Jumaat, 8 Januari 2010

KEKALKAN LAYAK MENGUNDI 21 TAHUN

Cadangan dan saranan dari Timbalan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Fariz Musa dalam Suara Keadilan 29 Dis-5 Jan 2010 yang mahukan supaya kelayakan untuk mendaftar sebagai pengundi dari kalangan berusia 18 tahun agak janggal bagi penulis.

Umur 18 tahun, dari segi logiknya masih dalam alam persekolahan atau baru sahaja meninggalkan bangku sekolah dan mereka ini masih mencarai keperluan dalam hidup samaada untuk menyambung pelajaran atau berkerja .

Dalam umur diperingkat ini sepatutnya mereka tidak dibeban dan diganggu dengan kepentingan mana-mana parti politik dengan mencadangkan supaya mereka didaftar sebagai pemilih dalam pilihanraya, dengan erti kata lain jika telah layak menjadi pemilih mereka setidaknya pasti akan memberikan komitmen kepada parti-parti dicenderunginya dan keaadaan ini pasti akan menganggu proses kerjaya dan pelajaran mereka terutama para pelajar.

Senario politik dan keputusan pilihanraya umum ke 12 yang lalu menyaksikan pengundi muda menyokong pembangkang sehingga BN hampir tumbang berkemungkinan mendorong kepada saranan AMK ini yang menyangka pengundi dari kalangan orang muda memang menyokong mereka mungkin silap. Sebagai contoh keputusan pilihanraya Manek Urai di kelantan dan Bagan Pinang, di Negeri Sembilan menyaksikan golongan muda kembali menyokong BN.

Penulis pastinya bersetuju dengan cadangan supaya pendaftaran secara otomatik tanpa memerlukan pendaftaran manual dikaji oleh SPR supaya golongan yang mencapai umur 21 tahun layak secara automatik sebagai pemilih berbanding cadangan Ketua pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke yang mahukan golongan muda seawal usia 18 tahun sebagai pengundi.

Usia seawal 18 tahun boleh dianggap sebagai dipersimpangan untuk menentukan kerjaya dan mereka harus diberi peluang dalam mengilap bakat dalam bidang yang akan diceburi disamping berpeluang memberikan khidmat bakti kepada negara melalui Latihan khidmat Negara (PLKN) yang harus mereka sertai sebelum mewarnai senario politik negara.

Kita tidak perlu mengikut cara negara-negara lain yang telah mengamalkan kelayakan mengundi seawal 18 tahun kerana dasar Kerajaan kita mahukan supaya golongan tersebut menumpukan kepada pelajaran supaya mereka menjadi rakyat yang berguna kepada Agama, bangsa dan negara.. Fikir-fikirkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan