Rabu, 2 Januari 2013

PRU KE 13- ANGIN PENGUNDI MEMIHAK BARISAN NASIONAL?

Tahun 2013 dah dua hari muncul..ramai bertekad menanam azam baru..tidak kurang mengumpal harapan untuk melengkapkan azam tahun lepas yang belum seratus peratus terlaksana..

Pada hakikatnya semua orang menanam azam dan cita-cita samada melalui diri sendiri, berkumpulan atau sebagainya..

Di Malaysia 2013 dijangka hangat dan panas kerana ramai juga ygang menyimpan cita-cita terutama parti-parti politik samada dari Kerajaan atau pembangkang yang awal-awal lagi telah mengatur arah dan startegi tersendiri untuk menawan hati pengundi dalam PRU ke 13 ini..

Parti yang bertanding telah menjalankan gerak kerja untuk kekal dan mengambil alih pemerintahan negara di Putra Jaya  mahupu di kerusi Dewan Undangan Negeri..

Situasi panas berpanjangan ini diramal berlarutan hingga bulan Mei..dimana ramai berpendapat PRU ke 13 akan dibubarkan samada dalam bulan februari atau Mac...dan ada pula yan g meramalkan YAB Perdana Menteri tidak membubarkan parlimen sebaliknya membiarkan parlimen terbubar dengan sendirinya apabila mandat lima tahun yang akan berakhir 26 April tahun ini...

Langkah berkenaan untuk memberikan peluang kepada rakyat berfikir secara masak adakah wajar BN dipertahankan atau sebaliknya.. langkah tranformasi yang dilakukan oleh Kerajaan kepimpinan YAB PM diakui berjaya melonjakkan ekonomi dan keharmoian negara dan rakyat diparas yang boleh dibanggakan.

Langkah YAB Perdana Menteri membiarkan parlimen dibubarkan dengan sendirinya untuk mematikan langkah Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat yang berkemungkinan memilih untuk menjalankan pilihanraya negeri sendirian berasingan dengan PRU parlimen..

Benar atau tidak telahan dan ramalan pembubaran PRU tersebut  terserah kepada masa dan keadaan dan kesediaan YAB Perdana Menteri sendiri..

Persolannya kini adalah 'kuasa pengundi' itu sendiri samada ini mengubah atau mengekalkan Kerajaan yang ada sekarang..

Ramai meramalkan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib mampu mempertahankan Putra Jaya kerana pengundi telah mula menunjukkan sokongan kepada  tranformasi yang dibawanya disamping sokongan golongan mahasiswa yang  boleh dianggap mewakili pengundi muda telah memberikan kemenangan melalui calon calon mereka dalam pilihanraya kampus baru baru ini dimana calon pro ispirasi telah menang hampir semua Universiti diseluruh negara..ini juga kemungkinan kepada petunjuk kepada PRU sebenar yang adkan diadakan..

Sikap dan tindakan Kerajaan dalam meralisasikan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan  berjaya menjadikan rakyat merasa terbela melalui bantuan BR1M, Baucer Buku, KR1M, Bantuan kepada golongan pelajar, Mahasiswa dan sebagainya dimana menunjukkan semua rakyat menerima kejayaan dan limpahan ekonomi semangat !Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Sekarang masa untuk rakyat menentukan segalanya..berterima kasihlah kepada yang memberi dan beryukurlah kepada llah SWT yang memberi limpah rahmatNYA sehingga negara berada diparas yang mebanggakan sekarang..tepuk dada tanya selera...

Hakikatnya ramai mahukan suasana aman, harmoni, limpahan ekonomi ini dipertahankan dengan memberikan mandat sekali lagi kepada Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti...

Bersama kita Kekalkan Kerajaan BN yang ada !!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan