Isnin, 12 Mac 2012

PENGUNDURAN DATUK SERI SHAHRIZAT JALIL BUKTI BELIAU UTAMAKAN PARTI DAN NEGARA..

Berita perletakan jawatan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April ini sesuai dengan tempoh perlantikan beliau sebagai senator semalam agak mengejutkan orang ramai.

Ramai yang memberikan reaksi yang tersendiri berhubung pekara berkenaan, pihak pembangkang tentunya tersenyum lebar kerana kejayaan mereka yang berterusan memainkan isu NFC sehingga akhirnya Datuk Seri Shahrizat seolah mengalah diatas permainan atau fitnah dari pihak pembangkang.

Bagi pihak UMNO dan golongan pemimpin serta orang ramai berpendapat, pengunduran Shahrizat adalah langkah yang terbaik dan harus diberikan pujian kerana kesanggupan melepaskan jawatan sebagai Menteri demi parti dan negara disamping berpeluang untuk membersihkan namanya dan keluarga melalui proses undang-undang disamping memberikan ruang sepenuhnya kepada PDRM , SPRM dan pihak Mahkamah yang telah mendakwa suaminya yang dikaitkan dengan 3 pertuduhan  berhubung pecah amanah NFC.

Langkah Datuk Seri Shahrizat wajar dipuji demi parti, negara dan keluarganya... walaupun proses undang-undang belum membuktikan suaminya dan beliau sendiri bersalah atau sebaliknya..

Rakyat dan orang ramai juga menyanjung tinggi keputusan ini dan berpendapat tidak ramai pemimpin yang sanggup melepaskan jawatan  setelah berada ditempat atau berkedudukan tinggi seperti Shahrizat.. kes ini juga jika diamati ada persamaannya dengan kes yang melibatkan Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan yang mempunyai liabiliti yang melibatkan skandal menantunya Arif Fahmi., tetapi dipihak parti pembangkang belum ada yang seberani Shahrizat mengambil rasiko.. mereka terusan mengelak dan menafikan pekara sebenar walaupun ada tanggapan mengaitkan ahli keluarga dalam sesuatu isu!

Benarlah seperti yang diperkatakan Datuk Seri Najib selaku PM bahawa pemimpin dan kabinetnya harus bersih dan akan nampak lebih bersih dimata rakyat yang menilai keperbadian pemimpin dan perjalanan tadbir urus negara supaya tidak ada isu yang akan diperkatakan rakyat.. buktinya pada hari ini ramai dikalangan pemimpin kompenan parti dalam BN telah sendiri telah dihadapkan kemuka pengadilan kerana pertuduhan penyelewangan dan pecah amanah dan sebagainya seperti Datuk Seri Mohd Khair Toyo, Datuk Seri Lee Liong Sik dan beberapa tokoh.. ini menunjukkan Kerajaan tidak pernah menyembunyikan mereka-mereka yang yang terlibat.. Kerajaan BN adalah  telus dan bertanggung jawab..

Dengan pengunduran ini dapatlah Datuk Seri Shahrizat menumpukan sepenuh masa dan  usahanya sebagai ketua Wanita UMNO dalam membantu parti dan mengerakkan jentera wanita kearah pilihanraya umum ke 12..

Dalam isu ini juga, kepada pemimpin-pemimpin  UMNO perlulah diperingatkan bahawa  janganlah terlalu terikut-ikut sangat dengan permainan politik dan tuduhan politik pihak pembangkang seperti kes NFC dimana bukan sahaja pihak lawan yang menghentam Sharizat tetapi tetapi terdapat juga beberapa  pemimpin UMNO yang senada dengan pihak lawan yang mendesak supaya Shahrizat meletak jawatan.. isu sesama UMNO ini jugalah yang memainkan peranan dalam menghuruharakan parti dan kepimpinan UMNO sehingga menjejaskan kreadbiliti parti dalam menghadapi PRU ke 13 ini..

Kepada Dato' Seri Najib teruskanlah usaha dalam memenangi hati nurani rakyat..,  sentuhan berbisa Dato' Seri PM dilihat telah menjadi sebutan masyarakat.. keperhatina YAB PM dan Kerajaan telah membuka mata banyak pihak walaupun mereka berada di kampung atau dibandar.. pemberian insetif seperti BR1M, SBPA, Bantuan persekolahan RM 100 dan banyak lagi membuktikan Kerajaan pimpinan Dato Seri mengutamakan kepentingan dan pembelaan kepada rakyat.. teruskan usaha ini.. biarlah rakyat menjadi penentu kepada kerja-kerja murni ini melalui PRU ke 13 nanti.. Rakyat tentunya telah bijak untuk memilih yang mana kaca dan permata!!

Psstt... Kepada Datuk Seri Shahrizat kuat kan semangat dalam menghadapi ujian dan ketentuan Allah, jangan luntur dalam menghadapi cabaran besar ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan