Rabu, 15 Julai 2009

Petanda Kebangkitan semula BN

Utusan Malaysia melaporkan kekalahan tipis BN sebanyak 65 undi menandakan kebangkitan semula BN kerana PRK Manek Urai berlangsung di negeri pimpinan Kerajaan PAS, beberapa orang penganalisa politik yang ditemui berpandapat, walaupun BN tewas tetapi rakyat telah memberi isyarat jelas proses pemulihan dalam UMNO telah diterima rakyat disamping memperakui konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Seri MohdNajib Tun Razak selaku PM telah menampakkan hasilnya.

Ramai percaya pendekatan mesra rakyat yang dibawa oleh BN semasa pilihanraya kecil manek Urai telah menarik sokongan rakyat kepada BN disamping perpaduan dikalangan pemimpin UMNO Negeri Kelantan dan kepimpinan UMNO bahagian Kuala Krai.

1 ulasan: