Khamis, 28 April 2011

MUNGKINKAH KERAJAAN PERPADUAN MEJADI KENYATAAN?

Kecaman diantara Datuk Mustafa Ali selaku setiausaha agong Pas dan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR telah diketahui umum berhubung pendirian Pas didalam Pakatan Rakyat yang melibatkan pendedahan klip video seks seorang pemimpin Pembangkang.

Datuk Mustafa Ali dalam kenyataannya berkata pihak PAS akan mengkaji semula hubungan nya dalam Pakatan Rakyat dan akan membuat keputusan samada kekal dalam pakatan tersebut setelah mendengar dan mendapat keputusan sahih dan siasatan si pelaku dalam klip video berkenaan.

Kenyataan Datuk Mustafa berkenaan telah dijawab oleh saudara Azmin Ali melalui laman twiternya dengan mencemuh Datuk Mustafa, keadaan ini berlarutan sehingga Datuk Mustafa menjawab dengan mengatakan Azmin ketika ini begitu tertekan dengan isu yang melanda sekarang.

Keadaan ini menyebabkan terdapat ruang yang mengatakan bahawa kerjasama antara PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat telah mula renggang, ramai berpendapat Pas perlu keluar dari kemelut sekarang untuk mendapatkan sokongan orang melayu, ramai berpendapat Pas hanya diperguna oleh PKR dan DAP dalam banyak pekara dan penganalisa politik melihat keadaan ini merugikan Pas menjelang pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir.

Terdapat juga puak dalam Pas yang menyokong usaha pembentukan Kerajaan Perpaduan dan terdapat juga yang menentang terutama puak Ederogen yang diketuai oleh Husam Musa yang dikatakan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama ustaz Nasaruddin dan Nasarauddin Tantawi dan ramai lagi dikatakan telah berlapang dada untuk pembentukan kerajaan tersebut.

Sementara itu pihak UMNO menerusi ketua peneranganya Ahmad Maslan mengatakan bahawa UMNO sentiasa membuka ruang kepada Pas untuk pembentukan Kerajaan tesebut, oleh itu ramai berpendapat telah sampai masa untuk soal pembentukan kerajaan perpaduan ini dikaji sedalamnya oleh kedua-dua pihak supaya dapat menjadi kenyataan dan menyelesaikan masalah yang menimpa umat melatyu dan islam di negara ini disamping menjadi faktor kekuatan untuk menghadapi kerenah dan ancaman parti lain yang menggugat orang melayu selama ini.

Dari itu semua pihak haruslah berlapang dada dan berusaha supaya pekara besar ini akan berlaku sekaligus dapat mengerat dan menyatukan semula orang-orang melayu dan islam di negara ini.. Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan