Khamis, 1 Mac 2012

CADANGAN TUN M: LIM KIT SIANG JADI PRESIDEN PAS WAJAR DAN TEPAT SEKALI...

Apabila tokoh PAS seperti Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifefly Ahmad membuat kenyataan Timbalan Presiden PAS boleh dilantik dari kalangan bukan islam menimbulkan polimek baru dalam parti berkenaan.

Dijangkakan ramai yang tidak bersepandapat dengan kenyataan itu terutama ahli-ahli PAS yang berlatarkan agama dan ulama yang nyata gusar dengan kenyataan boleh memesong 'akidah' mereka selama ini yang menjadikan islam sebagai perjuangan.

Dr Hasan Ali yang merupakan bekas EXCO PAS Selangor (Utusan Malaysia: 1 Mac, 2012) mengatakan inilah contoh parasit dan golongan pemikiran liberalisme yang telah dimasukan kedalam PAS... beliau turut mempersolakan kerdibiliti Dzulkefly yang memberi alasan untuk merasionalkan orang bukan islam boleh dilantik sebagai Timbalan Presiden PAS ekoran skop tugas yang banyak dalam mengurus tadbir parti.. beliau mendakwa jika bukan islam menjadi Timbalan Presiden macamana untuk mengurus parti dan ahli yang berpaksikan pegangan agamanya termasuk perlu tahu fungsi, penyelarasan dan mengetahui perkembangan seluruh ahli dalam selok belok agama...

Macam-macama PAS sekarang.. dasar keterbukaannya diramal bakal menerima padah..dulu sanggup buang perjuangan islam dan beralih kepada negara berkebajikan dalam usaha untuk menarik sokongan pengundi cina sebagaii langkah ke Putra Jaya... ini semua sebab keduniaan semata-mata.. dah lari dari perjuangan akhirat yang dipekikkan selama ini.

Wajar dan patutlah Tun Mahathir melalui komen sinisnya mencadangkan supaya Lim Kit Siang dijadikan Presiden PAS mengantikan Haji Hadi Awang.. kerana PAS bukan lagi parti alternatif yang baik kepada orang melayu dan islam tetapi sanggup mengadai agama islam dan maruahnya demi kuasa dan Putra jaya....

Psstt... Betol sangat cakap Tun tu..pandangan kritis!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan