Isnin, 9 April 2012

RAKYAT MALAYSIA.. TANGGUHKAN PEMERGIAN KE THAILAND...

Krisis di Thailand belum reda malah dilihat akan berpanjangan..buktinya letupan bom yang berlaku baru-baru ini di Hatyai yang menyebabkan  lima orang terkorban termasuk dua rakyat Malaysia serta 416 orang tercedera akibat letupan angkara pengganas dan puak pemisah..

Serangan  yang menyasarkan pusat ekonomi dan pelancong asing itu menjadi modus operandi serangan.. dan baru-baru ini media dan pihak perisikan telah menghidu satu lagi gerakan yang sama yang bakal dilakukan di Pekan Danok  sebuah bandar yang jauhnya 45 KM dari Hatyai..

Betapa serangan segini sangat menakutkan kita semua.. peristiwa berkenaan berlaku hanya beberapa kilometer sahaja dari sempadan neara kita.. dan kita memerlukan pertahanan yang rapi untuk menjaga kejadian berkenaan supaya tidak berjangkit dan menular ke negara kita ..

Untuk itu adalah menjadi tauladan dari apa yang berlaku dinegara jiran kita ..., negara kita perlu terus mengekalkan keamanan yang ada dan tidak membiarkan ancaman dari dalam negara terutama dari puak-puak yang berkepentingan yang rela melihat negara sendiri tersungkur dan rebah apabila kepentingan mereka tidak tercapai!

Kepada rakyat Malaysia yang ingin ke Thailand.. jika boleh tangguhkan dahulu hasrat untuk kesana dalam situasi yang tidak menetu ini.. jika inigin berbelanja ..berbelanjalah dinegara kita kerana disini semuanya ada selagi pemimpin-pemimpin kita pandai menjaga hati dan tahu kemahuan rakyatnya yang berprinsipkan Semangat 1 Malaysia!!

Psst.. Jangan ada lagi korban yang melibatkan rakyat Malaysia dalam siri seterusnya.. Nahuzubbillah...

JANGAN BENAR BERSIH 0.3

Ura-ura pihak PR dan Ngo pro pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram Bersih 0.3 sedang hangat diperkatakan lantaran tidak berpuas hati dengan beberapa pindaan berhubung pejalanan Pilihanraya oleh Parlimen baru-baru ini.

Meskipun Jawatankuasa berkenaan juga diduduki oleh beberapa orang pemimpin  dari parti pembangkang pembangkang namun pihak Pakatan Haram memprotes draf dan  pindaan berkenaan yang pada awalnya telah dipersetujui secara bersama....

Lantaran itu pihak mereka sedang bersiap-siap untuk melancarkan satu lagi demonstarsi disaat-saat pilihanraya umum hendak diadakan. bertujuan untuk mencari kelemahan sistem pilihanraya dinegara ini disamping bertujuan untuk menarik sokongan pengundi menyokong mereka sebagai usaha terakhir menampakkan kelemahan Kerajaan BN..

Ramai berpendapat pihak berkuasa tidak harus membiarkan Bersih Ketiga  berlaku kerana pengalaman lepas memperlihatkan puak ini begitu rakus, ganas dan tidak memahami situasi  mengancam keselamaatn dan kententeraman negara serta rakyat terutama golongan peniaga yang terpaksa menanggung kerugian akibat perhimpunan yang tidak berfaedah..

Dari itu marilah kita menolak perhimpunan ini..jangan biarkan anak-anak dan ahli keluarga kita bersama dalam perhimpunan ini..marilah kita berpadu tenaga dan menentang perhimpunan  yang memangnya dicipta untuk menghuru harakan negara.. yang akhirnya menjerumus kepada kancah perpecahan masyarakat keseluruhannya... Sanggupkah kita melihat apa yang  dibina selama ini  hancur akibat perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini?? Tentu sekali jawapanya TIDAK !!

Psst.. Marilah kita sama-sama membina benteng negara!