Selasa, 22 November 2011

SYABAS HARIMAU MUDA!!

Final sukan Sea semalam merupakan ujian sebenar skuad Ong Kim Swee yang terpaksa mengharungi 120 minit permainan yang menguji tahap sebenar keluarbiasaan pemain negara dengan sorakan gegak gempita, cemuhan penyokong Indonesia di stadium Bung Karno Jakarta.

media melaporkan layanan kepada atlet negara dalam hampir semua perlawanan sangat mendukacitakan dan terkeluar dari amalan dan semangat kesukanan dan boleh dikatakan Indonesia gagal dalam mengendalikan sukan terulung di Asia Tenggara ini, dengan mengutamakan sentimen berbanding semangat kesukanan!!

Catatan 160 pingat emas yang dicipta Indonesia dalam temasya kali ini sebenarnya tidak menampakkan apa-apa kerana Indonesia terus kempunan untuk mendapat pingat emas final bolasepak yang terlalu lama mereka indamkan..

Meskipun terpaksa menerima cemuhan dan maki hamun penyokong merah puih, tahap permainan wira-wira negara malam semalam sangat luarbiasa sekali.. sedikitpun tidak menampakkan rasa gugup dan gabra dengan sorakan lebih 100 ribu penyokong Garuda itu malah sentiasa menunjukkan aksi dan semanangat juang yang tinggi sehingga dapat menghasilkan gol penyamaan melalui tandukan.. seperti pepatah 'patah sayap bertungkat paruh' walaupun hampir terjatuh ketika melakukan tandukan sehingga menghasilkan jaringan yang bertaraf dunia!!

Derita Garuda semakin parah apabila sepakan penalti memihak kepada pasukan kita 5-4 menjadikan stadium Bung Karno menjadi sepi, ramai peminat dan penyokong Indon kecewa dan hingga menitiskan air mata... emas bolasepak terlepas .. dan Malaysia terus mempertahankan pingat emas seperti yang dilakukan di Laos dulu..

Sekalung tahniah kepada Skuad Ong Kim Swee, pengurusan dan anak-anak buahnya serta jangan lupa kepada YB. Menteri Belia dabn Sukan Datuk Ahmad Sabery Chik yang sentiasa berada bersama skuad negara dalam berhadapan dengan lautan penyokong Garuda yang ekestrem.. Malaysia berada dilandasan yang betul dan kemenangan , perjuangan skuad harimau Muda ini akan membangkitkan semangat anak-anak muda Malaysia untuk melakar lebih kejayaan disamping telah belajar erti kepayahan dengan mengharungi onak duri demi mengapai kejayaan untuk hadiah kepada negara tercinta berkat sokongan rakyat Malaysia dan YAB Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa bersama skuad negara..

Malaysia Boleh!! Hidup Sukan Bolasepak Negara!! Tahniah Kepada Seluruh Rakyat Malaysia!!

Sabtu, 8 Oktober 2011

PEMBENTANGAN BAJET 2012- PEMBANGKANG TERCENGANG DAN TERNGANGA..

Syabas diucapkan kepada YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan kerana pembentangan bajet untuk rakyat semalam.. ramai rakyat Malaysia bertumpu dikaca TV dan mendengar dicorong radio pembentangan bajet tersebut.

Ramai berpendapat bajet tersebut menepati kehendak rakyat dan prihatin terhadap nasib masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang, mereka berpuas hati dengan pembentangan bajet berkenaan yang dilihat sebagai bajet untuk kesejahteraan rakyat dan memakmurkan negara.

Semua pekara yang bersangkutan bajet telah disentuh dan diberi tumpuan samada dari segi penjawat awam, pesara, pekerja swasta, pertanian, perindustrian, pembelajaran dan sebagainya telah diambil kira dalam bajet yang bernilai lebih 200 bilion itu.

Bajet kali ini adalah bajet kebajikan yang telah diamalkan oleh Kerajaan sejak zaman almarhum Tuanku Abdul Rahman lagi hingga sekarang yang membuktikan negara berada dilandasan yang betul berdasarkan keupayaan ekonominya.

Bak kata YAB PM, Kerajaan BN yang dipimpinnya tidak menjanjikan 'bulan dan bintang' tetapi berjanji mengikut keupayaan dan kemampuan sebenarnya dan selaku Kerajaan yang bertanggung jawab, Kerajaan akan melakukan apa sahaja demi kemakmuran negara dan kebajikan rakyatnya.

Bagi pihak pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar memang telah diduga akan menempelak bajet yang telah dibentangkan, mereka mendakwa bajet tersebut hanya retorik menjelang PRU ke 13 dan tidak releven untuk dilaksanakanberdasarkan punca dan pendapatan kewangan negara dan mendakwa Kerajaan Najib telah meniru bajet Pakatan Rakyat yang telah dikeluarkan sebelum ini...

Berdasarkan kepada bajet yang telah dibentangkan, majoriti rakyat berpuas hati dan menganggap bajet berkenaan bukan untuk pilihanraya bahkan bajet ini dibuat sebagai mengangkat negara kearah negara berpendapatan tinggi menuju Wawasan 2020 berasaskan konsep 1 Malaysia, Rakyat di dahulukan.

Ramai yang berpendapat perangai pemimpin Pakatan Rakyat memenag begitu, mereka seperti cemburu dengan pembentangan tersebut.. Dato' Seri Najib dan Kerajaannya bukan seberono dan cakap kosong malah apa yang dijanjikan dalam bajet ini akan dilaksanakan.. oleh itu kepada Rakyat Malaysia marilah kita sama-sama memberikan sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional dan perdana Menteri untuk sekali lagi memenangi PRU ke 13 nanti..

Kita lupakan sahaja pihak pembangkang yang tidak pernah mengiakan kejayaan yang dipelopori kerajaan malah jauh sekali membantu dalam membangunkan negara ini.. patutlah dalam pembentangan bajet semalam ramai MP Pembangkang terlopong, tercengang dan ternganga diatas kandungan bajet tersebut yang ternyata menutup rapat peluang mereka untuk memenangi RU ke 13 nanti..

YAB PM..Bila agaknya PRU Ke 13 ?

Ahad, 18 September 2011

KECELUPARAN UCAPAN MAT SABU DAKWA KOMUNIS PEJUANG NEGARA- APA JADI DENGAN RIBUAN LAPORAN POLIS??

Keceluparan ucapan ceramah Mat Sabu mengangkat dan mendakwa komunis sebagai pejuang negara telah makan diri apabila majoriti rakyat negara ini telah memprotes ucapannya, mereka termasuklah keluarga mereka yang terbunuh oleh kekejaman pihak komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong, Johor seperti yang difilemkan oleh pengarah Datuk Jins Shamsuddin dulu.

Majoriti rakyat negara ini mencemuh ucapan Mat Sabu yang disifatkan cuba memutar belitkan fakta sejarah dengan mengangkat Mat Indera ( tali barut komunis) sebagai pejuang sebenar..ramai yang kecewa dengan ucapan Mat Sabu tetapi ada juga yang menyokong dakwaan tersebut termasuklah beberapa oerang pemimpin PAS yang buta dan bebal dengan sejarah negara!!

Demi mempertahankan Mat Sabu dan parti mereka mereka terpaksa 'menongkah arus' dengan bersetuju dengan dakwwan tersebut walaupun mereka sebenarnya mengetahui sejarah negara dan perjuangan komunis.

Para penyelidik dan sejarahwan sepakat mengatakan komunis adalah petualang dan bukanya pejuang sperti yang didakwa oleh Mat Sabu, perjuangan Mat Kilau, Batuk Bahaman dan yang seangkatan denganya melawan British tidak boleh disamakan dengan perjuangan Mat Indera dan konco-konconya kerana perjuangan komunis untuk melebarkan pengaruh, fahaman dan ideologinya di dunia dan di tanah melayu pada ketika itu.

Kembali kepada ketidakpuas hati masyarakat dan rasa marah mereka kepada Mat Sabu menyebabkan ribuah laporan polis telah dibuat, rakyat mahu supaya petualang seperti Mat Sabu diambil tindakan tegas kerana beliau dianggap lebih berbahaya dari komunis sebenar, hampir semua badan, Ngo dan keluarga yang terlibat dengan serangan balai polis Bukit Kepong dan lain-lain mangsa kekejaman komunis telah membuat repot polis diseluruh negara.

Sehingga ke hari ini, masyarakat tertanya-tanya apa tindakan terhadap laporan-laporan yang telah dibuat, apakah tindakan terhadap Mat Sabu? mereka ingin penjelesan dan tindakan supaya tidak ada lagi individu seperti Mat Sabu yang muncul dengan menidakkan pengorbanan polis, tentera dan orang awam yang terkorban demi perjuangan kepada negara ini.

Sepatutnya orang seperti ini wajar diberi hukuman menurut undang-undang negara walaupun ISA telah dimansuhkan...

Al Fatihah kepada pejuang-pejuang yang terkorban demi mempertahankan negara tercinta..

Penghapusan ISA Mengikut Peredaran Masa dan Keperluan

Baru-baru ini YAB Perdana Menteri telah mengadakan sidang khas di Angkasapuri sempena ucapan Hari kemerdekaan dari Hari Malaysia yang disambut serentak tahun ini.

Dalam ucapannya YAB Dato' Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri telah membuat beberapa pengumuman penting diantaranya penghapusan ISA , ramai yang terkejut dengan pengumuman ini , YAB Dato' Seri Najib ternyata berani mengambil rasiko yang menjadi tuntutan pihak pembangkang selama ini dalam setiap kali ceramah mereka untuk menarik sokongan rakyat.., ramai yang tidak percaya dengan berita ini termasuk pemimpin -pemimpin pembangkang, mereka menjadi "kaku" dengan perkembangan ini..

Bagi sesetengah pihak pengumuman ini wajar dibuat oleh pihak Kerajaan dibawah pimpinan Najib, mereka percaya Kerajaan dan YAB Perdana Menteri telah memikirkan semasak-masaknya sebelum penghapusan ISA ini dibuat..ini semua kearah masa depan negara yang lebih bebas dan terbuka setelah melalui fasa-fasa tertentu dimana akta berkenaan telah sampai masanya untuk dilupuskan berbanding keperluannya di masa lalu.

Pendek kata melalui Akta ISA yang diwujudkan dulu sehingga kehari ini telah membantu kententeraman dan keamanan negara dapi puak pelampau.. negara pada ketika itu sangat memerlukan ISA supaya rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik tidak di api-apikan oleh sentimen perkauman sehingga boleh menghancurkan negara.

Sekarang zaman telah berubah, peredaran masa dan tuntutan untuk membenteras gejala subersiv telah mula perlahan, untuk itu wajarlah Kerajaan memikirkan mekenisme lain untuk menggantikan ISA, akta yang lebih sesuai dengan peredaran masa dan keperluan selepas 54 Tahun Merdeka.. untuk itu telah terbukti Kerajaan Datuk Seri Najib peka dengan tuntutan ini dan berani mengistiharkan penghapusan akta yang telah banyak 'berjasa' kepada negara.

Selepas ini mungkin pihak pembangkang mendabik dada berkata penghapusan ISA adalah berkat perjuangan mereka selama ini dan Kerajaan BN tiada pilihan lagi selain mengikut arahan pembangkang demi servival politik BN menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti.

Bagi kami selaku rakyat yang cintakan negara dan keamanan..selalu yakin dan percaya , YAB Perdana Menteri telah melakukan sesuatu yang berani dan releven demi masa depan negara dan rakyat tentunya memahami asas dan tujuan tersebut.. harapan rakyat agar makensime atau cara yang yang lebih sesuai dapat diparatikkan untuk menggantikan ISA demi keamanan dan kemakmuran negara kan terus terpilihara untuk selama-lamanya!

Syabas YAB PM ...! Selamat Menyambut Merdeka dan Selamat Hari Malaysia..

Isnin, 8 Ogos 2011

Isu Gereja - Dr Hassan Ali Mungkin Di Pecat ?

Heboh satu negara diatas tindakan JAIS menjalankan pemeriksaan sebuah gereja di Selangor yang dikatakan menjalankan kegiatan secara halus untuk proses pemurtadan 12 orang islam dengan penganjuran majlis berbuka puasa.

Tindakan JAIS telah dipertahankan oleh EXCO agama Selangor, Dr Hassan Ali menyebabkan Menteri besar datuk Khalid Ibrahim berang dan mahu supaya JAIS dan Dr Hassan Ali membuat laporan penuh kepada Kerajaan negeri berhubung insiden berkenaan.

Dalam masa yang sama menteri besar Selangor itu juga telah mendapatkan gambaran dari paderi gereja berkenaan seolah memohon maaf dari apa yang telah berlaku.

Tekanan sudah semistinya dihadapkan kepada Dr Hasan Ali yang bertanggung jawab diatas apa yang berlaku.. kini Dr Hassan Ali dilihat keseorangan dalam menghadapi saat yang menekannya.. semua EXCO kerajaan negeri seolah menghentam tindakannya termasuk EXCO-EXCI beragama islam dari PKR dan PAS sendiri... mereka seolah seperti diarah supaya berdiam diri demi menjaga kesepakatan dalam pakatan Rakyat.. sekali lagi belang Ronnie Liou dan rakan-rakan terserlah dengan PAS terpaksa tunduk 'mencium lantai gereja'... memohon maaf dari tindakan yang dibuat oleh JAIS diatas arahan yang diperkenankan oleh Dr Hassan Ali..

Tabik kepada Dr Hassan yang telah berani mengambil rasiko dan tanggung jawab demi menegakkan islam di Selangor.. dulu beliau masuk PAS pun kerana percaya parti itu adalah penegak islam di negara ini.. tapi apa dah jadi sekarang beliau dihentam dari pelbagai sudut oleh pemimpin-pemimpin DAP termasuk PAS sendiri dan tidak terkecuali PKR yang diketuai oleh Datuk Khalid Ibrahim yang mengecam tindakan tersebut, tindakan nya untuk menegakkan kebenaran ala PAS setelah menguasi Selangor akhirnya memakan diri.. dulu isu bantahan penjualan arak .. ternakan babi.. semuanya mudah dipatahkan oleh rakan-rakan EXCO Pakatan Rakyat.. pendek kata lebih baik semasa UMNO / BN dulu jadi kerajaan yang telah berjaya memertabatkan islam dari Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim yang dayus dan terpaksa tunduk kepada sekutunya yang kafir harbi.. semua ini gara-gara DAP mempunyai pengaruh yang cukup kuat di Selangor.. semua keputusan yang tidak disukai DAP akan diprotes yang menjadikan EXCO dan MB islam sebagai boneka!!

Semalam 7hb Ogos, satu mesyuarat PAS telah diadakan di KL dipengerusikan oleh Presidennya Hadi Awang bertujuan untuk mendengar penjelasan Dr Hassan Ali berhubung tindakannya dan JAIS tehadap gereja berkenaan...keputusannya sangat mendukacitakan semua pihak.. Hadi Awang berkata pekara berkenaan sebagai isu kecil dan Pas akan menemui paderi dan pihak gereja untuk mendapatkan gambaran sebenar disamping seperti biasa membidas UMNO yang cuba mengapi-apikan isu berkenaan...manakala Dr Hassan Ali terus meninggalkan majlis setelah selesai mesyuarat tanpa seberang komen.. dan berkata Presiden ( Hadi Awang) akan menjelaskan hasil mesyuarat..

Kepada rakyat Malaysia.. marilah sama-sama kita menilai dan melihat apa yang telah berlaku.. kerana kepentingan politik dan menjaga sensetiviti rakan-rakan dalam PR.. seolah agama islam diperlekehkan..benda yang tidak boleh direlakan..semuanya kerana ingin menjaga hati pengundi bukan islam..supaya dapat mengekalkan Kerajaan yang mereka kuasai.. tentang maruah dan perlembagaan negara yang terang-terangan mendaulatkan islam sebagai agama rasmi negara tidak penting lagi.. buktinya nyata apabila PAS tidak lagi menjadikan islam sebagai slogan mereka sebaliknya menjadikan slogan negara berkebajikan sebagai slogan baru merejka dangan hasrat untuk mendapatkan undi dari bukan islam...

Ramai berpendapat selepas ini PAS akan mengambil langkah dan tindakan yang lebih drastik tehadap Dr Hassan Ali yang menjadi penyebab kepada isu-isu yang sering timbul yang menyebabkan hubungan mersa pakatan Rakyat sering tergugat.. Dr Hassan Ali berada dipihak yang benar.. dalam menegakkan islam di Selangor .. sebab itulah Datuk Seri Jamil khir Baharom menteri yang bertanggung jawab dalam hal ehwal agama menyokong tindakan JAIS supaya cubaan memurtadkan orang islam dalam aktiviti yang terselindung tidak berlaku dikalangan umat islam.. langkah yang dibuat oleh JAIS dan Dr Hassan Ali adalah betul..

Apakah Dr Hassan Ali akan dipecat sebagai EXCO?? sama-samalah kita tunggu perkembangannya....

Rabu, 3 Ogos 2011

Nik Aziz Sudah Tidak Percayai Anwar?

Heboh dalam media massa tentang pendedahan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru berhubung terdapat segelintir pemimpin PR terutama Pas yang secara senyap-senyap telah mengatur strategi untuk mencari pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang sebagai persiapan sekiranya Datuk Seri Anwar dikenakan hukuman berhubung kes liwatnya.

Individu yang dikatakan paling sesuai untuk menggantikan tempat Anwar ialah YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang yang merupakan tokoh politik veteran dan berpengalaman yang pernah keluar UMNO dan menubuhkan parti Semangat 46. YBM tengku dikatakan tokoh paling sesuai kerana berupaya untuk menyatukan Pakatan Rakyat terutama suara lantang DAP dan PKR serta Pas..

Datuk Seri Zahrain Hashim mendakwa ada kepimpinan tertinggi Pas telah bertemu Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyampikan harsat berkenaan.

Khabarnya..rancangan secara diam-diam ini terpakasa dilakukan kerana meraka telah sedar akan masalah dihadapi pemimpin pembangkang itu, mereka juga berpendapat Datuk Seri Anwar telah menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat.. jadi.. sebelum apa-apa terjadi wajar ada penggantinya dan Ku Li adalah pilihan yang tepat dalam menangani permasalahan yang dihadapi mereka.

Tetapi dalam akbar semalam 2hb ogos dan melalui Facebooknya, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat telah menafikan desas desus itu dan menganggap isu itu tidak benar dan umpama lawak jenaka sahaja.

Pagi ini dalam surat khabar 3 Ogos, .. sekali lagi datuk seri Zahrain Hashim tampil dengan mencabar Nik Aziz membuat kenyataan terbuka menafikan beliau ada berjumpa Tengku Razaleigh berhubung permintaan untuk menggantikan Datuk Seri Anwar sebagai ketua Pembangkang. Zahrain mencabar Nik Aziz berkemungkin terdapat fakta jelas perjumpan tersebut benar-benar berlaku.. baginya Nik Aziz sering mengeluarkan kenyataan yang sentiasa berubah dan tidak konsisten.

Jika dakwaaan Datuk Seri Zahrain Hashim berasas dan menjadi kenyataan pastinya Datuk Seri Anwar dan orang-orangnya akan terluka dengan tindakan tersebut yang terang-terangan membelakangnya dalam usaha menyingkirkan Anwar yang selama ini dianggap berjasa dalam menyatukan PAS dan DAP yang berbeza fahaman.

Dan jika pendedahan ini benar.. menunjukkan telah terdapat pemimpin-pemimpin PR terutama dari Pas yang mula sedar .. Anwar berhadapan masalah dan menjadi liabiliti kepada PR.. jadi sebelum rakyat menghukum mereka melalui Pilihanraya umum nanti eloklah dicari pengganti yang paling sesuai...

Dari apa yang didengar.. sebenarnya pemimpin dan ahli-ahli Pas sendiri telah mula sedar berhubung kes liwat dan video .. mereka terpaksa berdiam diri dan menegakkan benang basah demi untuk terus mendapat sokongan dari pengundi bagi meneruskan cita-cita menumbangkan Barisan Nasional dengan menguasai Putra Jaya semata-mata..

Dalam pada itu ramai juga penyokong-penyokong parti pembangkang yang mengakui kebolehan dan keberkesanan YAB Dato' Seri Najib selaku PM yang telah membawa pembaharuan melalui gagasan 1Malaysia.. Ramai berpendapat isu remeh temeh yang sering didendangkan oleh pihak pembangkang tidak semestinya diterima sehingga tindakan mereka nanti boleh mengagal dan membinasakan semua yang telah kita bina dan dikecapai selama ini..

Semua isu yang dimainkan oleh mereka sekadar menutup kelemahan mereka yang gagal mengurus dan membangunkan negeri-negeri yang dikuasai mereka.. pada hal Malaysia terus berkembang maju dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib..

Kepada pemimpin dan penyokong parti pembangkang kembalilah kejalan yang benar dan releven dan marilah kita menghentikan amalan politik yang boleh memecah belah perpaduan dan merugikan melayu dan islam..

Kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah tokoh berpengalaman dan masak dalam politik tanah air tentunya mempunyai pendirian tersendiri berhubung pekara ini.. kita percaya YBM Tengku tidak akan menghampakan orang melayu yang menjadi tunjang perjuangan utamanya selama ini..

Rabu, 27 Julai 2011

MAMPUKAH HARIMAU MALAYA MENGEGAR DI BUKIT JALIL?

Setelah tewas 5-3 di Singapura tempohari pasukan Harimau Malaya negara akan beraksi digelanggang sendiri esok.. pastinya peminat dan penyokong bolasepak tanah air sangat mengharapkan aksi terbaik skuad kita apabila melayani skuad Sang Singa yang telah mendahului kita dengan kelebihan dua gol..

Meskipun ketinggalan dua gol yang pastinya pemain dan pengurusan serta peminat tetap akan turun ke Bukit Jalil esok.. laporan FAM mengatakan bahawa setakat semalam 60,000 tiket untuk perlawanan tersebut telah terjual.. laris..macam goreng pisang..selebihnya akan dijual semasa hari perlawanan termasuk tempahan melalui internet..

Sememangnya sokongan warga Malaysia kepada pasukan bola kita amatlah menggagumkan kita semua sejak kebelakangan ini..

Melalui perlawanan lepas kita melihat corak permainan yang dipamerkan oleh skuad negara begitu menghibiurkan.. tetapi terdapat kelemahan disudut benteng pertahanan yang memerlukan tumpuan Rajagobal selaku jurulatih.. ramai beranggapan sikap pemain pertahanan yang kurang komitmen dan tidak bersungguh-sungguh mengekang asakan lawan menyebabkan pasukan kita kecundang..

Kepantasan penyerang sensasi negara seperti Hadi Yahya dan Shafiee Sali perlu dilipatgandakan untuk merobek gawang singapore.. seranganh bertali arus perlu dilakukan dan jangan cepat berpuaas hati jika dapat menjaringkan gol awal.. kita perlu mengekang serangan lawan terutama Awang Import mereka yang mempunyai skil dan kepantasan seperti yang ditunjukkan dalam perlawanan sebelum ini..

Kepada rakyat Malaysia marilah kita berikan sokongan, laungan serta sorakan dan kita penuhkan stadium Bukit Jalil, khamis ini tiket tinggal 20,000 lagi..

Kepada pemain kuatkan semangat dan komitmen untuk memenangi perlawanan ini sebagai harapan seluruh rakyat Malaysia untuk berada dipusingan seterusnya dalam kelayakan untuk kepiala dunia nanti.. mana tahu.. kita boleh melakar sejarah untuk pergi lebih jauh kali ini..

Menang kalah adat perlawanan.. tetapi yang penting semangat melawan perlu ada pada pasukan kita.. kita bangga kerana mempunyai pemain-pemain 100% rakyat sendiri dan tidak mengharapkan pemain luar yang harus diberi kerakyatan untuk tujuan memenangi perlawanan..

'TERUSKAN AKSI MANTAP !! HIDUP HARIMAU MALAYA!!'

Ahad, 17 Julai 2011

Bolasepak- Malaysia Bakal Gergasi Asia?

Tengok pasukan bola Malaysia berentap dengan Liverpoll semalam ramai yang mula yakin dengan mutu skuad bolsepak Harimau Malaya dibawah bimbingan Rajagobal.. pemain seperti tidak merasa gemuruh apabila beraksi dengan pemain ternama dunia..

Larian deras, konsisten dan berani mencuba adalah faktor yang menjadikan pasukan Malaysia hebat dan tidak mempunyai masalah bersaing dengan bintang-bintang ternama Liverpoll.

Meskipun tewas 6-3 pijian harus diberi kepada pemain dan pengusan skuad negara disamping sokongan padu dari 'penyokong fanatik' Liverpoll di Malaysia kepada pasukan kita..

Jika momentum skuad Harimau Malaya ini dapat diterus dan dipertingkatkan ,ramai percaya Malaysia akan kembali bersinar di asia tenggara dan boleh menjadi sebuah pasukan gergasi di Asia seperti Jepun ,Korea Selatan, Arab saudi dan lain-lain yang telah beraksi di piala dunia..

Kepada pemain dan peminat skuad Harimau Malaya teruskan kerja kuat untuk membina mutu sukan bolasepak negara dan 'mengaum' pada tiap kali perlawanan..

Syabas Pak Belang!! Maju dan terus Maju !!

Selasa, 12 Julai 2011

APA KATA JIKA PERHIMPUNAN HARAM BERLAKU DI KELANTAN PULAK..

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz sekembalinya dari umrah semalam menyalahkan Kerajaan dan polis kerana tidak memberi kebenaran kepada rakyat berhimpun menjadi punca kekecohan.. katanya penegahan perhimpunan seolah menyekat luahan rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan, kerajaan juga dilebel sebagai penakut dan ingin menutup kesalahan yang terlalu banyak dilakukan. ( Sinar Harian : 12 Julai 2011 edisi Pahang).

Cara Nik Aziz bercakap seolah beliau lupa bahawa beliau juga merupakan pemimpin di Kelantan sebagai Menteri Besar.. terlalu banyak tanggung jawab yang perlu dilakukan sebagai pemerintah.. tidak semua yang dibuat rakyat suka..seperti menjaga anak-anak macam-macam kerenahnya.. rakyat Kelantan pun tidak suka kepada menteri besar ini ..sekarangnipun ramai Tok-Tok Guru pondok di Kelantan dah keluar menentang politik agama yang keterlaluan Nik Aziz..

Kalau ada perhimpunan haram masa akan datang.. eloklah dilakukan di Kelantan, boleh bagi stadium atau mana-mana sahaja di Kota Baharu, barulah nanti Tok Guru terasa bahangnya.. terguggat dari segi keselamatan, ancaman ekonomi..dan macam-macama lagi..

Amacama boleh ke?

Isnin, 11 Julai 2011

MENGHARAP ADA KEJUTAN PEMBENTANGAN BAJET 2012..

Beberapa tindakan proaktif yang dicadangkan oleh pihak Kerajaan terutama YAB Perdana Menteri untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara dan pendapatan rakyat sejak kebelakangan ini sangat membanggakan semua pihak.

Hasrat Kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi akan tercapai dengan kerjasama semua pihak. kedatangan pelancong dan pelabur luar untuk menjalankan urus niaga dinegara kita sangat menggalakkan. Semua ini oleh kerana negara kita aman dan makmur dan tidak berhadapan dengan pelbagai konflik sebagaimana yang dihadapi oleh sesetengah negara.

Mungkin diatas kejayaan inilah yang membuat saingan politik dalaman 'mati kutu' dengan kejayaan yang dicapai sehingga ada yang sanggup menjadi 'Si Kitul' yang sanggup menjadi petualang dan penderhaka bagi meruntuhkan apa yang kita banggakan selama ini.

Bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran, pastinya tidak akan membenarkan sebarang usaha untuk memecah belah perpaduan dan menghuru harakan negara kerana disini semuanya telah 'molek -molek belaka'...

Berbalik kepada pembentangan bajet 2012 oktober ini.., ramai mengharapkan akan berlaku beberapa kejutan oleh YAB Perdana Menteri merangkap menteri kewangan yang boleh mengembirakan seluruh rakyat.. mungkin dibeberapa sektor yang boleh menyumbang kepada pekara tersebut.. yang penting kepada semua golongan seperti penjawat awam.. semestinya mereka mengharapkan pemberian bonus!, penurunan kadar tol..semakan gaji..biasiswa dan lain-lain lagi yang perlu difikirkan untuk mengembirakan rakyat..

Semuanya terpulang kepada YAB PM dan Kerajaan, tetapi semua perlu memahami ..itu bergantung kepada keupayaan kewangan kerajaan... kita percaya YAB PM selaku peneraju kerajaan yang bertanggung jawab telah memikirkan yang terbaik kepada seluruh rakyat yang telah memberi mandat dalam piliharaya umum lepas dan akan datang..

' MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA YAB PM DAN KERAJAAN!! '

MENGAPA LAUNGAN 'REFORMASI' BUKAN LAUNGAN 'PILIHANRAYA BERSIH' ??

Perhimpunan haram yang berlaku sabtu baru-baru ini tidak sampai kepada angka yang diharapkan oleh penganjur, sekitar 10,000 orang sahaja yang menyertainya termasuk kalangan penyokong Patriot yang diterajui oleh Khairi Jamaluddin.

Hajat Datuk Ambiga, Anwar Ibrahim dan pemimpin dari Pakatan Rakyat untuk 'mengegar' Kuala Lumpur tidak menjadi dengan tindakan pantas polis yang telah dapat mengekang lebih awal Perhimpunan ini..

Walaupun perhimpunan ini tetap berjalan.. sasran untuk menarik 300,000 pendemonstarsi jalanan tidak kesampaian..

Seperti yang dijangkakan perhimpunan tersebut meninggalkan kesan yang sangat mendalam dikalangan peniaga, pemandu teksi, pelancung dan orang ramai yang terpakasa menanggung rugi akibat perhimpunan haramtersebut.

Paling menghirankan banyak pihak ialah bantahan kepada Suruhanjaya pilihan Raya ( SPR) yang menuntuk 8 pekara tidak kedengaran langsung..hanya laungan dan jeritan 'Reformasi' sahaja..ini bermakna jelas Ngo BERSIH yang diterajui Ambiga telah diperalatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan Rakyat bagi 'menghalalkan' perhimpunan diadakan diatas tiket Bersih tetapi sebenarnya merupakan agenda utama Anwar yang ingin mengalihkan perhatian umum terhadap kes moralnya dengan mengajak rakyat kejalanraya...

Rakyat telah muak dengan cara sebegini.. ingatlah majoriti rakyat Malaysia masih perlukan keamanan dan kedamaian di bumi bertuah ini dan akan menolak sebarang cubaan untuk mengulingkan Kerajaan dengan cara sedemikian rupa.. kalu benar-benar rasa kuat dan Anak Jantan bertandinglah dalam pilihanraya nanti.. jangan gadaikan maruah dan keamanan negara yang telah kita ciptakan melalui pejuang-pejuang terdahulu, kerana untuk memulakan proses mengisi kemerdekaan negara bukanlah pekara yang mudah.. jangan ada sesiapa yang menjadi petualang untuk meruntuhkan semua yang telah kita bina selama ini..

Fikir-fikirkan..

Sabtu, 9 Julai 2011

PERHIMPUNAN HARAM- SYABAS PDRM!!

9 Julai, 2011 -Perhimpunan haram yang berlaku hari ini seperti yang dimahukan oleh petualang-petualang dan pengkhianat negara telah dapat dikawal oleh pihak berkuasa terutama polis.

Langkah pencegahan awal dan larangan kepada 91 orang pemimpin parti dan Ngo memasuki Kuala Lumpur adalah langkah paling tepat disamping usaha memperketat laluan masuk ke KL dengan dengan mengadakan sekatan jalanraya.

Pihak polis juga harus dipuji dengan tindakan awal membenteras elemen yang mungkin berlaku dengan menahan suspek dan dalang perhimpunan termasuk merampas baju dan barangan yang akan diguna untuk perhimpunan berkenaan diseluruh negara.

Penahanan pemimpin parti dan Ngo seperti Datuk Ambiga, Haji Hadi, Mat Sabu dan Khairi Jamaluddin serta Datuk Azez Rahim serta yang lain wajar dilakukan, kita mahu pihak polis menahan mereka kerana melanggar undang-undang negara meskipun telah diberi ingatan awal pihak polis dan KDN.

Mereka yang berkenaan harus ditahan dan diambil keterangan serta tindakan sewajarnya tidak kira dari mana pihak yang mereka wakili.. undang-undang negara perlu dipertahan dan dipratik dan ditegakkan..

Dalam pada itu kita juga harus merenung sejenak kesan yang bakal dihadapi oleh negara diatas perhimpunan haram yang terjadi pada hari ini..mungkin banyak kesan buruk dari kebaikan hasil perhimpunan ini..

Apakah yang diperoleh oleh dalang perhimpunan ini ? selain memalit malu kepada pihak Kerajaan dan mengundang pandangan serong pihak luar berhubung perjalanan demokrasi di Malaysia.. agaknya itulah yang mereka mahukan..

Sekali lagi ucapan tahniah kepada PDRM kerana berjaya mengekang Perhimpunan haram ini dari terus merebak.. pengalaman berhadapan Perhimpunan pada 2007 telah mengajar kita supaya sentiasa bersedia dalam menangani insiden seperti ini, kita percaya petualang-petualang dibelakang perhimpunan ini tentunya kecewa dari hasil yang mereka lakukan kerana perhimpunan kali seperti tidak menjadi dan tidak sampai kepada matlamat yang mereka hajatkan!!

Kepada rakyat yang inginkan keamanan dan kesejahteraan serta kemakmuran Malaysia, marilah kita menolak pihak golongan pelampau ini dalam PRU ke 13 nanti.. kita percaya majoriti senyap dalam masyarakat akan memberikan kemenangan sekali lagi kepada Barisan Nasional kerana mereka mengharapkan supaya momentum pentadbiran negara terus maju jaya dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri yang kita senangi..


Sekali lagi syabas PDRM !!

Selasa, 21 Jun 2011

PERHIMPUNAN HARAM WAJAR DIHENTIKAN!!

Langkah sebuah Ngo bersama parti-parti politik pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram pada bulan depan telah mendapat bantahan dari lapisan masyarakat, banyak laporan polis dibuat mengutuk dan meminta perhimpunan tersebut tidak diadakan, ramai beranggapan perhimpunan berkenaan lebih kepada usaha untuk menutup kekotoran oleh individu yang berkepentingan dalam situasi menghadapi tuduhan moral yang menyebabkan survival politiknya semakin sukar dan terdesak!

Untuk keluar dari masalah tersebut, Ngo dan parti politik terpaksa digunakan dengan mengajak mereka ke jalan raya bersama untuk berdemonstrasi dengan menjadikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai 'kambing hitam' untuk 'membersihkan dosa' yang telah dilakukan.

Tuntutan badan yang mengelarkan mereka sebagai 'BERSIH' terhadap SPR sebenarnya sebuah badan yang menjadi kuda tunggangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mengalihkan kes perbicaraannya dan juga isu klip video sek yang sedang berjalan.

Desakan oleh kumpulan yang mahukan supaya proses pilihanraya dijalankan dengan telus dan adil sebenarnya telah dibincangkan secara mendalam bersama pihak yang berkenaan dan SPR, pekara ini telah berkali-kali dinyatakan oleh pengerusi SPR Datuk Abdul Aziz Yusof , dalam perbincangan tersebut difahamkan ada pekara-pekara yang diterima oleh SPR dan ada juga pekara yang tidak sesuai dibuat memandangkan faktor-faktor tertentu, bahkan SPR juga bersedia membuka pintu dari semasa ke semasa untuk mengadakan rundingan dan menerima pandangan yang boleh membantu proses perjalanan pilihanraya di negara ini diadakan dengan telus dan adil kepada semua parti yang bertanding.

Terdapat beberapa tuntutan oleh pihak berkenaan dan saya mohon memberi sedikit ulasan dan pandangan diantaranya ialah :-

1. Meminta had umur pemilih dari 21 tahun diturunkan kepada 18 tahun- pekara ini tidak menjadi masalah sekiranya parlimen meluluskannya, pihak SPR tiada kuasa memberi kebenaran dan menetukan had umur, kuasa adalah melalui kelulusan parlimen, SPR hanya badan pelaksana sahaja.

2. Masa berkempen 21 Hari - masa yang dicadangkan terlalu lama, jika kempen pilihanraya diadakan dalam tempoh yang lama menyebabkan kos atau perbelanjaan mengurus akan bertambah disamping faktor keselamatan dalam sesuatu pilihanraya juga perlu diutamakan, lagipun ramai berpendapat semua parti-parti politik telah mengggunakan tempoh 365 hari (setahun) untuk berpolitik, jadi tempoh 7 hingga 10 hari masa berkempen adalah munasabah dan memadai disamping memberi peluang kepada parti-parti kecil yang ingin turut serta dalam pilihanraya yang diadakan.

3. Kebebasan Media - Pekara ini juga tiada masalah kerana KDN telah memberikan permit penerbitan akhbar kepada parti-parti politik seperti Harakah, Suara Keadilan, Roket dan sebagainya, selagi akhbar-akhbar berkenaan mengikut garis perundangan yang ditetapkan.

4. Rasuah - pekara ini juga telah diambil maklum oleh SPR dimana Kerajaan hari ini dilihat begitu tegas dan serius menangani gejala rasuah termasuk piliharaya dengan meningkatkan peranan SPRM bagi menangani isu yang dibangkitkan.

5. Undi Pos - isu undi pos adalah ' isu lapok ' , sejak beberapa tahun lalu SPR telah memberi ruang kepada wakil-wakil parti yang bertanding untuk membuat pemantauan semasa pembuangan undi terutama yang melibatkan anggota polis dan tentera.

6. Dakwat kekal pada kertas undi - pekara ini sebenarnya boleh dilaksanakan jika mendapat persetujuan dari semua parti yang bertanding, tetapi ianya tidak menjadi perkara yang diwajibkan kerana peraturan-peraturan pilihanraya tidak menyebut pekara berkenaan.

Demikianlah beberapa contoh tuntutan dari puak berkenaan kepada SPR supaya pilihanraya dijalankan dengan telus dan adil, tetapi dari pengamatan saya dan pandangan orang ramai pihak SPR kebanyakannya telah melakukan pekara-pekara perlu dalam memastikan pilihanraya dijalankan dengan baik, adil dan telus.. rekod pilihanraya -pilihanraya terdahulu menunjukkan SPR telah memainkan peranan yang cukup baik kearah itu.. bahkan badan bebas dan pemerhati luar juga telah mengiktiraf SPR sebagai agensi yang berjaya dalam mengurus pilihanraya di Malaysia!

Berbalik kepada perhimpunan haram yang hendak diadakan, sewajarnya pihak-pihak yang ingin melakukannya berfikir panjang.. apakah dengan mengadakan perhimpunan berkenaan dapat menyelesaikan semua pekara? apa yang anda akan perolehi dari perhimpunan berkenaan? jawapanya berkemungkinan besar ialah untuk mengalihkan perhatian kes Anwar Ibarhim supaya rakyat melihat betapa buruk dan kejamnya kerajaan apabila sesuatu tindakan diambil terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu nanti.. malah pihak luar juga diajak untuk campur tangan dalam hal-hal negara , mungkin mereka juga ada niat untuk menjadikan negara ini seperti Tunisia, Libya dan Mesir dengan mengadakan keadaan huru hara dalam negara yang membolehkan campur tangan pihak luar!!

Kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan ini juga dilihat seperti mempunyai modus operandi tersendiri dengan mengatur cara kotor untuk merampas kekuasaan melalui jalan pintas yang secara tidak langsung mengajak orang ramai menyertai mereka.

Kepada rakyat Malaysia yang mencintai kedamaian dan kemakmuran marilah bersama-sama kita berganding bahu untuk memperotes tindakan golongan ini yang terang-terangan ingin menjadikan negara kita kacau bilau, huru hara.. kita simpati dengan nasib peniaga-peniaga, pemandu teksi, bas dan orang ramai di Kuala Lumpur yang bakal terjejas pendapatan dan kehidupan mereka akibat perhimpunan haram ini.. sejarah lalu telah mengajar kita kesan dari perhimpunan-perhimpunan sebelum ini yang mendatangkan banyak kesusahan dari kebaikan.. oleh itu kepada pihak yang berwajib seperti Polis , tentera dan sebagainya kami menyokong anda dalam usaha menghentikan perhimpunan yang sedang dirancang.. pihak berwajib perlu mencari dalang disebalik usaha mengadakan perhimpunan ini.. syor untuk menggunakan ISA dalam situasi sebegini sangatlah diperlukan dalam memastikan tiada kumpulan atau individu yang mengambil kesempatan untuk memulakan momentum mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan BN untuk dibawa hingga menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi. Kumpulan ini dilihat lebih berniat meracuni pemikiran dan minda rakyat supaya Kerajaan BN dapat ditumbangkan lebih awal sebelum PRU ke 13.

Sebenarnya perhimpunan ini diatur lebih kepada kepentingan dan servival politik politik pembangkang yang bersengkokol sesama mereka, perhimpunan yang bakal diadakan jelas membuktikan pembangkang tidak yakin mereka mendapat sokongan rakyat sekiranya pilihanraya diadakan, oleh itu, mereka mengambil pendekatan mengadakan perhimpunan dan mendesak yang bukan-bukan , pelik sungguh jika pilihanraya tidak bersih, mengapa dalam PRU ke 12 lalu pembangkang dapat memenangi 5 negeri di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan perak.. namun Perak kembali semula ketangan BN.. perlu di ingat kerusi Parlimen juga di kuasai pembangkang di Wilayah Persekutuan manakala dalam PRN DUN Sarawak baru-baru ini juga DAP telah berjaya merebut banyak kerusi.. Apakah ini tidak ada ketelusan dari SPR?

Akhir kata sekali lagi kepada rakyat Malaysia marilah kita memberikan sokongan kepada pihak berwajib untuk menangani perhimpunan haram ini.. kita tidak mahu negara ini mengikut jejak langkah beberapa negara Asia Barat yang tersungkur akibat dakyah dan fitnah serta cetusan demonstrasi yang sengaja diada-adakan.. di Malaysia semuanya hampir sempurna dimana kita hidup aman damai, menghormati rakan dan taulan serta meneruskan semangat muhibbah pelbagai kaum disamping menikmati arus pembangunan dan ekonomi Malaysia yang stabil dan membanggakan!

HENTIKAN PERHIMPUNAN HARAM INI DEMI KEHARMONIAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA!!!

Rabu, 15 Jun 2011

PAS DIPERSIMPANGAN ?

Gara-gara keputusan Muktamar agong Pas yang berlangsung baru-baru ini dengan penonjolan muka baru seperti Mat Sabu selaku Timbalan Prisden dan kekalahan Nasaruddin Mat Isa disamping penguguran Datuk Dr Hassan Ali sebagai pesuruh jaya Pas Selangor dan Datuk Hj Harun Taib yang turut digugurkan membuktikan parti berkenaan mahu menghapuskan golongan ulama dalam parti tersebut.

Kemenangan naib-naib presiden dari semua golongan yang dikatakan pro kepada Anwarinas membuktikan perjuangan DAP untuk 'mematikan' langkah Pas selama ini yang berjuang untuk sebuah negara islam telah berjaya. Langkah parti Pas yang mengalih konsep perjuangannya kepada parti berkebajikan untuk menampakkan parti tersebut lebih liberal, langkah ini didorong kuat untuk memenagi hati kaum lain supaya mendapat sokongan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Langkah mengetepikan prinsip perjuangan asal mereka iaitu mendirikan sebuah negara islam tinggal sebagai slogan kosong sahaja, yang peliknya tokoh-tokoh 'OTAI' dalam Pas sedikitpun tidak merasa bersalah diatas tindakan mereka.. mereka mungkin sudah lupa dengan Amat Haji Hadi yang beria-ia dipegang suatu masa dahulu yang sanggup menghalalkan darah orang UMNO kerana UMNO difitnah dan diandaikan cuba menghalang hasrat Pas untuk menubuhkan negara islam ketika itu.., kerana Amanat tersebut umat islam telah berpecah belah hingga kini, meraka juga mungkin telah lupa dengan kenyataan Karpal Singh selaku Pengerusi DAP yang mengatakan ' Langkah Mayat dia dulu.. sekiranya Pas berhasrat untuk mendirikan sebuah negara islam'.

Pemimpin dan penyokong-penyokong Pas seperti merelakan apa yang terjadi..tetapi percayalah mungkin ramai juga dikalangan meraka yang secara senyap menunggu masa untuk menunjukkan protes atas langkah tersebut.. Nik Aziz seperti kelazimannya merestukan apa sahaja termasuk memberikan fatwa tersendiri jika keadaan berpihak kepada partinya dan sanggup bersengkongkol dengan parti Dap dan PKR diatas hasrat untuk menumbangkan kerajaan BN yang ditunjangi UMNO.. Nik Aziz merasakan UMNO adalah parti yang zalim dan seolah tiada barang satupun kebaikansepanjang lebih 50 tahun memerintah..

Haji Hadi Awang dan Nik Aziz pun sama, meskipun beliau tahu golongan ulama dalam Pas dah tinggal dia berdua sahaja masih nak mengaku jaguh.. tengoklah nanti apabila puak Edrogen bertindak dalam parti kerana mereka semua adalah puak yang menyokong Anwar Ibarhim yang menjadi idola mereka.. mereka juga sepatutnya mengkaji tahap moral idola mereka itu..

Sekarang Pas telah memilih untuk menjadikan berkebajikan sebagai dasar terbaru perjuangan parti mereka, ramai yangb berpendapat supaya pihak ROS membatalkan pendaftaran PAS kerana terang-terangan telah lari dari memperjuangkan islam.. sebenarnya semua pekara-pekara yang ada hubung kait dengan kebajikan telah diperjuang dan dilaksanakan oleh UMNO/ BN sejak dulu hingga sekarang malah ramai yang telah mendapat limpahan dan nikmat dari apa yang dilakukan oleh UMNO itu.. Pas baru sahaja hendak bermula.. dengan mengetepikan asas dan prinsip perjuangannya.. meraka seolah-olah berada dipersimpangan.. diantara mempertahankan prinsip Islamnya atau mengikut kemahuan songsang demi mencapai cita-cita untuk ke Putra Jaya..

Fikir-Fikirkan..

Jumaat, 20 Mei 2011

Meneka Tarikh PRU Ke 13...

Gelombang PRU Ke 13 telah menampakkan tanda, BN nampaknya telah mengerakkan jenteranya diakar umbi, difahamkan semua Bahagian UMNO diseluruh negara telah dan akan menghantar ahli untuk menghadiri Kursus Pilihanraya..pekara ini telah diperkatakan oleh YB. Datuk Ahmad Zahid Hamid selaku Penegerusi Biro Latihannya.., manakala Setiusaha Agung UMNO dan BN Datuk Tengku Adnan juga telah menjelaskan bahawa BN akan mengadakan pilihanraya olok-olok ( percubaan).. semua langkah yang dibuat oleh UMNO dan BN ini merupakan kesungguhan mereka untuk mempertahankan kerajaan yang ada disamping meneruskan perjuangan kepada bangsa, agama dan negara.

Semalam 18hb Mei, 2011 presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi dengan nada sindirin mengatakan Pas tidak akan membuat pilihanraya olok-olok seperti UMNO/BN bahkan Pas komited untuk menunggu pilihanraya sebenar bagi mengambil alih Kerajaan.

Sikap menyindir dan kenyataan angkuh ini sebenarnya tidak patut lahir dari seorang pemimpin seperti haji Hadi Awang, UMNO dengan cara dan pendekatan mereka, sepatutnya Pas berbuat sesuatu seperti UMNO jika beria-ia untuk memerintah dan menguasai Kerajaan.

Rakyat juga telah bersedia untuk PRU ke 13 ini, dari apa yang dapat diperhatikan sokongan mereka kepada BN bertambah baik dan mengakui langkah yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdan Menteri memang memuaskan hati rakyat, Gagasan 1Malaysia yang dipeloporinya berjaya menyatukan rakyat pelbagai bangsa dinegara kita di samping konsep mendahulukan rakyat didalam pelbagai pekara sangat diterima ramai..

Kepada seluruh rakyat Malaysia terutama penyokong2 BN marilah kita bersama-sama dengan YAB Perdana Menteri meneruskan segala usaha yang sedang dan telah dilaksanakan, untuk tujuan tersebut kita juga diseru memberikan sokongan dan dokongan supaya Kerajaan BN yang telah banyak berjasa ini terus diberi kepercayaan dan mandat untuk menerajui Malaysia melalui sokongan dan undi kita bersama daalm PRU Ke 13 nanti, Insyallah...

Khamis, 19 Mei 2011

Peruntukan Kepada Kawasan Rukun Tetangga Wajar Dinaikkan.

Ramai menyedari faktor perpaduan kaum merupakan kekuatan penting dan utama bagi negara kita Malaysia dalam mengekalkal keharmonian seluruh rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan etnik di Malaysia.

Langkah yang dibuat oleh Kerajaan dengan menubuhkan jabatan perpaduan sejak tragedi 13 mei, 1969 telah menampakkan hasilnya dimana perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini telah dapat dipupuk melalui prinsip Rukun Negara yang diamalkan oleh seluruh rakyat sejak dibangku sekolah lagi.

Hingga kini peranan perpaduan kaum dan intergrasi nasional ini terus dimainkan oleh jabatan perpaduan Negara dimana kementerian ini sendiri duduk dibawah Jabatan Perdana Menteri sekaligus diberi kepercayaan utama sebagai sebuah jabatan yang bertanggung jawab dalam hal-hal perpaduan kaum dinegara ini.

Pelbagai kegiatan dan peranan telah dimainkan oleh jabatan berkenaan termasuklah mengaktifkan sektor Rukun Tetangga yang menjadi model terpenting dalam mengekplotasi hal-hal yang berkait dengan perpaduan, ramai mengakui peranan Rukun Tetangga telah berjaya menjadikan rakyat malaysia sebagai masyarakat "satu bangsa' yang merdeka, saling faham memahami dan bertolak ansur disamping menghormati nilai agama dan budaya masing-masing.

Untuk itu sewajarnya peruntukan untuk ' perapaduan ini' perlu ditingkatkan, difahamkan kerajaan telah memberi gran tahunan kepada setiap KRT sebanyak RM 4800.00 setahun, dengan peruntukan inilah semua KRT diminta mengerakkan aktiviti masing-masing.. ramai berpendapat Kerajaan harus menambah sekali ganda lagi peruntukan tersebut bagi merangsang dan mengalakkan aktiviti perpaduan.. biarlah kita menambah kewangan sedikit kepada KRT untuk pastikan keamanan dan perpaduan kaum dinegara ini akan terus mekar dari membayar harga yang tinggi sekiranya perpaduan ini akan terus terancam dan hancur sekaligus meruntuhkan negara..

Kepada pihak yang berwajib terutama YB. menteri yang bertanggungjawab silalah berbincang berhubung cadangan dan syor ini, kami percaya YAB Perdana Menteri sedia menimbangkan permohonan jika diajukan kerana beliau juga begitu mengutamakan hal-hal yang bersangkutan dengan perpaduan kaum dinegara ini, kerana perpaduan merupakan sebuah senjata yang paling ampuh dan cukup bermakna kepada negara kita Malaysia yang terus membangun untuk kita wariskan kepada anak cucu kita dimasa akan datang..

Merdeka ! 3X

RON 95 NAIK?

Difahamkan pihak KPDN & P akan membawa pekara kenaikan harga minyak petrol Ron 95 kepada kabinet dalam masa terdekat untuk diputuskan samada kekal atau dinaikkan.

Tinjauan yang dibuat mendapati keseluruhan rakyat Malaysia pada dasarnya tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut, ramai resah kerana sejak akhir ini kedengaran harga barang-barangan akan melambung termasuklah yang terbaru kenaikan harga gula sebanyak 20 sen yang tentunya melemaskan keadaan dipihak pengguna dan pengusaha makanan.

Tokoh dan pemimpin parti dan masyarakat juga telah bersuara memohon supaya Ron 95 tidak dinaikkan meskipun mengetahui beban subsidi kerajaan keatas bahan tersebut telah mencecah berbilion ringgit, tambahan pula kenaikan tersebut disebabkan pasaran bahan berkenaan naik mendadak dipasaran antarabangsa.

Ramai berpendapat kenaikan satu demi satu harga barang-barang keperluan berkenaan akan menjadikan kerajaan tidak popular dikalangan rakyat, tambahan pula pada masa kini ramai yang bercakap mengenai pilihanraya umum.

Perlu diingatkan bahawa dalam PRU ke 12 lepas, harga minyak juga antara penyebab Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi pilihanraya dan hilang majoriti 2/3 di parlimen.

Kepada pemimpin BN dan kerajaan perlulah membuat langkah yang terbaik dalam menangani isu ini kerana jika tersalah keputusan boleh menyebabkan rakyat marah dan mengalihkan sokongan kepada pihak pembangkang. Kita percaya kebijaksanaan yang ada pada YAB Perdana Menteri dan barisan kabinetnya mampu menangani permasalahan ini sesuai dengan slogan 1Maklaysia, Rakyat Di dahulukan..

Oleh itu marilah kita bersama-sama berdoa agar harga Ron 95 kekal pada tahap sekarang, banyak cara dan mekanisme yang boleh digunakan oleh Kerajaan supaya dapat mengimbangi kenaikan ini walaupun pada asasnya dan dasarnya kenaikan harga bahan api tidak boleh dielakkan lagi..

Sebagai rakyat kita menaruh harapan kepada Kerajaan supaya semua warganegara akan terus dibela dan tidak dibebankan dan dalam masa yang sama kita sebagai rakyat harus memahami situasi dan keadaan serta keupayaan Kerajaan dalam menanggung kos subsidi yang begitu tinggi ini.. ibarat keluarga kita dimana si bapa harus mengutamakan dimana yang perlu dan tidak berisiko dalam setiap tindakan dan perbelanjaan bagi mempastikan keluarga akan terus terbela demi mendapat kebahagiaan dalam penghidupan pada masa sekarang dan masa kan datang..

Fikir-fikirkan lah kita bersama...

Isnin, 2 Mei 2011

SEALAMAT HARI PEKERJA.

Semalam 1hb Mei, 2011 hari pekerja disambut diseluruh negara oleh semua pekerja pelbagai sektor.

Cuti Panjang 3 hari juga telah membri ruang kepada golongan pekerja untuk berehat dan bersama keluarga setalah penat berkerja.

Kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib tentunya beterima kasih dan memberikan penghargaan kepada golongan ini yang menjadi pemain utama kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam menentukan iklim dan kesetabilan serta kemamuran negara dapat dijana bagi mempastikan negara ini berada dalam kedudukan terbaik.

Bagi rakyat Malaysia, golongan pekerja menjadi pemangkin utama dalam menentukan negara ini terus stabil dari semua sudut dan aspek, tidak kira dalam sektor mana sekalipun golongan perkerja mempunyai pengaruh tertentu dan merupakan golongan teramai dalam pecahan penduduk dinegara ini malah didunia sekalipun..

Dalam merayakan sambutan Hari pekerja dinegara kita, terdapat juga golongan yang mengadakan protes, khabarnya diadakan di jalan Chow Kit semalam yang menuntut Akta Gaji Minimum dan membantah kenaikan harga barang.. seperti biasa Wakil Rakyat pembangkang dikatakan menjadi dalang dan heronya dimana 18 orang termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput telah ditahan oleh polis dipercayai ingkar arahan polis supaya bersurai..

Walau bagimanapun itu segelintir sahaja dari kalangan pekerja yang berdemo.. tapi selebihnya bersyukur dengan apa yang ada..mereka percaya rundingan adalah jalan terbaik untuk merungkai permasalahan, YAB Perdana Menteri juga begitu cakna dan selalu mengambil maklum permasalahan pekerja di negara ini dan begitu kuat berusaha dalam meralisasikan negara ini mempunyai tahap berpendapatan tinggi dalam mencapai wasawasan 2020 disamping mengekalkan hasrat dan slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Penacapaian Diutamakan..

Selamat hari pekerja Kepada Semua Rakyat Malaysia...

Khamis, 28 April 2011

MUNGKINKAH KERAJAAN PERPADUAN MEJADI KENYATAAN?

Kecaman diantara Datuk Mustafa Ali selaku setiausaha agong Pas dan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR telah diketahui umum berhubung pendirian Pas didalam Pakatan Rakyat yang melibatkan pendedahan klip video seks seorang pemimpin Pembangkang.

Datuk Mustafa Ali dalam kenyataannya berkata pihak PAS akan mengkaji semula hubungan nya dalam Pakatan Rakyat dan akan membuat keputusan samada kekal dalam pakatan tersebut setelah mendengar dan mendapat keputusan sahih dan siasatan si pelaku dalam klip video berkenaan.

Kenyataan Datuk Mustafa berkenaan telah dijawab oleh saudara Azmin Ali melalui laman twiternya dengan mencemuh Datuk Mustafa, keadaan ini berlarutan sehingga Datuk Mustafa menjawab dengan mengatakan Azmin ketika ini begitu tertekan dengan isu yang melanda sekarang.

Keadaan ini menyebabkan terdapat ruang yang mengatakan bahawa kerjasama antara PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat telah mula renggang, ramai berpendapat Pas perlu keluar dari kemelut sekarang untuk mendapatkan sokongan orang melayu, ramai berpendapat Pas hanya diperguna oleh PKR dan DAP dalam banyak pekara dan penganalisa politik melihat keadaan ini merugikan Pas menjelang pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir.

Terdapat juga puak dalam Pas yang menyokong usaha pembentukan Kerajaan Perpaduan dan terdapat juga yang menentang terutama puak Ederogen yang diketuai oleh Husam Musa yang dikatakan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama ustaz Nasaruddin dan Nasarauddin Tantawi dan ramai lagi dikatakan telah berlapang dada untuk pembentukan kerajaan tersebut.

Sementara itu pihak UMNO menerusi ketua peneranganya Ahmad Maslan mengatakan bahawa UMNO sentiasa membuka ruang kepada Pas untuk pembentukan Kerajaan tesebut, oleh itu ramai berpendapat telah sampai masa untuk soal pembentukan kerajaan perpaduan ini dikaji sedalamnya oleh kedua-dua pihak supaya dapat menjadi kenyataan dan menyelesaikan masalah yang menimpa umat melatyu dan islam di negara ini disamping menjadi faktor kekuatan untuk menghadapi kerenah dan ancaman parti lain yang menggugat orang melayu selama ini.

Dari itu semua pihak haruslah berlapang dada dan berusaha supaya pekara besar ini akan berlaku sekaligus dapat mengerat dan menyatukan semula orang-orang melayu dan islam di negara ini.. Insyaallah.

Ahad, 17 April 2011

KEMENANGAN 55-16 PETANDA BN MASIH MENJADI HARAPAN RAKYAT !

Pilihanraya DUN Sarawak telah berakhir semalam dengan kemenangan bergaya BN menguasai 2/3 kerusi DUN sekaligus mendapat mandat baru untuk memerintah negeri Bumi Kenyalang.





Meskipun menerima tentangan hebat pihak lawan terutama kempen ganas pihak pembangkang dengan menaburkan sentimen perkauman dan budaya fitnah keadaan itu tetap dihadapi tenang oleh pihak BN sehingga membuahkan kemenangan yang baik oleh BN dan parti kompenannya.





Syabas dan tahniah kepada Pehin YAB Ketua Menteri dan YAB Dato Seri Najib dan YAB Tan Sri Mauhyiddin kerana berjaya mengerakkan jentera BN dalam menghadapi jentera pembangkang yang cuba membakar sentimen perkauman di Sarawak, pemerhatian yang dibuat rakyat Sarawak telah menolak budaya kempen seumpama ini yang terlalu janggal disini. Budaya dan tradisi masyarakat disini yang lembut dan bersopan santun tidak sesuai dengan gaya kempen pembangkang yang dianggap keterlaluan.



Kemenagan 55 BN, 12 DAP, PKR 3 dan Bebas 1 menunjukkan BN masih diperlukan oleh rakyat di Sarawak untuk pembangunan dan ekonomi mereka dan generasi masa depan, manakala PAS yang mencuba lagi untuk tahun ini telah balik dengan tangan kosong sekaligus dinafikan penyertaan mereka dalam pilihanraya kali ini, ramai yang beranggapan mungkin ini kali terakhir PAS bertanding di sarawak dengan erti kata lain ketokohan Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz tidak mampu menarik sokongan PAS terhadap pengundi di Sarawak dengan gaya politik yang ekstrem .





Kepada BN, tunaikanlah semua janji pilihanraya ini.. dan teruslah membuat pendekatan Rakyat Didahulukan seperti gagsan 1 Malaysia yang telah diterima oleh rakyat.. Kepada pengundi Sarawak tahniah dan syabas diucapkan kerana kalian telah memilih BN sebagai parti penerus perjuangan, pembangunan dan ekonomi rakyat di Sarawak.





Kemenangan ini juga adalah isyarat jelas kepada pilihanraya umum ke 13 nanti yang mana keputusan Piliahanraya DUN Sarawak ini adalah petanda dan harapan rakyat keseluruhannya yang masih mengharapkan Barisan Nasional terus menjadi teraju dan pemerintahan di Negara ini.. Tetapi perlu dingatkan, suasana politik Sarawak dan semenanjung teramasuk di Sabah adalah berlainan.. oleh itu bermula sekarang semua peringkat dan lapisan kepimpinan kompenan BN harus menjuruskan segenap usaha dan kudrat untuk memenangi hati rakyat supaya BN akan terus menjadi pilihan dalam PRU ke 13 nanti.





Usaha kerjasama dan kesepakatan dalam BN sangatlah diperlukan, tidak perlu lagi ada petelagahan pendapat dikalangan mereka, tiada masa untuk mengungkit itu dan ini.. lihatlah apa yang terjadi kepada SUPP di Sarawak dimana boleh dikatakan banyak kerusi yang ditandingi terlepas kepada DAP termasuk Presidennya yang tewas kepada wakil DAP yang jauh lebih muda.. semua ini adalah pengajaran kepada semua...







Jika kita sayangkan BN marilah kita bersatu dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib selaku Pengerusi BN dan percayalah Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah tokoh pemimpin malah beliau tidak layak untuk begelar pemimpin sebagaimana pendapat mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad menerusi TV3 sehari sebelum hari pembuangan undi PR DUN Sarawak, lihatlah semalam belumpun pengumuman keputusan pilihanraya dibuat beliau telah lari meninggalkan pengundi untuk keluar negara.. ini kah sifat seorang pemimpin ?, Tepuk Dada Tanya Selera!!!





SYABAS BN!! SYABAS RAKYAT SARAWAK!!! TERUSKAN MOMENTUM INI UNTUK PRU KE 13 !!!

Isnin, 11 April 2011

PENGUNDI DUN SARAWAK BIJAK SOKONG BN

Pilihanraya DUN Sarawak sedang rancak berjalan sekarang.. semua parti bertanding telah berkempen mati-matian untuk memanagi hati pengundi tidak kira dibandar, pinggir bandar atau luar bandar.. Apa yang menarik pilihanraya kali ini semua calon yang bertanding tidak menarik diri setelah masa penarikan diri berahir semalam.. Barisan Nasional parti yang telah membuat banyak jasa dalam pembangunan negara terus meningkatkan kempen dengan mengerakkan jentera kesegenap pelusuk negeri Sarawak. Komitmen yang tinggi dari YAB Perdana Menteri dan Timbalannya turun padang menampakkan betapa seriusnya mereka bagi menjamin kemenagan BN dalam PRU DUN Sarawak ini.. Rakyat tentunya berterima kasih diatas komitmen dan semangat juang pemimpin ini disamping semangat orang lama Pehin Taib Mahmud bagi mempastikan BN akan terus menerajui Sarawak. Kepada pengundi di Sarawak marilah kita sama-sama memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada BN kerana kita percaya hanya BN yang dapat membela nasib rakyat disamping meneruskan pembangunan yang sentiasa diperlukan rakyat, janganlah mencuba untuk beralih arah dengan memebrikan undi kepada pembangkang kerana rekod di negeri-negeri yang di perintah Paktan Rakyat disemenajung telah membuktikan pembangkang gagal memerintah dimana sikap pilih kasih dan sentimen menjadikan rakyat yang mengundi mereka satu ketika dulu mula sedar diatas kesilapan mereka. Dari itu pastikan kemenangan BN diteruskan di bumi Kenyalang !!

Ahad, 10 April 2011

VIDEO SEKS- SURUHANJAYA DIRAJA WAJAR.

Pendedahan Datuk 'T' berhubung skandal seks yang melibatkan mirip pemimpin pembangkang yang ditayangkan kepada wakil media di Carcosa Sri Negara tempoh hari mengemparkan politik tanah air. Pelaku seks yang terdapat dalam video itu didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan satu sidang media penjelasan berhubung penafian klip berkenaan telah diadakan dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Wan Azizah bersama tokoh pembangkang dari Pakatan Rakyat dimana melalui sidang tersebut Datuk Seri Anwar tegas mengatakan bahawa pelaku dalam klip video berkenaan bukan dirinya.. penafian ini turut membandingkan perut pelaku dalam klip video berkenaan dilihat buncit berbanding perutnya, pekara ini juga telah disokong oleh Datin Seri Wan Azizah . Keesokannya Datuk Seri Anwar telah membuat repot polis berhubung video berkenaan, selepas itu tampil Datuk 'T' yang sebenar yang merupakan singkatan dari Trio yang mengelarkan diri mereka, mereka ialah Tan Sri Rahim Tamby Chik dan dua orang lagi yang begelar Datuk merupakan orang yang bertanggungjawab dan mengaku mendedahkan klip video itu. Ekoran itu, tanpa diduga klip video yang dikatakan selama 22 minit telah dipindahkan oleh mereka yang tidak diketahui melalui bolg dan You Tube dan disingkatkan tidak sampai 2 minit, sekali lagi suhu politik negara menjadi panas menengelamkan suasana PR DUN Sarawak yang sedang berlangsung. Ramai berpendapat kesahihan pelaku dalam klip tersebut dan ramai pula yang beranggapan pelaku dalam klip tersebut sebagai pelanduk dua serupa dan ciptaan pihak Kerajaan dan UMNO, pekara ini diperdebatkan oleh masyarakat sehingga kini.. Malah ada pihak yang mahukan supaya Parlimen melihat klip video berkenaan untuk membuktikan kesahihannya dan pekara ini ditolak oleh speker Dewan rakyat Pandikar Amin Mulia, walaupun Ketua Polis Negara telah mengesahkan klip video berkenaan adalah tulen itu belum mencukupi, penyokong Datuk Seri Anwar dan Wan Azizah dan Pakatan rakyat tetap mengatakan bukan Anwar dalam klip video berkenaan.... untuk mencari kebenaran dan mempertahankan pihak-pihak yang terianya.. Bagi mengatasi masalah yang diperkatakan ini ,ramai pihak berpendapat penubuhan Suruhanya Di Raja adalah langkah terbaik dan amat wajar dilakukan.. Surahanjaya ini mistilah terdiri dari golongan cerdik pandai dan mempunyai kepakaran dalam isu berkenaan disamping misti dianggotai oleh wakil pembangkang dam kerajaan untuk mempastikan tidak ada unsur-unsur memihak dalam menentukan keputusan didalam mencari mana yang betul dan yang salah... Kepada Rakyat Malaysia diharap bersabar dan sama-samalah kita menyokong Penubuhan Suruhan jaya Di Raja bagi meleraikan kekusutan yang timbul.. Sekian.

Selasa, 22 Mac 2011

PENTINGNYA KEMENANGAN BN DI SARAWAK

Pembubaran DUN Sarawak semalam menandakan bermula gendang perang untuk memenangi pilihanraya DUN oleh parti-parti politik terutama berpengkalan di Sarawak.

SPR dijangka bermesyuarat dan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi esok yang menjadikan Sarawak sebagai tempat tumpuan untuk pertembungan ini.

Ramai berpendapat BN masih merupakan sebuah parti yang diperlukan oleh rakyat di Sarawak dalam meneruskan agenda pembangunan yang masih menjadi faktor utama bagi sekelian warga Sarawak.

Pimpinan Pehin Taib Mahmud masih perlu walaupun beliau telah terlalulama sebagai Ketua Menteri dan berjanji akan memberikan laluan kepada muka baru selepas pilihanraya ini.


Jika BN menang dengan bergaya nanti, ianya menjadi petanda besar kemenagan juga akan berpihak kepada BN dalam PRU Ke 13 nanti. Pakatan Pembangkang dikatakan masih belum ketemu formula hingga kini dalam pengagihan kerusi untuk ditandingi.

Oleh itu kepada pengundi di bumi kenyalang lakukan lah yang terbaik untuk menentukan perjuangan bangsa demi kebahgiaan anak cucu kita dihari muka... Pilihlah yang lebih baik dari kaca.. kerana kaca selalunya membawa luka jika ianya pecah dan bersepah.. Renung-renungkan..

Selamat Berkempen dan Selamat Mengundi..

Jumaat, 18 Mac 2011

PULAU TIOMAN PERLU SENTUHAN NAJIB.

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk berkunjung ke Pulau Tioman, Pahang dimana sebuah pulau yang sangat mengamit memori setiap pelawatnya.

Airnya yang jernih sangat sesuai untuk aktiviti air seperti snokling dan sebagainya disamping kampung tradisional dan pulau-pulau kecil yang memukau pandangan.

Pulau Tioman saban hari telah menerima ribuan pelawat setiap tahun meskipun ada pelancong yang telah berkali-kali datang kesini kerana tarikannya.

Meskipun tidak seperti pulau Langkawi di kedah yang mempunyai tarikan dan pembangunan yang pesat selaku pulau bebas cukai, pulau Tioman mampu mempunyai tarikan sendiri dan mempunyai ekosistem ayang menakjubkan.

Pulau Langkawi menjadi pesat dan maju oleh kerana cerita Lagenda Mahsurinya dan mendapat sentuhan tersendiri dari Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed ketika menjadi perdana menteri sehingga pulau berkenaan menjadi tarikan seluruh dunia termasuk menjadi popular dengan penganjuran LIMA dan sebagainya. Sehingga kini tarikan ke Langkawi sentiasa bertambah dengan terbinanya bermacam daya tarikan seperti Dataran Helang, Skayway Gunung Mat Cincang dan pelbagai yang menjadi daya tarikan kepulau itu.

Sekarang ini era Dato' Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia, saya mencadangkan supaya Datuk Najib perlu berbuat sesuatu untuk membangunkan Pualau Tioman untuk menjadikan Pahang sebagai satu hab atau tempat tarikan seperti di Langkawi. Pemberian status Pulau Tioman sebagai pulau bebas cukai adalah permulaan langkah untuk membangunkan pulau ini, kerjasama dan kerja keras kerajaan negeri Pahang juga dituntut supaya Pualau tioman dapat dibangunkan.

Saya yakin dan percaya seluruh warga Pahang bersetuju jika YAB Perdana Menteri mengambil daya usaha dan sentuhannya bagi membolehkan Pulau Tioman di bangunkan sekali gus dapat menambah ekonomi negara dan negeri serta memberi anak Pahang untuk mengisi peluang kerja dan lain-lain peluang yang terhidang luas jika cadangan ini menjadi kenyataan.

Kepada YAB Dato' Seri Najib selaku Perdana Menteri lakukan sesuatu untuk menaikan Pahang kerana negeri ini mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan..Hidup Pahang!!

Isnin, 14 Mac 2011

DEMONSTRASI DESAK ANWAR SERAH SAMPEL DNA BUKTI RAKYAT MAHU KES LIWAT SELESAI.

Demonstrasi mendesak DSAI serah sampel DNA yang dibuat oleh Ngo dan parti politik semalam dan kelmarin membuktikan rakyat mahu supaya kes liwatnya dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.

Ramai yang berpendapat Anwar sepatutnya tidak berasa takut atau gentar untuk menyerahkan DNA seperti yang diminta jika beliau dipihak yang benar.

Sesuai dengan prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR sepatutnya beliau menyerahkan DNA itu secara sukarela.

Ramai hairan kenapa Anwar takut sangat untuk serahkan DNA tersebut, ramai berpendapat DSAI mungkin ada sebab musabab yang begitu besar untuk berbuat demikian kerana ada kemungkinan terdapat rasikio yang maha besar menanti beliau jika berbuat demikian.

Demonstarsi yang dibuat diseluruh negara semalam membuktikan semua pihak inginkan kes ini dapat diselesaikan sekaligus memberi Anwar peluang untuk membersihkan dirinya dan memberi sinar kepada perjalanan politik beliau dalam usaha menawan Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti.

Sepatutnya ahli keluarga Anwar dan teman rapatnya Azmin Ali serta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat turut mengsyorkan Anwar berbuat demikian demi mencari keadilan yang sebenar kerana dengan cara ini cita-cita mereka untuk memerintah Malaysia akan nampak lebih jelas dan akan menjadi nyata!

Karpal Singh yang menjadi peguam bela Anwar juga perlu berbuat demikian untuk memudahkan kerjanya dan tidak terus memutar belitkan fakta sehingga mengelirukan banyak pihak dan rakyat jelata.

Oleh itu tiada sebab untuk Anwar berdolak dalik lagi, rakyat sedang melihat apa yang saudara ingin lakukan selepas desakan ini, tiada cara lain lagi.. berkerjasamalah supaya kes ini dapat diselesaikan.. jangan jadikan rakyat sebagi benteng untuk melndungi kes saudara... rakyat juga ingin tahu apa kesudahan episod cerita ini.. .

Dengan harapan kes ini selesai dalam mencari kebenaran ... DSAI perlu serahkan DNA secara sukarela dan rakyat pasti akan tahu siapa sebenarnya lelaki "Y" yang dimaksudkan!!!

Sekian.

Sabtu, 12 Mac 2011

Mahkamah Patut Arah Anwar Serah DNA.

Kemelut perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin berlarutan dengan tindakan berupa teknikal terutama dari pihak peguam bela Datuk Seri Anwar yang mencadangkan 3 bahan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa tidak diterima dengan alasan bahan bukti berkenaan diambil dengan cara yang tidak sah.

Hakim terpaksa menerima permohonan menolak bahan bukti berkenaan setelah menerima kenyataan dan releven hujah peguam bela Anwar.

ipekara sebenar dengan menidakkan semua pertuduhan terhadapnya sekiranya beliau bersetuju berkerjasama menyerahkan sampel darah untuk tujuan DNA.

Dengan cara ini saja dapat menjelaskan keadaan sebenar disamping akan memebersihkan nama baik beliau dan keluarga sekaligus menarik sokongan rakyat jika beliau dipihak yang benar.

Tapi mampu dan beranikah Anwar berbuat demikian?.. masyarakat Malaysia sudah jemu dengan keadaan ini dan mereka mendesak supaya kali ini Anwar memberikan kerjasama supaya perjalanan perbicaraan kes beliau dapat diselesaikan didalam mencari kebenran sebenar!!

Kepada Anwar Ibrahim janganlah beralasan lagi.. kerana kes saudara telah menjadikan masyarakat Malaysia berpecah belah, jika saudara dipihak yang benar kenapa harus gentar dan takut untuk memberikan sampel DNA itu... janganlah menjadikan urusan peribadi saudara masalah kepada rakyat dengan mengajak rakyat berkelahi sesama sendiri kerana disebabkan saudara, banyak masalah timbul sehingga merugikan negara.

Oleh itu sahutlah saruan rakyat, berilah kerjasama demi kepentingan negara!

Selasa, 8 Mac 2011

Syabas BN Pertahan Merlimau dan Kerdau!!

PRK Kerdau dan Merlimau telah pun berlalu dengan keputusan memihak kepada BN dengan majoriti yang sangat membanggakan.

Kepada pengundi DUN Kerdau dan Merlimau tahniah diucapkan kerana anda telah membuat keputusan bijak dengan memilih BN sebagai parti penerus kesinambungan perjuangan bangsa.

Rata-rata boleh disimpulkan kejayaan BN berkat usaha semua pihak disamping kesepaduan jentera yang nya yang telah menjelajah ke pelosok ceruk daerah mengundi untuk merayu undi.

Di kerdau, kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berkempen mengundang padah kepada PAS kerana ramai yang mengetahui DSAI merupakan liabiliti kepada PAS untu memenangi pilihanraya ini. Masalah peribadi beliau menghantui kepercayaan pengundi tambahan pula Umi Halfida adik Azmin Ali yang mendakwa beliau tahu benar perangai buruk Anwar telah memberikan ceramah dan mengekori kemana saja Anwar berceramah untuk menjawab segala hujah Anwar.

Akhirnya BN menang juga dengan majoriti lebih besar memberi petanda ada sinar kepada parti berkenaan untuk menghadapi PRU ke 13 nanti. Kecenderungan pengundi India dan kekuatan pengundi melayu terutama di Felda menjadi aset penting kepada BN dan diharapkan momentum sebegini dapat diteruskan.

Syabas BN !!

Khamis, 20 Januari 2011

LIGA SUPER- HARAPAN KEPADA BARISAN MUDA SKUAD BOLASEPAK TOK GAJAH.

Pengumuman dari pengurusan skuad bolasepak Pahang yang akan menurunkan 8 orang barisan pemain muda dalam skuad Pahang musim ini tentunya memberikan harapan dan keyakinan baru kepada pihak pengurusan dan peminat-peminat fanatik Tok Gajah.

Peminat berharap pembentukan skuad baru ini mampu mengembalikan semula sokongan padu penonton untuk memenuhi stadium Darul Makmur yang telah lama tidak digegarkan dengan sorakan keramat pasukan Tok Gajah.

Liga Super yang akan bermula tidak lama lagi bakal menyaksikan saingan dari pasukan-pasukan elit dari negeri lain yang juga telah bersedia untuk mengharungi musim ini.

Ramai percaya kebijaksanaan pengurusan dan jurulatih Tok Gajah musim ini dalam membawa harapan baru kepada skuad Pahang bersaing dalam liga Super dijangka boleh mementuk skuad yang digeruni lawan.

Harapan kita selaku peminat skuad Tok Gajah, supaya skuad ini dapat melakar kemenangan demi kemenagan didalam mengembalikan maruah bolasepak Pahang dan meletakkannya sebaris dengan pasukan-pasukan ternama di negara ini disamping menyatukan satu sorakan dan menyemarakkan perpaduan rakyat negeri Pahang darul makmur keseluruhannya.. Sama-sama kita nantikan amukan Tok Gajah!!

HIDUP SUKAN BOLA SEPAK PAHANG !!

Isnin, 17 Januari 2011

ISU ARAK SELANGOR- SEKALI LAGI PAS MEMBISU..

Arahan Exco Kerajaan Tempatan Selangor YB. Ronnie Liou supaya Kerajaan Negeri menarik balik larangan pekerja islam berkerja di permis yang ada kaitan dengan pembuatan dan pengendali air setan Arak di Selangor begitu biadap dan memberi penghinaan terhadap umat islam dinegara ini.

Pandangan Exco Agama YB. Datuk Hassan Ali supaya ahli exco berkenaan tidak membangkit isu tersebut seperti tidak dipedulikan langsung oleh Ronnie liou, keadaan ini sekaligus menjadikan Pas sekali lagi terpaksa mengikut telunjuk Dap dengan memadamkan dasar islam yang menjadi keutamaan perjuangannya.

Sifat penikus pemimpin-pemimpin besar Pas seperti Nik aziz dan Haji Hadi dan lainnya sangat terserlah kerana belum ada sebarang respon mahupun teguran berhubung isu ini.

Sikap mereka berdiam diri mungkin bertujuan untuk tidak menimbulkan sebarang konflik dalam Pakatan Rakyat dalam memastikan usaha mereka untuk menang pilihanraya umum nanti..

Sebab itulah walau isu yang menyentuh kepentingan agama dan umat islam ini terjadi, tetapi mereka terpaksa berdiam dan lebih rela melihat islam dinegara ini punah ranah demi kepentingan politik untuk menawan Putra Jaya..

Slogan Membangun Bersama Islam dan Islam Untuk Semua yang dicanang oleh mereka selama ini dilihat bersifat retorik dan ada kepentingan sehingga yang HARAM boleh DIHALALKAN, bayangkan jika pekara ini dibuat oleh parti-parti kompenan BN sudah pasti penuh jalanraya dengan demonstarsi oleh puak mereka..

kepada rakyat dan umat islam sekelian sama-sama lah kita membuka minda dan berlapang dada dalam melihat situasi politik yang berlaku ini, adakah kita rela melihat agama islam diperkotak katikkan oleh mereka yang mengaku dan mendakwa membawa islam dalam perjuangannya tetapi dalam masa yang sama terpakasa menikus dan membenarkan sekutu meraka menghina islam secara terang-terangan sebegini? dimanakah telurr.. mereka sebenarnya???

Fikir-fikirkan lah..

' PUSAT PELANCUNGAN BARU , TITIK TENGAH SEMENANJUNG DI LANCHANG, PAHANG.



Pengwartaan Temerloh sebagai Titik Tengah Semenanjung baru-baru ini bakal mendatangkan impak besar dan ruang untuk penjanaan ekonomi di Temerloh khasnya pekan kecil Lanchang.


Titik Tengah Semenanjung yang terletak di Kg. Paya Siput didalam kawasan pentadbiran kampung JKKK Rantau Panjang, Mukim Semantan ini telah menjadi sebutan penduduk sehingga pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Temerloh telah mula mempromosi melalui slogan barunya " TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG".


Diharap kepada agensi seperti Pejabat Daerah Temerloh dan majlis Perbandaran Temerloh segera menaikkan taraf tapak 'Titik Tengah Semanjung' berkenaan supaya infrstruktur dan kemudahan-kemudahan yang perlu dapat digerakkan segera bagi mengamit kedatangan pelancong ke Temerloh dan menjadikan penemuan baru ini sebagai satu daya tarikan selepas Pusat Pemuliharaan dan Santuri Gajah dan Deerland di Kuala Gandah dan Bukit Rengit disini yang sentiasa dikunjungi ramai.


Peranan kepimpinan seperti YB. Parlimen Temerloh dan YB ADUN Lanchang sangat diperlukan dalam memberi sentuhan demi merealisasikan kejayaan Projek yang boleh menjana ekonomi dan mempopularkan Lanchang dan Temerloh diperingkat negara dan antarabangsa!!




Isnin, 10 Januari 2011

PILIHAN RAYA UMUM KE 13 SEMAKIN HAMPIR?

Langkah YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak memanggil semua Ahli Parlimen BN kelmarin mendapat pelbagai reaksi dan andaian dari semua pihak termasuk penganalisa politik yang mengatakan PRU ke 13 semakin hampir.

Walaupun YAB PM mengatakan perjumpaan berkenaan adalah pekara biasa untuk mendengar permasalahan yang dihadapi oleh seluruh kawasan parlimen BN dalam isu setempat dan janji-janji pilihanraya lepas, tetapi ramai yang beranggapan langkah berkenaan menjurus kepada persiapan pilihanraya umum yang dilihat samakin hampir.

Walau apa pun persepsi dan tanggapan semua pihak berhubung langkah yang dibuat oleh YAB PM berkenaan, ramai pihak memuji pendekatan berkenaan kerana kesungguhan dan keperhatinan PM dalam menentukan agenda membela rakyat diteruskan sesuai dengan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapian diutamankan..

Selaku Kerajaan yang memerintah sudah tentu YAB PM bersama MPnya ingin melihat dan membuat 'check and balance' terhadap janji-janji pilihanraya dan projek-projek pembangunan untuk rakyat dalam mengesan tahap dan pencapiannya..

Setelah semua keperluan rakyat dipenuhi dan YAB PM telah berpuas hati dengan pencapaian, yakinlah PRU ke 13 akan dilakukan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih Kerajaan.

Didalam hal ini ramai yang berkeyakinan Kerajaan BN dibawah kepimpinan Dato' Seri Najib mungkin diberi mandat semula untuk memerintah kerana kejayaan yang begitu terserlah dalam membangunkan negara dan membela rakyat.. sama-samalah kita tunggu pengumuman PRU Ke 13 nanti.. bilakah tarikh keramat itu?

'Meneka dalam kesamaran' - Artis Ibnor Riza.

Penoreh Getah dan Pekebun Sawit Senyum Lebar Sambut Tahun Baru 2011..

Kenaikan harga getah dan kelapa sawit tentunya melegakan pekebun terutama orang kampung yang bergantung sepenuhnya kepada hasil komoditi tersebut.


Kenaikan harga komoditi berkenaan naik mendadak diatas permintaan pasaran dunia. Tahun baru 2011 merupakan permulaan bagi tahun yang penuh bermakna kepada pekebun kecil dan mereka boleh tersenyum lebar dengan pendapatan yang agak lumayan.


Pekebun getah dan kelapa sawit termasuk peneroka Felda lega dengan keadaan ini, mereka disarankan supaya bijak berbelanja dan menabung untuk masa depan dan anak-anak semasa harga komoditi berkenaan masih tinggi.


Harga tinggi dan pendapatan lumayan ini menjadikan bahan tersebut menjadi perhatian, dalam satu kes di Temerloh, Pahang menurut akhbar Sinar Harian 6Januari, 2011 melaporkan kes kecurian getah telah meningkat dimana penduduk dan Rela terpaksa berkawal bagi mempastikan getah tidak dicuri, begitulah risiko yang terpaksa dihadapi apabila harga getah naik dengan mendadak!!


Kesimpulannya semua yang berlaku ini adalah kurniaan dan nikmat dari Allah SWT serta berkat usaha pemimpin-pemimpin negara terutama YAB Perdana Menteri kita yang bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat kearah tranformasi ekonomi untuk menjadikan Rakyat Berpendapatan Tinggi yang menuntut kesungguhan seluruh masyarakat dalam mengerakkan tranformasi berkenaan.


Syabas YAB PM dan Kepimpinan ! Syabas Rakyat Malaysia!!

Jumaat, 7 Januari 2011

TUDUHAN TERHADAP PAK MENTERI KARUT DAN FITNAH!

Tuduhan terhadap YB. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim selaku Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi terlibat dalam kes perkosa dan merogol bekas pembantu rumahnya memang keterlaluan dan dibuat dengan niat jahat untuk merosakkan maruah dan menjatuhkan kerier politik beliau.

Menteri yang mempunyai 'track record' cemerlang dalam perkhidmatan disamping mempunyai karisma politik yang tinggi dan berhemah cuba 'diusik' dengan tuduhan yang nakal dan keterlaluan oleh pihak parti pembangkang.

Tuduhan ini mungkin dicipta untuk mengalihkan isu semasa seperti isu kes perlantikan SUK Selangor dan isu pertuduhan liwat Datuk Seri Anwar, dalam hal ini Akbar rasmi PAS, Harakah bil 1602, 3 - 6 Januari, 2011 dalam muka akhir terang-terangan membuat tuduhan berkenaan berdasarkan sumber yang didedahkan oleh Wikileaks semata-mata dan mempersoalkan kenapa kes Altantuya dan kes yang melibatkan Pak Menteri Penerangan tidak 'di highlight' seperti kes liwat DSAI.

Sikap akhbar dan individu kurang ajar ini patut diambil tindakan segera , disarankan Pak Menteri segera mengambil tindakan undang-undang bagi menghentikan tuduhan dan fitnah ini, tindakan sebegini sekurang-kurangnya memberi pengajaran terhadap pihak yang tidak bertanggung jawab yang menjadikan fitnah dan tuduhan palsu sebagai budaya politik mereka.

Kepada Pak Menteri kami sarankan supaya bersabar dalam menempuh dugaan dan fitnah seperti ini, yakinlah rakyat akan terus bersama yang benar, teruskan memberi pandangan dan melontar kata-kata hikmah, madah dan pujangga kerana rakyat menerima tuan sebagai seorang menteri yang berkarisma, patriotik dan berpengalaman dalam menjulang cita-cita YAB Perdana Menteri dan Kerajaan menerusi konsep dan gagasan 1Malaysia !!!