Ahad, 8 Jun 2014

AL FATIHAH UNTUK USTAZ AFENDI YUSOF..

Semalam berita dari rakan rakan mengatakan Ustaz Afendi Yusof sahabat sewaktu dalam Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah kembali ke Rahmatullah dikatakan terjatuh dibilik air.

Sepanjang mengenali Allahyarham, saya menyifatkan beliau seorang pemimpin muda yang mempunyai pengaruh besar dan masa depan dalam politik negara serta mempunyai kualiti sebagai penceramah bebas dan politik.

Pemergian beliau satu kehilangan besar kepada politik UMNO khususnya di Kelantan kerana beliau mempunyai kelantangan dan nas nas yang kuat dan teguh apabila berceramah menyebabkan pihak lawan menjadi gerun...bahkan beliau satu ketika pernah mencabar Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk berdebat dengannya.

Pernah menjadi calon BNdi peringkat Parlimen Rantau Panjang dan mempunyai aura tersendiri didalam politik sehingga berjaya membarisi EXCO Pemuda UMNO Malaysia satu ketika..

Moga Allahyarham ditempatkan didalam golongan orang orang yang beriman dan soleh..Amin..

Al Fatihah...

8/6/2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan