Rabu, 2 Januari 2013

kenapa LYNAS masih dibantah setelah Mahkamah putuskan boleh beroperasi..

Bantahan terhadap pembinaan kilang LYNAS di Gabeng, Kuantan masih berterusan walaupun mahkmah tinggi Kuantan telah memutuskan LYNAS dibenarkan beroperasi walaupun pihak membantah membuat rayuan dimahkamah rayuan..

Keputusan mahkamah tinggi berkenaan disambut baik oleh orang ramai terutama pekerja LYNAS kerana siasatan dan kajian mendapati kadar radiasi amat kurang dan tidak merbahayakan orang ramai..

Walapun keputusan telah dibuat ramai pihak masih keliru dengan keputusan itu dimana protes dan demonsrtasi tetap dijalankan oleh golongan penentangan LYNAS yang didikatakan  didalangi oleh pihak pembangkang.

Bulan lepas pihak penentang LYNAS telah bertindak mengadakan kempen berjalan kaki ke bangunan Parlimen untuk menyerahkan bantahan pembinaan kilang berkenaan kepada pihak yang berkenaan dan paling terbaru adalah demonstrasi yang dilakukan oleh pihak penentang LYNAS bersama Ngo, parti politik pro pembangkang  yang turut disertai oleh sasterawan negara A. Samad Said dan aktivis Hismudddin Rais sempena sambutan tahun baru kelmarin.

Walaupun bantahan ini merupakan isu alam sekitar tetapi dipercayai didalangi oleh tokoh pembangkang yang menggunakan isu ini untuk menarik sokongan khasnya masyarakat cina kepada mereka menjelang PRU ke 13 nanti..keadaan ini dapat dilihat dengan pembabitan beberapa tokoh pembngkang dalam siri bantahan terdahulu..

Dengan itu dapatlah disimpulkan bahawa isu LYNAS ini cuba diheret secara berterusan supaya menjadi isu pilihanraya sebagai pentup kelemahan mereka dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang dikuasai mereka.

Tetapi semua harus sedar sepatutnya isu berkenaan telah berakhir dengan keputusan Mahkamah dan sewajarnya semua pihak perlu akur dengan keputusan badan kehakiman tersebut dan individu yang mempertikaikanya juga boleh dianggap melanggar perinsip dan bidang bidang kehakiman di negara kita..

Fikir-fikirkanlah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan