Jumaat, 15 Mac 2013

BUAT PEWIRA YANG GUGUR DI LAHAD DATU..

PABILA BUMI BERDAULAT  DICEROBOH
OLEH MUSUH DURJANA
MENJADI TANGGUNJAWAB KALIAN DIBARIS DEPAN
MENJADI PERISAI MELINDUNG JELATA
WALAU NYAWA KALIAN PERTARUHKAN..

BUMI SABAH BERGEGAR
MENGEMPUR PENGGANAS SULU
DENGAN SENJATA DAN MORTAR
AKHIRNYA RAMAI YANG GUGUR
TERMASUK PEWIRA PEWIRA KAMI
AKIBAT SERANG HENDAP DAN CARA TIDAK BERTEMADUN
DIPUAK SANA..

ALANGKAH SAYU
MELIHAT PEWIRA KU GUGUR
DEMI NUSA TERCINTA..

DISANA ADA ISTERI DAN ANAK ANAK MERATAP TANGIS
ATAS PEMERGIANMU PEWIRA..
ADA SEDIH DIHATI IBU DAN BAPA KEHILANGAN ANAK MUDA
YG BERDARAH SATRIA..

NAMUN GUGURMU
DIIRING DOA SEMUGA TERGOLONG DALAM PARA SUHADAH
DAN MATI SAHID..
DALAM MEMBELA DAN MEPERTAHANKAN
DAULAH TANAH AIRMU

MARI KITA IRINGI DENGAN DOA
MOGA PEMERGIAN KALIAN AMAN
BERSAMA TABURAN BUNGA NEGARA
MENGIRINGI LANGKAH
KETAMAN KEKAL
FIRDAUSI..


Nukilan :
Mohd Sabri Aziz,
Temerloh, Pahang.



Rabu, 20 Februari 2013

WAYANG HAJI HADI AWANG...

Baru baru ni di Bangol Peradong...Haji Hadi Awang selaku Presiden Pas telah berceramah dan membuat penegasan bahawa Pas akan keluar Pakatan Rakyat sekiranya peranan mereka dalam Pakatan tidak lagi relevan disamping kehendak akar umbi parti berkenaan yang tidak mahu Pas kekal bersama Pakatan rakyat..

Isu ini berbangkit setelah Dap sekutu mereka dalam Pakatan melalui Karpal Singh menyarankan supaya Hadi Awang Dan Nik Aziz menimbangkan semula keputusan Majlis Syura yang bertegas pihak selain islam tidak dibenar menggunakan Kalimah Allah..

Karpal juga mempersoalkan kenapa isu ini harus berbangkit sedangkan ianya telah dipersetujui bersama dimana agama lain dibenar menggunakan Kalimah Allah malah bibble boleh diterbitkan dalam bahasa Malaysia.

Karpal beranggapan sewajarnya Parti yang mewakili adalah darjat paling tertinggi berbanding Majlis Syura yang dianggp sebagi Biro atau Jawatankuasa Kecil sahaja didalam Pas dimana sepatutnya tidak ada hak untuk membatalkan persetujuan sebelum ini...

Ucapan hadi Awang lebih bersifat retorik atau bermain wayang..supaya ahli2 terus setia bersama parti dan pakatan Rakyat ..kerana PRU ke 3 semakin hampir...

Matlamat untuk ke Putra Jaya lebih tinggi berbanding menjaga kesucian islam dan bangsa melayu..lantas rela islam diperkotak katikkan..begitu juga pandangan keras dan ketetapan AJK Majli Syura iaitu datuk Haron Taib dan Harun Din yang memeningkan kepimpinan Tertinggi parti berkenaan...Haji Hadi dikatakan terlalu rasis sehingga mendahului keputusan majlis Syura..keasdaan inilah yang menyebabkan ahli ahli Pas dipeeringkat bawah membuat protes kepada Dap dan Pas malah telah bertindak meningglkan Pas kerana mereka kecewa Pas gagal mempertahankan kepentingan islam demi berbaik dengan Dap dan PKR...

Wayang haji Hadi terserlah..namun dendam kesumat kepada UMNO/BN sekian lama menyebabkan kepentingan islam dan parti menjadi agenda kebelakang berbanding kesanggupan dan perasaan menebal bersama Lim Guan Eng dan Anwar dalam cita-cita bersama untuk memerintah negara...

Kepada umat islam dan orang melayu sedarlah permainan mereka...Tolak Pakatan dlam PRU ke 13 nanti!!



Isnin, 7 Januari 2013

sokong ROS siasat DAP...

Pemilihan dalam CEC Dap buklan lepas menjadi bualan ramai...yang kalah dimenangkan semula..kerana kesilapan kiraan undi katanya..tetapi nyata mengundang pelbagai tanggapan dari orang ramai..ikhlas atau khuathir undi melayu tidak akan berpihak kepada Dap...menjelang PRU ke 13 yang dah dekat ni..

Ramai menyokong saranan  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya pihak pihak pendaftar Pertubuhan (ROS) melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas bagi menentukan ketelusan pemilihan tersebut..

Jika siasatn dilakukan..pihak ROS perlu mengeluarkan hasil siasatan..jika didapati tidak telus maka wajarlah DAP dibatalkan pendaftarannya..

Sepatutnya jika keputusan silap..ianya tidak perlu menunggu sehingga lebih dua minggu untuk diumumkan memadai sehari dua untuk membuat pembetulan dan sebagainya..inilah sikap mereka sebenarnya yang mendakwa sebagai sebuah parti yang demokratik..telus dan adil..tindakan mereka lebih kepada politik semata mata dimana meletakkan kepentingan dalam suasana mendapatkan semula undi melayu setelah tiada seorangpun wakil melayu terpilih dalam pemilihan tersebut..

Kalau pemilihan sebeginipun boleh diragui bagaimana jika mereka diberi peluang memerintah negara..mereka lebih teruk dari SPR yang didakwanya tidak telus dalam mengendalikan sistem pilihanraya di malaysia...

Jika beginilah cara mereka...kepada pengundi marilah kita tolak Dap dan Pakatan dalam PRU ke 13 nanti ...



DAP nak undi melayu..drama kot??

Rabu, 2 Januari 2013

kenapa LYNAS masih dibantah setelah Mahkamah putuskan boleh beroperasi..

Bantahan terhadap pembinaan kilang LYNAS di Gabeng, Kuantan masih berterusan walaupun mahkmah tinggi Kuantan telah memutuskan LYNAS dibenarkan beroperasi walaupun pihak membantah membuat rayuan dimahkamah rayuan..

Keputusan mahkamah tinggi berkenaan disambut baik oleh orang ramai terutama pekerja LYNAS kerana siasatan dan kajian mendapati kadar radiasi amat kurang dan tidak merbahayakan orang ramai..

Walapun keputusan telah dibuat ramai pihak masih keliru dengan keputusan itu dimana protes dan demonsrtasi tetap dijalankan oleh golongan penentangan LYNAS yang didikatakan  didalangi oleh pihak pembangkang.

Bulan lepas pihak penentang LYNAS telah bertindak mengadakan kempen berjalan kaki ke bangunan Parlimen untuk menyerahkan bantahan pembinaan kilang berkenaan kepada pihak yang berkenaan dan paling terbaru adalah demonstrasi yang dilakukan oleh pihak penentang LYNAS bersama Ngo, parti politik pro pembangkang  yang turut disertai oleh sasterawan negara A. Samad Said dan aktivis Hismudddin Rais sempena sambutan tahun baru kelmarin.

Walaupun bantahan ini merupakan isu alam sekitar tetapi dipercayai didalangi oleh tokoh pembangkang yang menggunakan isu ini untuk menarik sokongan khasnya masyarakat cina kepada mereka menjelang PRU ke 13 nanti..keadaan ini dapat dilihat dengan pembabitan beberapa tokoh pembngkang dalam siri bantahan terdahulu..

Dengan itu dapatlah disimpulkan bahawa isu LYNAS ini cuba diheret secara berterusan supaya menjadi isu pilihanraya sebagai pentup kelemahan mereka dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang dikuasai mereka.

Tetapi semua harus sedar sepatutnya isu berkenaan telah berakhir dengan keputusan Mahkamah dan sewajarnya semua pihak perlu akur dengan keputusan badan kehakiman tersebut dan individu yang mempertikaikanya juga boleh dianggap melanggar perinsip dan bidang bidang kehakiman di negara kita..

Fikir-fikirkanlah...


PRU KE 13- ANGIN PENGUNDI MEMIHAK BARISAN NASIONAL?

Tahun 2013 dah dua hari muncul..ramai bertekad menanam azam baru..tidak kurang mengumpal harapan untuk melengkapkan azam tahun lepas yang belum seratus peratus terlaksana..

Pada hakikatnya semua orang menanam azam dan cita-cita samada melalui diri sendiri, berkumpulan atau sebagainya..

Di Malaysia 2013 dijangka hangat dan panas kerana ramai juga ygang menyimpan cita-cita terutama parti-parti politik samada dari Kerajaan atau pembangkang yang awal-awal lagi telah mengatur arah dan startegi tersendiri untuk menawan hati pengundi dalam PRU ke 13 ini..

Parti yang bertanding telah menjalankan gerak kerja untuk kekal dan mengambil alih pemerintahan negara di Putra Jaya  mahupu di kerusi Dewan Undangan Negeri..

Situasi panas berpanjangan ini diramal berlarutan hingga bulan Mei..dimana ramai berpendapat PRU ke 13 akan dibubarkan samada dalam bulan februari atau Mac...dan ada pula yan g meramalkan YAB Perdana Menteri tidak membubarkan parlimen sebaliknya membiarkan parlimen terbubar dengan sendirinya apabila mandat lima tahun yang akan berakhir 26 April tahun ini...

Langkah berkenaan untuk memberikan peluang kepada rakyat berfikir secara masak adakah wajar BN dipertahankan atau sebaliknya.. langkah tranformasi yang dilakukan oleh Kerajaan kepimpinan YAB PM diakui berjaya melonjakkan ekonomi dan keharmoian negara dan rakyat diparas yang boleh dibanggakan.

Langkah YAB Perdana Menteri membiarkan parlimen dibubarkan dengan sendirinya untuk mematikan langkah Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat yang berkemungkinan memilih untuk menjalankan pilihanraya negeri sendirian berasingan dengan PRU parlimen..

Benar atau tidak telahan dan ramalan pembubaran PRU tersebut  terserah kepada masa dan keadaan dan kesediaan YAB Perdana Menteri sendiri..

Persolannya kini adalah 'kuasa pengundi' itu sendiri samada ini mengubah atau mengekalkan Kerajaan yang ada sekarang..

Ramai meramalkan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib mampu mempertahankan Putra Jaya kerana pengundi telah mula menunjukkan sokongan kepada  tranformasi yang dibawanya disamping sokongan golongan mahasiswa yang  boleh dianggap mewakili pengundi muda telah memberikan kemenangan melalui calon calon mereka dalam pilihanraya kampus baru baru ini dimana calon pro ispirasi telah menang hampir semua Universiti diseluruh negara..ini juga kemungkinan kepada petunjuk kepada PRU sebenar yang adkan diadakan..

Sikap dan tindakan Kerajaan dalam meralisasikan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan  berjaya menjadikan rakyat merasa terbela melalui bantuan BR1M, Baucer Buku, KR1M, Bantuan kepada golongan pelajar, Mahasiswa dan sebagainya dimana menunjukkan semua rakyat menerima kejayaan dan limpahan ekonomi semangat !Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Sekarang masa untuk rakyat menentukan segalanya..berterima kasihlah kepada yang memberi dan beryukurlah kepada llah SWT yang memberi limpah rahmatNYA sehingga negara berada diparas yang mebanggakan sekarang..tepuk dada tanya selera...

Hakikatnya ramai mahukan suasana aman, harmoni, limpahan ekonomi ini dipertahankan dengan memberikan mandat sekali lagi kepada Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti...

Bersama kita Kekalkan Kerajaan BN yang ada !!