Ahad, 8 Jun 2014

TAHNIAH TOK GAJAH !!



Final Piala FA malam tadi menyaksikan pasukan Pahang Darul Makmur mengalahkan Felda United 2-1 dalam perlawanan penuh dramatik malam tadi.

Skuad kendalian Irfan Bakti Salim yg mengenadlikan team Felda membuka tirai perlawanan dengan mendahului pasukan Pahang hasil jaringan pemain import membuatkan peminat dan penyokong Pahang cemas sepanjang  perlawanan.

Perlawanan yang dilihat seimbang sekali sekala mencemaskan penonton apabila rembatan dan tandukan terkena palang dan tiang gol. Sehingalah sepuluh minit terakhir pemanin gantian Pahang Faizol Husin jersi no sebelas dimasukakan seterusnya menjaringkan gol penyamaan pasukan Pahang 1-1.

Aksi minit terakhir menyebelahi pasukan Tok Gajah apabila pemain Import dari Nageria Namwakeme menjaringkan gol kemenangan Pahang dan sejkali gus menjuarui piala FA buat kali kedua sejak dipertandingkan.

Walau bagimanapun tahniah juga kepada skuad The Fighters kerana telah menunjukkan aksi yang sangat menarik walapun baru dan berstatus pasukan kelab sahaja..

Tahniah Tok Gajah!! Hogoh Pahang Hogoh!!

8/7/2014




Tiada ulasan:

Catat Ulasan