Khamis, 1 Mac 2012

Surat Tun Mahathir Kepada 3 Perdana Menteri Israel Tanda Sokongan Kepada Perjuangan Palestin

Hari ini 1hb Mac, 2012,  hampir semua media massa telah mengeluarkan surat Tun Mahathir kepada 3 Orang Perdana Menteri Isreal semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri sebagai bukti Malaysia dibawah kepimpinannya ketika itu tetap komited dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin yang terusan dizalimi regim Isreal.

Setelah mengamati semua surat Tun Mahathir yang diutuskan itu, maka dapatlah disimpulkan bahawa Tun Mahahir sebenarnya adalah seorang pemimpin yang mempunyai otak bergeliga didalam menangani dan memahami masalah antarabangsa termasuk terus kekal dengan dasarnya dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menafikan peranan dan tuntutan pihak regim Isreal yang disifakantnya cuba merampas hak milik rakyat Palestin disamping bertindak kejam membunuh dan mengusir rakyat Paletin yang tidak berdosa.

Pendedahan surat berkenaan sebagi tindak balas Kerajaan diatas tuduhan pihak pembangkang bahawa Tun Mahathir dizamannya  juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Israel dan mempunyai ciri-ciri mengiktiraf negara berkenaan.

Lega rasanya bila meneliti surat-surat berkenaan..sememangnya Tun Mahathir mempunyai suara yang lantang dan pendapat yang tidak boleh diperlekehkan .. Tun Mahathir sejak dulu lagi tidak tunduk dan memberi muka kepada golongan zionis ini..perjuangan dan suaranya terhadap pembelaan kepada Palestin terus bergema sehingga kini..

Dari itu sedarlah wahai puak berkepentingan...Langkah Bos saudara mengiktraf keselamatan Israel adalah langkah yang bodoh dan memakan diri.. Janganlah menunding jari kepada pihak lain untuk melepaskan diri dalam polimek ini..jangan mengheret Tun dalam isu ini kerana peranan dan tangungjawab Tun dalam mempertahankan rakyat dan kedaulatan Palestin sememangnya telah terbukti dan terserlah!!

Psstt...Tun Pemimpin Berani dan Berkata Benar, itulah kelebihannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan