Khamis, 28 Jun 2012

MAJLIS PEGUAM SOKONG PEMBANGKANG?

Tindakan aktif Majlis Peguam menyokong perhimpunan haram  Bersih 3.0 baru-baru ini tentunya menjadi tandatanya dan polimek dalam masyarakat.

Sepatutnya Majlis Peguam yang menjunjung kedaulatan undang-undang dinegara ini bersikap berkecuali dalam menjaga imejnya dan perlu mengambil inisiantif menangkis persepsi umum yang mengatakan badan profsional itu lebih cenderung menyokong pembangkang.

Penglibatan Majlis Peguam secara aktif dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 April lalu dilihat mejerumuskan badan itu kesituasi yang tidak sehaluan dengan Kerajaan.

Majlis Peguam sepatutnya bersifat seimbang dalam membantu keharmonian negara dan adalah janggal melibatkan diri apatah lagi duduk sebagai Jawatankuasa penganjur Bersih 3.0 dimana laporannya juga nyata berpihak kepada penganjur dan peserta perhimpunan haram itu.

Sewajarnya badan yang ditubuhkan itu sepatutnya lebih menjurus kepada kebajikan anggota  Majlis Peguam disamping tidak sepatutnya berperanan disebalik hak asasi manusia sehingga terlibat dalam perhimpunan seumpama itu..

Beberapa  pandangan dari Ahli berkenaan melalui akhbar Utusan Malaysia 24 Jun, 2012 antaranya peguam Abu Backer Sidek yang berpandangan Majlis Peguam tidak sepatut menggunakan namanya dalam menyokong Perhimpunan Haram Bersih dan mengeluarkan resolusi menghentam polis semasa perhimpunan itu.

Masyarakat yang ditemui juga berpendapat ramai dikalangan Jawatankuasa Majlis berkenaan yang pro kepada pembangkang menyebabkan badan itu cenderung mengikut telunjuk pihak pembangkang yang mempunyai agenda tertentu...

PSST..Bubarkan dan Pilih Jawatankuasa Baru  Majlis Peguam Adalah Langkah Terbaik....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan