Khamis, 19 Mei 2011

RON 95 NAIK?

Difahamkan pihak KPDN & P akan membawa pekara kenaikan harga minyak petrol Ron 95 kepada kabinet dalam masa terdekat untuk diputuskan samada kekal atau dinaikkan.

Tinjauan yang dibuat mendapati keseluruhan rakyat Malaysia pada dasarnya tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut, ramai resah kerana sejak akhir ini kedengaran harga barang-barangan akan melambung termasuklah yang terbaru kenaikan harga gula sebanyak 20 sen yang tentunya melemaskan keadaan dipihak pengguna dan pengusaha makanan.

Tokoh dan pemimpin parti dan masyarakat juga telah bersuara memohon supaya Ron 95 tidak dinaikkan meskipun mengetahui beban subsidi kerajaan keatas bahan tersebut telah mencecah berbilion ringgit, tambahan pula kenaikan tersebut disebabkan pasaran bahan berkenaan naik mendadak dipasaran antarabangsa.

Ramai berpendapat kenaikan satu demi satu harga barang-barang keperluan berkenaan akan menjadikan kerajaan tidak popular dikalangan rakyat, tambahan pula pada masa kini ramai yang bercakap mengenai pilihanraya umum.

Perlu diingatkan bahawa dalam PRU ke 12 lepas, harga minyak juga antara penyebab Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi pilihanraya dan hilang majoriti 2/3 di parlimen.

Kepada pemimpin BN dan kerajaan perlulah membuat langkah yang terbaik dalam menangani isu ini kerana jika tersalah keputusan boleh menyebabkan rakyat marah dan mengalihkan sokongan kepada pihak pembangkang. Kita percaya kebijaksanaan yang ada pada YAB Perdana Menteri dan barisan kabinetnya mampu menangani permasalahan ini sesuai dengan slogan 1Maklaysia, Rakyat Di dahulukan..

Oleh itu marilah kita bersama-sama berdoa agar harga Ron 95 kekal pada tahap sekarang, banyak cara dan mekanisme yang boleh digunakan oleh Kerajaan supaya dapat mengimbangi kenaikan ini walaupun pada asasnya dan dasarnya kenaikan harga bahan api tidak boleh dielakkan lagi..

Sebagai rakyat kita menaruh harapan kepada Kerajaan supaya semua warganegara akan terus dibela dan tidak dibebankan dan dalam masa yang sama kita sebagai rakyat harus memahami situasi dan keadaan serta keupayaan Kerajaan dalam menanggung kos subsidi yang begitu tinggi ini.. ibarat keluarga kita dimana si bapa harus mengutamakan dimana yang perlu dan tidak berisiko dalam setiap tindakan dan perbelanjaan bagi mempastikan keluarga akan terus terbela demi mendapat kebahagiaan dalam penghidupan pada masa sekarang dan masa kan datang..

Fikir-fikirkan lah kita bersama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan