Isnin, 17 Mei 2010

PIALA THOMAS- PEMAIN SKUAD BADMINTON MALAYSIA SUDAH TUA

Kekalahan skuad badminton negara kepada pasukan China dalam separuh akhir piala Thomas baru-baru ini menghampakan peminat dan rakyat Malaysia keseluruhannya, ramai yang kurang berpuas hati dengan kekalahan tersebut lebih-lebih lagi kejohanan kali ini diadakan dinegara sendiri.

Walau bagaimanapun stadium badminton di Bukit Jalil telah menjelaskan segala-galanya dimana peminat dan rakyat Malaysia kecewa dan terpaksa akur dengan kehebatan pemain dari negara China yang menguasi setiap rentak dan gelanggang sehingga pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei terpaksa tunduk kepada pemain China Lin Dan, dan selepas itu pemain bergu dan perseorangan negara terpaksa tunduk satu persatu tewas dengan agergete 3-0 .

Ramai berpendapat bahawa cabaran skuad badminton negara kali ini berada ditahap yang tidak konsisten dimana pemainnya nampak kurang bersedia dan tidak mempunyai stamina yang mencukupi untuk berhadapan dengan lawan seperti China dan Indonesia, keadaan ini boleh dikesan apabila diperingkat kumpulan pasukan kita tewas dengan Jepun 3-1.

Masyarakat dan peminat berharap pembentukan skuad piala Thomas dan Uber, Malaysia perlu mantap dalam mengharungi sebarang kejohanan seperti piala Thomas, persediaan mental dan fizikal pertlu ditingkatkan kepada setiap pemain dalam mengharungi sesuatu kejohanan berpertij seperti ini.

Antara komen yang diberi oleh peminat ialah kebanyakan pemain negara telah berumur, isu ini pernah dibangkitkan oleh jurulatih Malaysia dari China Lee Yong Boo dan diakui sendiri oleh pemain negara seperti Wong Choong Hann yang terpaksa menerima hakikat tersebut.

Jesteru itu, kepada pihak-pihak seperti BAM dan MSN perlu menangani isu ini dengan memberi ruang kepada muka-muka baru untuk dipupuk menjadi pemain badminton negara walau kita terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk melahirkan pemain yang boleh mengalas cabaran negara dalam misi membawa pulang piala Thomas ke Malaysia. Jurulatih, pengurusan perlu dibneri nafas baru dalam mengendalikan pemain dan persatuan disamping mengekalkan momentum sokongan pemimpin-pemimpin dan rakyat Malaysia kerana ramai percaya melalui sokongan padu rakyat Malaysia melalui sukan akan menjayakan misi Kerajaan dalam menjayakan gagasan 1Malaysia melalui ' SORAKAN MALAYSIA BOLEH !!'

Tahniah kepada Rakyat Malaysia Kerana Sokongan dan Sorakan 1Malaysia!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan