Rabu, 9 Julai 2014

TERIMA KASIH YAB PM -BANTUAN PERAYAAN AIDIL FITRI


YAB Perdana Menteri Dato; seri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini telah mengumumkan pemberian bantuan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada semua penjawat awam Persekutuan  sebanyak RM 500 diseluruh negara.

Pekara ini tentunya mengembirakan golongan penjawat awam dinegara ini dalam menyambut Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi..

Mereka yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan dan syukur kepada Allah SWT diatas pemberian berkenaan yang besar ertinya dalam menyambut hari raya yang akan menjelang tiba.

Mereka beranggapan walaupun pemberian tersebut sebanyak RM 500 tetapi amat gembira kerana wag yang diberikan dapat membantu mereka dalam menghadapi perayaan yang tidak beberapa hari lagi dan pemeberiabn tersebut merupakan tanda ingatan pihak Kerajaan kepada penjawat awam dinegara ini.


Terima kasih PM dan kerajaan...
PIALA DUNIA- KEJUTAN KEKALAHAN PASUKAN BRAZIL.



Awal pagi tadi dunia bolasepak dikejutkan dengan kekalahan besar Brazil 7-1 kepada pasukan Jerman dalam aksi separuh akhir piala dunia..

Ramai yang tidak menyangka pasukan hebat dan kuat serta mempunyai kelebihan selaku tuan rumah  piala dunia kali ini tersungkur dilaman sendiri dengan kekalahan yang sungguh mengaibkan.

Bukan sahaja penyokong penyokong Brazil dinegara itu bahkan diseluruh dunia tidak percayapasukan kesayangan mereka tumpas dengan jaringan melebihi setengah dozen..

Itulah halnya dengan bolasepak...macam macam boleh berlaku..betulah kata orang bahawa ' BOLA ITU BULAT'....


Ahad, 8 Jun 2014

SUKAN BOLASEPAK MAMPU SATUKAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN BN..

Demam bolasepak di Malaysia semakin memuncak..liga Super, Piala FA dan Liga Perdana semakin rancak dipertandingkan dan demam piala dunia semakin terasa yang tinggal kurang 4 hari lagi..pastinya seluruh peminat yang menguasai pola sukan yang paling diminati oleh rakyat di Malaysia terus menerima impak yang besar didalam masyarakat.

Jika ianya diuruskan dengan baik dan diberikan perhatian serius oleh Kerajaan , ramai berpendapat melalui sukan ini pihak pemerintah boleh mendapatkan sokongan secara tidak langsung kepada parti BN yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan sukan di Malaysia melalui kepimpinan, dana dan kemudahan untuk menarik minat dan memeriahkan sukan bolasepak di Malaysia.

Kepimpinan negara ,negeri dan daerah serta kawasan kawasan parlimen harus merebut peluang ini serta mengekplotasi sebarang peluang yang ada untuk menarik sokongan rakyat kepada BN.

Jika ini dilakukan, pihak Kerajaan yang diterajui BN akan terus kekal memerintah melalui 'politik sukan' yang mempunyai ramai pengikutnya.


MALAYSIA BOLEH! BN BOLEH!

8/7/2014

PANTUN UNTUK SKUAD TOK GAJAH

TOK GAJAH JOLOKAN PEWIRA PAHANG
WIRA BOLASEPAK KEBANGAAN KAMI
MENANG PIALA FA BUKAN KEPALANG
BERKAT SOKONGAN PEMINAT TANPA HENTI


8/6/2014

AL FATIHAH UNTUK USTAZ AFENDI YUSOF..

Semalam berita dari rakan rakan mengatakan Ustaz Afendi Yusof sahabat sewaktu dalam Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah kembali ke Rahmatullah dikatakan terjatuh dibilik air.

Sepanjang mengenali Allahyarham, saya menyifatkan beliau seorang pemimpin muda yang mempunyai pengaruh besar dan masa depan dalam politik negara serta mempunyai kualiti sebagai penceramah bebas dan politik.

Pemergian beliau satu kehilangan besar kepada politik UMNO khususnya di Kelantan kerana beliau mempunyai kelantangan dan nas nas yang kuat dan teguh apabila berceramah menyebabkan pihak lawan menjadi gerun...bahkan beliau satu ketika pernah mencabar Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk berdebat dengannya.

Pernah menjadi calon BNdi peringkat Parlimen Rantau Panjang dan mempunyai aura tersendiri didalam politik sehingga berjaya membarisi EXCO Pemuda UMNO Malaysia satu ketika..

Moga Allahyarham ditempatkan didalam golongan orang orang yang beriman dan soleh..Amin..

Al Fatihah...

8/6/2014


TAHNIAH TOK GAJAH !!



Final Piala FA malam tadi menyaksikan pasukan Pahang Darul Makmur mengalahkan Felda United 2-1 dalam perlawanan penuh dramatik malam tadi.

Skuad kendalian Irfan Bakti Salim yg mengenadlikan team Felda membuka tirai perlawanan dengan mendahului pasukan Pahang hasil jaringan pemain import membuatkan peminat dan penyokong Pahang cemas sepanjang  perlawanan.

Perlawanan yang dilihat seimbang sekali sekala mencemaskan penonton apabila rembatan dan tandukan terkena palang dan tiang gol. Sehingalah sepuluh minit terakhir pemanin gantian Pahang Faizol Husin jersi no sebelas dimasukakan seterusnya menjaringkan gol penyamaan pasukan Pahang 1-1.

Aksi minit terakhir menyebelahi pasukan Tok Gajah apabila pemain Import dari Nageria Namwakeme menjaringkan gol kemenangan Pahang dan sejkali gus menjuarui piala FA buat kali kedua sejak dipertandingkan.

Walau bagimanapun tahniah juga kepada skuad The Fighters kerana telah menunjukkan aksi yang sangat menarik walapun baru dan berstatus pasukan kelab sahaja..

Tahniah Tok Gajah!! Hogoh Pahang Hogoh!!

8/7/2014




Jumaat, 15 Mac 2013

BUAT PEWIRA YANG GUGUR DI LAHAD DATU..

PABILA BUMI BERDAULAT  DICEROBOH
OLEH MUSUH DURJANA
MENJADI TANGGUNJAWAB KALIAN DIBARIS DEPAN
MENJADI PERISAI MELINDUNG JELATA
WALAU NYAWA KALIAN PERTARUHKAN..

BUMI SABAH BERGEGAR
MENGEMPUR PENGGANAS SULU
DENGAN SENJATA DAN MORTAR
AKHIRNYA RAMAI YANG GUGUR
TERMASUK PEWIRA PEWIRA KAMI
AKIBAT SERANG HENDAP DAN CARA TIDAK BERTEMADUN
DIPUAK SANA..

ALANGKAH SAYU
MELIHAT PEWIRA KU GUGUR
DEMI NUSA TERCINTA..

DISANA ADA ISTERI DAN ANAK ANAK MERATAP TANGIS
ATAS PEMERGIANMU PEWIRA..
ADA SEDIH DIHATI IBU DAN BAPA KEHILANGAN ANAK MUDA
YG BERDARAH SATRIA..

NAMUN GUGURMU
DIIRING DOA SEMUGA TERGOLONG DALAM PARA SUHADAH
DAN MATI SAHID..
DALAM MEMBELA DAN MEPERTAHANKAN
DAULAH TANAH AIRMU

MARI KITA IRINGI DENGAN DOA
MOGA PEMERGIAN KALIAN AMAN
BERSAMA TABURAN BUNGA NEGARA
MENGIRINGI LANGKAH
KETAMAN KEKAL
FIRDAUSI..


Nukilan :
Mohd Sabri Aziz,
Temerloh, Pahang.