Khamis, 19 Januari 2012

EXCO BARU GANTI HASAN ALI - PAS MELOPONG..

Akhirnya teka teki siapa pengganti Hasan Ali terjawab dengan perlantikan Dr Ahmad Yunus Hairi, ADUN Sijangkang dari PAS , meskipun portfolio itu tidak menjuruskan kepada agama tetapi ramalan banyak pihak termasuk gesaan pemimpin PAS Selangor yang mahukan ADUN PAS dari Meru Dr Abd Rani Osman menggantikan tempat Dr Hasan yang ternyata tidak kesampaian... Lebih parah lagi portfolio agama dipegang oleh Datuk Khalid Ibrahim sendiri selaku MB.

Keadaan ini mengambarkan PAS semakin parah dan sudah menjadi kuda tunggangan oleh DAP dan PKR..maruah parti berkenaaan dipandang serendah-rendahnya oleh masyarakat..

Mana nak letak muka Nik Aziz dan Hadi Awang.. Pas yang sepatutnya menjadi pejuang islam sudah diperbodohkan di Selangor..Atau ada strategi tertentu dari Haji Hadi untuk sengaja tidak meletakkan Dr Abd Rani yang difahamkan bukan puaknya dalam PAS...walau apa pun ramai berpendapat.. itulah akibat dan bahana apabila sering memberi muka kepada Dap dan PKR sehingga portfolio yang menjadi cermin 'keislaman Pas' yang sepatutnya dalam gengaman terlepas begitu sahaja.

Nampaknya dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR yang sebenarnya paling berpengaruh manakala Pas hanya menjadi tempelan atau melukut ditepi gantang yang akan mengharapkan simpati rakan-rakan dalam PR dimasa akan datang..... macam mana nak perjuangkan islam jika portfolio berkenaan pun tidak diberi kepada Pas..!! nampak sangat DAP berkuasa di Selangor kan? itulah akibatnya jika sanggup mengugurkan slogan negara islam yang mereka dukung dan perjuangkan selama ini.., kepada Dr Hasan Ali, kami tabik atas pengorbanan tuan yang sanggup terlepas dan kehilangan jawatan demi perjuangan tuan terhadap agama islam , melayu dan Raja-raja melayu..

Semoga perjuangan tuan akan diteruskan walaupun menggunakan pentas lain untuk terus berjuang..

Psst.. Rasa-rasanya Kerajaan BN/ UMNO jugaklah yang baik..nya.. JAGA AGAMA, BANGSA, RAJA-RAJA DAN SEMUANYA...bagus tu.. nanti dlm PRU ke 13 kita pakat ramai-ramai kekalkan momentum sokongan kepada Barisan Nasional !!