..

Sikap dan tindakan Kerajaan dalam meralisasikan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan berjaya menjadikan rakyat merasa terbela melalui bantuan BR1M, Baucer Buku, KR1M, Bantuan kepada golongan pelajar, Mahasiswa dan sebagainya dimana menunjukkan semua rakyat menerima kejayaan dan limpahan ekonomi semangat !Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Sekarang masa untuk rakyat menentukan segalanya..berterima kasihlah kepada yang memberi dan beryukurlah kepada llah SWT yang memberi limpah rahmatNYA sehingga negara berada diparas yang mebanggakan sekarang..tepuk dada tanya selera...

Hakikatnya ramai mahukan suasana aman, harmoni, limpahan ekonomi ini dipertahankan dengan memberikan mandat sekali lagi kepada Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti...

Bersama kita Kekalkan Kerajaan BN yang ada !!

DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-31450882596741600102012-12-31T12:22:00.003+08:002012-12-31T12:22:50.954+08:00MENUJU 2013 DENGAN SEMANGAT DAN AZAM BARU...Tengah malam ini 12.01 pagi..akan bermulah tahun baru 2013...

Tentunya tahun 2013 akan memberikan nafas baru kepada seluruh rakyat malaysia yang cintakan kedamaian dan kemakmuran..Tahun 2012 menampakkan tanda kebangkitan kita dari pelbagai bidang dibawah kepimpinan Perdana Menteri iaitu YAB Datuk Seri Mohd Najib yang begitu serius dan komited untuk membela rakyat dari gerakan tranformasinya yang dikirakan berjaya...

2013 yang mendatang mugkin lebih mencabar dimana banyak rintangan dan halangan mungkin berlaku kepada kita dan sekitaran..ramai yang menanti PRu ke 13 yang akan diumumkan bila bila masa..agaknya mampukah BN pertahankan kuasa ?? sama-samalah kita doakan agar momentum skongan rakyat akan terus diberikan kepada Barisan Nasional untuk meneruskan kemakmuran kan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia...

Selamat tahun Baru 2013....*** ++***DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-87216244040972929982012-12-31T12:07:00.001+08:002012-12-31T12:07:39.164+08:00AMANAT: KENAPA PERCAYA TV @ BESISekarang ni heboh kembali pasal amanat haji Hadi Awang Awang yang pernah kafirkan orang-orang UMNO..bila penulis Buku 'Kafirkah Aku?' memabngkitkan semula kesan dari amanat tersebut telah menjadi isu baru yg dicetuskan semula... Ramai berpendapat Haji hadi menarik balik amanat yg terang terangan teah memecahbelah hubungan keluaraga, cerai berai, seteru, pengasingan solat dan sebagainya gara gara amanat yang pernah dihemburkan oleh Haji Hadi berpuluh-puluh tahun yang lalu...

Apabila didesak haji Hadi mendiamkan diri..selama 12 hari beliau diam dan menyepi dari isu yang dibangkitkan sehinggalah beliau bersuara dimana bersetuju untuk mengulas dan menjelaskan Amanatnya sekiranya beliau diberi peluang selama satu jam bersiaran di RTM dan TV3..beliau mendakwa itulah sahaja flatform yang sesuai kerana khuathir akan disalah ertikan jika menggunakan kaedah lain...

Apa yang menjadi perbincangan ramai ialah sikap Haji hadi Awang yang percaya kepada pengunaan TV yang dulunya menganggap TV adalah besi buruk yang tidak boleh dipercayai..merujuk kes/ isu Datuk Seri Anwar..

Perangai Haji Hadi ibarat meludah kelangit terkena muka sendiri...inilah yang dikatakan mainan politik..Politik Murahan menghalalkan cara!!

DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-17032397152872918982012-08-03T17:50:00.001+08:002012-08-03T17:50:38.453+08:00ADAKAH YG AKAN IKUT LAJIM UKIN SELEPAS INI?Perletakan jawatan Lajim Ukin sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Sabah minggu lepas pastinya menarik minat ramai untuk mengetahuinya..

Lajim bagaimanapun tidak meletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen sebaliknya menyerahkan kepada YAB Perdana Menteri untuk memutuskannya..

Beberapa hari lalu YAB Perdana Meneteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah memutuskan Datuk Seri Lajim dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri..maka berakhirlah era Lajim dalam kerajaan BN..dan beliau sekarang bebas membuat haluannya sendiri malah dikatakan akan menubuhkan sebuah parti baru untuk rakyat Sabah tetapi peranan dan pronya kepada pembangkang...

Lajim yang dikesan sejak kebelakangan ini dilihat cenderung bersama pihak pembangkang dan Datuk Seri Anwar..keputusannya sememang telah diramalkan..beliau berkata segala tindakannya adalah untuk rakyat Sabah..demi rakyat Sabah..

Ramai yang tertanya-tanya..tindakan Lajim dan Richrad Bumbring ini adakah setakat disitu sahaja? adakah ramai lagi pemimpin Sabah akan mengikut jejaknya berpaling kepada pembangkang?

Pertanyaan ini menjadi soalan dikalangan ramai..dan diwaktu ini Datuk seri Anwar adalah orang yang paling gembira apabila situasi ini berlaku..

Kenyataan balas dari pemimpin2 Sabah seperti Musa Aman, Shafiee Apdal dan lain-lain yang mengatakan pemergian Datuk seri Lajim tidak akan memberi kesan kepada senario politik Sabah sedikit sebanyak meredakan kemelut ini..

Ramai masih mengharapkan tidak ada lagi yang akan mengikut jejak Lajim Ukin, kerana mereka mengharapkan agar Sabah terus memberikan komitmen dan kerusi tetap BN untuk terus memenanginya pada PRU ke 13 nanti..ramai masih meyakini BN terutama YAB Dato' Seri Najib yang telah berusaha untuk menjadikan negara terutama Sabah sebuah negeri membangun dan meneruskan pembelaan kepada rakyatnya...

Kepada Rakyat Sabah..Teruskan Bersama Semangat Barisan Nasional... !DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-50680996138888689492012-06-28T22:43:00.001+08:002012-06-28T22:43:44.264+08:00PENDEMONSTRATOR UPAHAN SERANG KEDUTAAN BESAR KITA LAGI DI INDONESIA...Khabarnya puak Ngo di Jakarta, Indonesia buat hal lagi dengan bertindak menyerang kedutaan kita di Jakarta..mereka berang kerana Kerajaan Malaysia akan mewartakan tarian Tor Tor dan Muzik Godang Sambilan sebagi warisan negara dengan erti kata lain mereka mendakwa Malaysia cuba mencuri warisan kesenian Indonesia.

Mudah sangat dakwaan mereka dan mudah sangat mereka mengambil tindakan biadap terhadap kedutaan kita disana..telah banyak kali mereka bertindak sedemikian..seolah kita hanya diam, tunduk dan mengalah..

Mereka lupa berapa juta rakyat Indonesia yang berada dinegara kita yang menumpang mencari rezeki dan membawa balik wang kenegara mereka..Kerajaan kita cukup berhati perut dan terlalu baik.. tidak seperti sesetengah mereka ibarat membalas madu dengan racun..

Berbalik kepada isu Tarian Tor Tor itu sewajarnya mereka berbangga sekiranya tarian itu benar-benar warisan mereka..dan mereka juga patut berbangga kerana ada pihak lain yang mempopularkan warisan mereka seperti Malaysia..sesuailah dengan ungkapan bahawa Malaysia/ Indonesia adalah serumpun dan adakalanya mempunyai warisan yang sama dan tidak jauh berbeza..

Tapi ramai yang berpendapat Malaysia tidak perlu melatah dalam hal ini kerana pemimpin Repubik itu telah mengatkan bahawa tindakan itu bukanlah dibuat oleh Kerajaan Indonesia sebaliknya dipercayai dilakukan oleh pendemonstator upahan yang sengja ingin melihat keretakan hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia..terdapat sesetengah pihak berpendapat ada kemungkinan juga serangan tersebut telah dirancang mungkin bermula di Malaysia sendiri akibat dari kepentingan tertentu termasuk servival politik pihak-pihak yang berkepentingan..pihak berwajib perlu berwaspada dengan kemungkinan ini dengan melakukan risikan dan siasatan siapakah disebalik dalang kejadian tersebut..

Ramai berpendapat sewajarnya Kerajaan Malaysia membuka mata betapa seriusnya kejadian berkenaan kerana demonstrasi seperti itu diizinkan di Indonesia diatas sifat Hak Asasi Manusia..sehingga menjatuhkan maruah dan kedaulatan orang lain..inilah juga yang diperjuangkan oleh puak-puak di Malaysia yang menuntut hak mereka dan berselindung disebalik tabir demi cita-cita politik murahan meraka...

Pssstt...Ambil ikhtibar dari apa yang berlaku..DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-70287177565449230712012-06-28T22:13:00.000+08:002012-06-28T22:13:15.618+08:00MAJLIS PEGUAM SOKONG PEMBANGKANG?Tindakan aktif Majlis Peguam menyokong perhimpunan haram Bersih 3.0 baru-baru ini tentunya menjadi tandatanya dan polimek dalam masyarakat.

Sepatutnya Majlis Peguam yang menjunjung kedaulatan undang-undang dinegara ini bersikap berkecuali dalam menjaga imejnya dan perlu mengambil inisiantif menangkis persepsi umum yang mengatakan badan profsional itu lebih cenderung menyokong pembangkang.

Penglibatan Majlis Peguam secara aktif dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 April lalu dilihat mejerumuskan badan itu kesituasi yang tidak sehaluan dengan Kerajaan.

Majlis Peguam sepatutnya bersifat seimbang dalam membantu keharmonian negara dan adalah janggal melibatkan diri apatah lagi duduk sebagai Jawatankuasa penganjur Bersih 3.0 dimana laporannya juga nyata berpihak kepada penganjur dan peserta perhimpunan haram itu.

Sewajarnya badan yang ditubuhkan itu sepatutnya lebih menjurus kepada kebajikan anggota Majlis Peguam disamping tidak sepatutnya berperanan disebalik hak asasi manusia sehingga terlibat dalam perhimpunan seumpama itu..

Beberapa pandangan dari Ahli berkenaan melalui akhbar Utusan Malaysia 24 Jun, 2012 antaranya peguam Abu Backer Sidek yang berpandangan Majlis Peguam tidak sepatut menggunakan namanya dalam menyokong Perhimpunan Haram Bersih dan mengeluarkan resolusi menghentam polis semasa perhimpunan itu.

Masyarakat yang ditemui juga berpendapat ramai dikalangan Jawatankuasa Majlis berkenaan yang pro kepada pembangkang menyebabkan badan itu cenderung mengikut telunjuk pihak pembangkang yang mempunyai agenda tertentu...

PSST..Bubarkan dan Pilih Jawatankuasa Baru Majlis Peguam Adalah Langkah Terbaik....DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-75309313778467608662012-06-28T21:36:00.000+08:002012-06-28T21:36:19.594+08:00TEMASYA SUKAN SEKOLAH TIDAK JEMPUT IBU BAPA , PENJAGA.HAR INI KHAMIS 28jUN, 2012 - Kebanyakan sekolah-sekolah diseluruh negeri Pahang mengadakan sukan tahunan sekolah masing-masing.

Di Temerloh terdapat beberapa sekolah mengadakan sukan tahunannya yang disertai murid-murid dari tahun satu hingga enam dalam pelbagai acara yang dipertandingkan iaitu sukan olahraga.

Difahamkan kebanyakan sekolah mengadakan sukan tahunan dipertengahan tahun bertujuan untuk memberi komiten dan perhatian terhadap pembelajaran dan perperiksaan UPS, PMR dan SPM supaya pelajar tidak diganggu oleh aktiviti luar.

Tinjauan yang dilakukan terdapat sedikit kehairanan ibu bapa dan penjaga berhubung temasya yang diadakan kerana mereka tidak dijemput untuk bersama-sama menjayakan sukan tahunan sekolah kali ini dengan erti kata lain sukan tahunan diadakan secara tertutup.

Ibu bapa dan penjaga sedikit terkilan kerana mereka tidak diberi kesempatan untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak yang mengambil bahagian dalam acara sukan yang disertai malah tidak diberi peluang untuk membantu sekolah dalam menjayakan temasya sukan disekolah anak masing-masing.

Mereka juga berpendapat lebih elok ibubapa dan penjaga diberi peluang untruk bersama-sama ditemasya yang melibatkan anak-anak mereka kerana konsep ini telah diamalkan terdahulu dimana ibubapa penjaga berperanan menyertai temasya dalam bentuk sumbangan tenaga dan penyertaan dan keadaan itu tentunya merapatkan hubungan silaturahim diantara pelajar, ibubapa dan penjaga serta guru-guru.

Lebih mengecewakan temasya kali ini diadakan pada hari berkerja tidak sebagai lazimnya diadakan pada hari cuti sabtu dan ahad., keadaan ini tentunya menyukarkan mereka yang berkerja untuk bersama kesukan berkenaan.

Ibubapa dan penjaga yang ditemui berharap untuk tahun-tahun akan datang pihak kementerian Pelajaran wajar menjemput dan melibatkan kalangan ibubapa dan penjaga dalam temasya sukan tahunan sekolah sesuai dengan slogan 'MASYARAKAT MEMBINA SEKOLAH, SEKOLAH MEMBINA MASYARAKAT' bagi menggalakkan hubungan baik diantara pihak sekolah dengan ibubapa dan penjaga.

Psst..Minta YAB Menteri Pelajaran Memantau senario ini.....

DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-74907545929465578632012-06-28T19:21:00.001+08:002012-06-28T19:21:19.081+08:00SUKMA PAHANG 2012- PERSIAPAN SEMAKIN RANCAK...Sukan Malaysia 2012- Pahang kali ini menjadi tuan ruamah temasya gilang gemilang kepada pelbagai acara sukan yang akan dipertandingkan melibatkan beberapa vanue di daerah seperti Kuantan dan Temerloh yang membolehkan peminat luar bandar turut menyaksikan kejohan yang berpertij itu.

SUKMA Pahang tentunya memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah kepada acara yang akan dipertandingkan seperti acara silat dan berbasikal yang akan diadakan di Temerloh tentunya mempunyai penyokong yang fanatik terutama masyarakat luarbandar yang jarang jarang menyaksikan sukan terbesar di negara kita ini.

SUKMA juga diharap dapat merancakkan ekonomi penduduk dan menceriakan seluruh warga Pahang dimana temasya sukan seumpama ini pernah dianjurkan pada tahun 1996 dengan jayanya, persiapan Sukma kali ini dilihat lebih tersusun dan teratur dimana urusetia dan pihak penganjur telah bersedia dengan sebarang kemungkinan bagi memastikan temasya sukan kali ini berjalan dengan baik.

Selamat maju jaya kepada negeri Pahang Darul Makmur dan selamat bertanding kepada semua kontijen dan atlit sukan dari seluruh negara!DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-65256232046551608342012-04-09T23:46:00.001+08:002012-04-09T23:46:59.740+08:00RAKYAT MALAYSIA.. TANGGUHKAN PEMERGIAN KE THAILAND...Krisis di Thailand belum reda malah dilihat akan berpanjangan..buktinya letupan bom yang berlaku baru-baru ini di Hatyai yang menyebabkan lima orang terkorban termasuk dua rakyat Malaysia serta 416 orang tercedera akibat letupan angkara pengganas dan puak pemisah..

Serangan yang menyasarkan pusat ekonomi dan pelancong asing itu menjadi modus operandi serangan.. dan baru-baru ini media dan pihak perisikan telah menghidu satu lagi gerakan yang sama yang bakal dilakukan di Pekan Danok sebuah bandar yang jauhnya 45 KM dari Hatyai..

Betapa serangan segini sangat menakutkan kita semua.. peristiwa berkenaan berlaku hanya beberapa kilometer sahaja dari sempadan neara kita.. dan kita memerlukan pertahanan yang rapi untuk menjaga kejadian berkenaan supaya tidak berjangkit dan menular ke negara kita ..

Untuk itu adalah menjadi tauladan dari apa yang berlaku dinegara jiran kita ..., negara kita perlu terus mengekalkan keamanan yang ada dan tidak membiarkan ancaman dari dalam negara terutama dari puak-puak yang berkepentingan yang rela melihat negara sendiri tersungkur dan rebah apabila kepentingan mereka tidak tercapai!

Kepada rakyat Malaysia yang ingin ke Thailand.. jika boleh tangguhkan dahulu hasrat untuk kesana dalam situasi yang tidak menetu ini.. jika inigin berbelanja ..berbelanjalah dinegara kita kerana disini semuanya ada selagi pemimpin-pemimpin kita pandai menjaga hati dan tahu kemahuan rakyatnya yang berprinsipkan Semangat 1 Malaysia!!

Psst.. Jangan ada lagi korban yang melibatkan rakyat Malaysia dalam siri seterusnya.. Nahuzubbillah...DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-84290371936787734402012-04-09T23:15:00.000+08:002012-04-09T23:15:22.264+08:00JANGAN BENAR BERSIH 0.3Ura-ura pihak PR dan Ngo pro pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram Bersih 0.3 sedang hangat diperkatakan lantaran tidak berpuas hati dengan beberapa pindaan berhubung pejalanan Pilihanraya oleh Parlimen baru-baru ini.

Meskipun Jawatankuasa berkenaan juga diduduki oleh beberapa orang pemimpin dari parti pembangkang pembangkang namun pihak Pakatan Haram memprotes draf dan pindaan berkenaan yang pada awalnya telah dipersetujui secara bersama....

Lantaran itu pihak mereka sedang bersiap-siap untuk melancarkan satu lagi demonstarsi disaat-saat pilihanraya umum hendak diadakan. bertujuan untuk mencari kelemahan sistem pilihanraya dinegara ini disamping bertujuan untuk menarik sokongan pengundi menyokong mereka sebagai usaha terakhir menampakkan kelemahan Kerajaan BN..

Ramai berpendapat pihak berkuasa tidak harus membiarkan Bersih Ketiga berlaku kerana pengalaman lepas memperlihatkan puak ini begitu rakus, ganas dan tidak memahami situasi mengancam keselamaatn dan kententeraman negara serta rakyat terutama golongan peniaga yang terpaksa menanggung kerugian akibat perhimpunan yang tidak berfaedah..

Dari itu marilah kita menolak perhimpunan ini..jangan biarkan anak-anak dan ahli keluarga kita bersama dalam perhimpunan ini..marilah kita berpadu tenaga dan menentang perhimpunan yang memangnya dicipta untuk menghuru harakan negara.. yang akhirnya menjerumus kepada kancah perpecahan masyarakat keseluruhannya... Sanggupkah kita melihat apa yang dibina selama ini hancur akibat perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini?? Tentu sekali jawapanya TIDAK !!

Psst.. Marilah kita sama-sama membina benteng negara!DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-6010578403021106082012-04-09T22:47:00.001+08:002012-04-09T22:47:11.958+08:00DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-22559302899712160412012-03-12T22:04:00.001+08:002012-03-12T22:04:36.700+08:00PENGUNDURAN DATUK SERI SHAHRIZAT JALIL BUKTI BELIAU UTAMAKAN PARTI DAN NEGARA..Berita perletakan jawatan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April ini sesuai dengan tempoh perlantikan beliau sebagai senator semalam agak mengejutkan orang ramai.

Ramai yang memberikan reaksi yang tersendiri berhubung pekara berkenaan, pihak pembangkang tentunya tersenyum lebar kerana kejayaan mereka yang berterusan memainkan isu NFC sehingga akhirnya Datuk Seri Shahrizat seolah mengalah diatas permainan atau fitnah dari pihak pembangkang.

Bagi pihak UMNO dan golongan pemimpin serta orang ramai berpendapat, pengunduran Shahrizat adalah langkah yang terbaik dan harus diberikan pujian kerana kesanggupan melepaskan jawatan sebagai Menteri demi parti dan negara disamping berpeluang untuk membersihkan namanya dan keluarga melalui proses undang-undang disamping memberikan ruang sepenuhnya kepada PDRM , SPRM dan pihak Mahkamah yang telah mendakwa suaminya yang dikaitkan dengan 3 pertuduhan berhubung pecah amanah NFC.

Langkah Datuk Seri Shahrizat wajar dipuji demi parti, negara dan keluarganya... walaupun proses undang-undang belum membuktikan suaminya dan beliau sendiri bersalah atau sebaliknya..

Rakyat dan orang ramai juga menyanjung tinggi keputusan ini dan berpendapat tidak ramai pemimpin yang sanggup melepaskan jawatan setelah berada ditempat atau berkedudukan tinggi seperti Shahrizat.. kes ini juga jika diamati ada persamaannya dengan kes yang melibatkan Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan yang mempunyai liabiliti yang melibatkan skandal menantunya Arif Fahmi., tetapi dipihak parti pembangkang belum ada yang seberani Shahrizat mengambil rasiko.. mereka terusan mengelak dan menafikan pekara sebenar walaupun ada tanggapan mengaitkan ahli keluarga dalam sesuatu isu!

Benarlah seperti yang diperkatakan Datuk Seri Najib selaku PM bahawa pemimpin dan kabinetnya harus bersih dan akan nampak lebih bersih dimata rakyat yang menilai keperbadian pemimpin dan perjalanan tadbir urus negara supaya tidak ada isu yang akan diperkatakan rakyat.. buktinya pada hari ini ramai dikalangan pemimpin kompenan parti dalam BN telah sendiri telah dihadapkan kemuka pengadilan kerana pertuduhan penyelewangan dan pecah amanah dan sebagainya seperti Datuk Seri Mohd Khair Toyo, Datuk Seri Lee Liong Sik dan beberapa tokoh.. ini menunjukkan Kerajaan tidak pernah menyembunyikan mereka-mereka yang yang terlibat.. Kerajaan BN adalah telus dan bertanggung jawab..

Dengan pengunduran ini dapatlah Datuk Seri Shahrizat menumpukan sepenuh masa dan usahanya sebagai ketua Wanita UMNO dalam membantu parti dan mengerakkan jentera wanita kearah pilihanraya umum ke 12..

Dalam isu ini juga, kepada pemimpin-pemimpin UMNO perlulah diperingatkan bahawa janganlah terlalu terikut-ikut sangat dengan permainan politik dan tuduhan politik pihak pembangkang seperti kes NFC dimana bukan sahaja pihak lawan yang menghentam Sharizat tetapi tetapi terdapat juga beberapa pemimpin UMNO yang senada dengan pihak lawan yang mendesak supaya Shahrizat meletak jawatan.. isu sesama UMNO ini jugalah yang memainkan peranan dalam menghuruharakan parti dan kepimpinan UMNO sehingga menjejaskan kreadbiliti parti dalam menghadapi PRU ke 13 ini..

Kepada Dato' Seri Najib teruskanlah usaha dalam memenangi hati nurani rakyat.., sentuhan berbisa Dato' Seri PM dilihat telah menjadi sebutan masyarakat.. keperhatina YAB PM dan Kerajaan telah membuka mata banyak pihak walaupun mereka berada di kampung atau dibandar.. pemberian insetif seperti BR1M, SBPA, Bantuan persekolahan RM 100 dan banyak lagi membuktikan Kerajaan pimpinan Dato Seri mengutamakan kepentingan dan pembelaan kepada rakyat.. teruskan usaha ini.. biarlah rakyat menjadi penentu kepada kerja-kerja murni ini melalui PRU ke 13 nanti.. Rakyat tentunya telah bijak untuk memilih yang mana kaca dan permata!!

Psstt... Kepada Datuk Seri Shahrizat kuat kan semangat dalam menghadapi ujian dan ketentuan Allah, jangan luntur dalam menghadapi cabaran besar ini..

DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-8496902346343922062012-03-01T22:15:00.002+08:002012-03-01T22:15:42.855+08:00Surat Tun Mahathir Kepada 3 Perdana Menteri Israel Tanda Sokongan Kepada Perjuangan PalestinHari ini 1hb Mac, 2012, hampir semua media massa telah mengeluarkan surat Tun Mahathir kepada 3 Orang Perdana Menteri Isreal semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri sebagai bukti Malaysia dibawah kepimpinannya ketika itu tetap komited dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin yang terusan dizalimi regim Isreal.

Setelah mengamati semua surat Tun Mahathir yang diutuskan itu, maka dapatlah disimpulkan bahawa Tun Mahahir sebenarnya adalah seorang pemimpin yang mempunyai otak bergeliga didalam menangani dan memahami masalah antarabangsa termasuk terus kekal dengan dasarnya dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menafikan peranan dan tuntutan pihak regim Isreal yang disifakantnya cuba merampas hak milik rakyat Palestin disamping bertindak kejam membunuh dan mengusir rakyat Paletin yang tidak berdosa.

Pendedahan surat berkenaan sebagi tindak balas Kerajaan diatas tuduhan pihak pembangkang bahawa Tun Mahathir dizamannya juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Israel dan mempunyai ciri-ciri mengiktiraf negara berkenaan.

Lega rasanya bila meneliti surat-surat berkenaan..sememangnya Tun Mahathir mempunyai suara yang lantang dan pendapat yang tidak boleh diperlekehkan .. Tun Mahathir sejak dulu lagi tidak tunduk dan memberi muka kepada golongan zionis ini..perjuangan dan suaranya terhadap pembelaan kepada Palestin terus bergema sehingga kini..

Dari itu sedarlah wahai puak berkepentingan...Langkah Bos saudara mengiktraf keselamatan Israel adalah langkah yang bodoh dan memakan diri.. Janganlah menunding jari kepada pihak lain untuk melepaskan diri dalam polimek ini..jangan mengheret Tun dalam isu ini kerana peranan dan tangungjawab Tun dalam mempertahankan rakyat dan kedaulatan Palestin sememangnya telah terbukti dan terserlah!!

Psstt...Tun Pemimpin Berani dan Berkata Benar, itulah kelebihannya...DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3145856710563507239.post-52666782565699097502012-03-01T12:32:00.002+08:002012-03-01T21:47:52.576+08:00CADANGAN TUN M: LIM KIT SIANG JADI PRESIDEN PAS WAJAR DAN TEPAT SEKALI...Apabila tokoh PAS seperti Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifefly Ahmad membuat kenyataan Timbalan Presiden PAS boleh dilantik dari kalangan bukan islam menimbulkan polimek baru dalam parti berkenaan.

Dijangkakan ramai yang tidak bersepandapat dengan kenyataan itu terutama ahli-ahli PAS yang berlatarkan agama dan ulama yang nyata gusar dengan kenyataan boleh memesong 'akidah' mereka selama ini yang menjadikan islam sebagai perjuangan.

Dr Hasan Ali yang merupakan bekas EXCO PAS Selangor (Utusan Malaysia: 1 Mac, 2012) mengatakan inilah contoh parasit dan golongan pemikiran liberalisme yang telah dimasukan kedalam PAS... beliau turut mempersolakan kerdibiliti Dzulkefly yang memberi alasan untuk merasionalkan orang bukan islam boleh dilantik sebagai Timbalan Presiden PAS ekoran skop tugas yang banyak dalam mengurus tadbir parti.. beliau mendakwa jika bukan islam menjadi Timbalan Presiden macamana untuk mengurus parti dan ahli yang berpaksikan pegangan agamanya termasuk perlu tahu fungsi, penyelarasan dan mengetahui perkembangan seluruh ahli dalam selok belok agama...

Macam-macama PAS sekarang.. dasar keterbukaannya diramal bakal menerima padah..dulu sanggup buang perjuangan islam dan beralih kepada negara berkebajikan dalam usaha untuk menarik sokongan pengundi cina sebagaii langkah ke Putra Jaya... ini semua sebab keduniaan semata-mata.. dah lari dari perjuangan akhirat yang dipekikkan selama ini.

Wajar dan patutlah Tun Mahathir melalui komen sinisnya mencadangkan supaya Lim Kit Siang dijadikan Presiden PAS mengantikan Haji Hadi Awang.. kerana PAS bukan lagi parti alternatif yang baik kepada orang melayu dan islam tetapi sanggup mengadai agama islam dan maruahnya demi kuasa dan Putra jaya....

Psstt... Betol sangat cakap Tun tu..pandangan kritis!!DURILAKAhttp://www.blogger.com/profile/04030416950782010347noreply@blogger.com0