Khamis, 19 Mei 2011

Peruntukan Kepada Kawasan Rukun Tetangga Wajar Dinaikkan.

Ramai menyedari faktor perpaduan kaum merupakan kekuatan penting dan utama bagi negara kita Malaysia dalam mengekalkal keharmonian seluruh rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan etnik di Malaysia.

Langkah yang dibuat oleh Kerajaan dengan menubuhkan jabatan perpaduan sejak tragedi 13 mei, 1969 telah menampakkan hasilnya dimana perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini telah dapat dipupuk melalui prinsip Rukun Negara yang diamalkan oleh seluruh rakyat sejak dibangku sekolah lagi.

Hingga kini peranan perpaduan kaum dan intergrasi nasional ini terus dimainkan oleh jabatan perpaduan Negara dimana kementerian ini sendiri duduk dibawah Jabatan Perdana Menteri sekaligus diberi kepercayaan utama sebagai sebuah jabatan yang bertanggung jawab dalam hal-hal perpaduan kaum dinegara ini.

Pelbagai kegiatan dan peranan telah dimainkan oleh jabatan berkenaan termasuklah mengaktifkan sektor Rukun Tetangga yang menjadi model terpenting dalam mengekplotasi hal-hal yang berkait dengan perpaduan, ramai mengakui peranan Rukun Tetangga telah berjaya menjadikan rakyat malaysia sebagai masyarakat "satu bangsa' yang merdeka, saling faham memahami dan bertolak ansur disamping menghormati nilai agama dan budaya masing-masing.

Untuk itu sewajarnya peruntukan untuk ' perapaduan ini' perlu ditingkatkan, difahamkan kerajaan telah memberi gran tahunan kepada setiap KRT sebanyak RM 4800.00 setahun, dengan peruntukan inilah semua KRT diminta mengerakkan aktiviti masing-masing.. ramai berpendapat Kerajaan harus menambah sekali ganda lagi peruntukan tersebut bagi merangsang dan mengalakkan aktiviti perpaduan.. biarlah kita menambah kewangan sedikit kepada KRT untuk pastikan keamanan dan perpaduan kaum dinegara ini akan terus mekar dari membayar harga yang tinggi sekiranya perpaduan ini akan terus terancam dan hancur sekaligus meruntuhkan negara..

Kepada pihak yang berwajib terutama YB. menteri yang bertanggungjawab silalah berbincang berhubung cadangan dan syor ini, kami percaya YAB Perdana Menteri sedia menimbangkan permohonan jika diajukan kerana beliau juga begitu mengutamakan hal-hal yang bersangkutan dengan perpaduan kaum dinegara ini, kerana perpaduan merupakan sebuah senjata yang paling ampuh dan cukup bermakna kepada negara kita Malaysia yang terus membangun untuk kita wariskan kepada anak cucu kita dimasa akan datang..

Merdeka ! 3X

Tiada ulasan:

Catat Ulasan