Ura-ura pihak PR dan Ngo pro pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram Bersih 0.3 sedang hangat diperkatakan lantaran tidak berpuas hati dengan beberapa pindaan berhubung pejalanan Pilihanraya oleh Parlimen baru-baru ini.
Meskipun Jawatankuasa berkenaan juga diduduki oleh beberapa orang pemimpin dari parti pembangkang pembangkang namun pihak Pakatan Haram memprotes draf dan pindaan berkenaan yang pada awalnya telah dipersetujui secara bersama....
Lantaran itu pihak mereka sedang bersiap-siap untuk melancarkan satu lagi demonstarsi disaat-saat pilihanraya umum hendak diadakan. bertujuan untuk mencari kelemahan sistem pilihanraya dinegara ini disamping bertujuan untuk menarik sokongan pengundi menyokong mereka sebagai usaha terakhir menampakkan kelemahan Kerajaan BN..
Ramai berpendapat pihak berkuasa tidak harus membiarkan Bersih Ketiga berlaku kerana pengalaman lepas memperlihatkan puak ini begitu rakus, ganas dan tidak memahami situasi mengancam keselamaatn dan kententeraman negara serta rakyat terutama golongan peniaga yang terpaksa menanggung kerugian akibat perhimpunan yang tidak berfaedah..
Dari itu marilah kita menolak perhimpunan ini..jangan biarkan anak-anak dan ahli keluarga kita bersama dalam perhimpunan ini..marilah kita berpadu tenaga dan menentang perhimpunan yang memangnya dicipta untuk menghuru harakan negara.. yang akhirnya menjerumus kepada kancah perpecahan masyarakat keseluruhannya... Sanggupkah kita melihat apa yang dibina selama ini hancur akibat perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini?? Tentu sekali jawapanya TIDAK !!
Psst.. Marilah kita sama-sama membina benteng negara!
Isnin, 9 April 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan