Khamis, 1 Mac 2012

Tanhiah Kerajaan Pahang Adakan Konvensyen Ekonomi 2012

Langkah Kerajaan Negeri Pahang mengadakan konvensyen Ekonomi Negeri yang sedang berlangsung selama dua hari ( 29 Feb- 1 Mac) wajar diberi pujian.

Kerperhatinan Kerajaan Pahang sebuah negeri yang maju dan berdaya saing dari segi ekonominya menjelang 2020 membuktikan betapa seriusnya kepimpinan Kerajaan negeri dalam meningkatkan ekonomi Pahang serta mempelbagikan peluang-peluang yang boleh dijana melalui pelbagai sektor pemangkin ekonomi negeri.

Difahamkan lebih 1500 peserta dari pelbagai sektor, organisasi, IPTA/S dan ngo telah dijemput untuk menjayakan konvensyen kali ini yang dibahagikan kepada beberapa baahagian untuk diperbincangkan antaranya seperti:-

1. Pembuatan.
2.Pertanian.
3.Pelancongan
4.Infrastruktur dan Perumahan.
5.Pendidikan dan Latihan Kemiharan.
6.Utiliti dan Teknologi Hijau.
7.ICT dabn Bioteknologi
8.Pembangunan Luar Bandar dan
9. Seni Kreatif.

Mengikut sektor yang tertera diatas, ramai melihat konvensyen kali adalah usaha yang patut dipuji didalam usaha Kerajaan negeri memberikan penerangan mengenai perancangan dan pembangunan ekonomi negeri yang dilaksanakan oleh Kerajaan pahang selaras dengan Bidang Kerbahasilan Ekonomi Negeri (NKEA) disamping mendapatkan imput serta maklumbalas dari stakeholder mengenai pembangunan ekonomi negeri disamping menarik pelaburan kedalam sektor-sektor yang dibincangkan yang diramal berdaya maju yang terdapat di Pahang.

Syabas diucapkan kepada YAB MB Pahang dan Kerajaan Negeri yang berjaya mencetuskan idea didalam menjana Tranformasi Ekonomi .. melalui usaha-usaha ini kita percaya Pahang akan kehadapan untuk memacu kecemerlangan disamping meletakkan Pahang sebaris dengan negeri-negeri maju di Malaysia!!

Psstt... Syabas Long Nan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan