Khamis, 28 Jun 2012

TEMASYA SUKAN SEKOLAH TIDAK JEMPUT IBU BAPA , PENJAGA.

HAR INI KHAMIS 28jUN, 2012 - Kebanyakan sekolah-sekolah diseluruh negeri Pahang mengadakan sukan tahunan sekolah masing-masing.

Di Temerloh terdapat beberapa sekolah mengadakan sukan tahunannya yang disertai murid-murid dari tahun satu hingga enam dalam pelbagai acara yang dipertandingkan iaitu sukan olahraga.

Difahamkan kebanyakan sekolah mengadakan sukan tahunan dipertengahan tahun bertujuan untuk memberi komiten dan perhatian terhadap pembelajaran dan perperiksaan UPS, PMR dan SPM  supaya pelajar tidak diganggu oleh aktiviti luar.

Tinjauan yang dilakukan terdapat sedikit kehairanan ibu bapa dan penjaga berhubung temasya yang diadakan kerana  mereka tidak dijemput untuk bersama-sama menjayakan sukan tahunan sekolah kali ini dengan erti kata lain sukan tahunan diadakan secara tertutup.

Ibu bapa dan penjaga sedikit terkilan kerana mereka tidak diberi kesempatan untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak yang mengambil bahagian dalam acara sukan yang disertai  malah tidak diberi peluang untuk membantu sekolah dalam menjayakan temasya sukan disekolah anak masing-masing.

Mereka juga berpendapat lebih elok ibubapa dan penjaga diberi peluang untruk bersama-sama ditemasya yang melibatkan anak-anak mereka kerana konsep ini telah diamalkan terdahulu dimana ibubapa penjaga berperanan menyertai temasya dalam bentuk sumbangan tenaga dan penyertaan dan keadaan itu tentunya merapatkan hubungan silaturahim diantara pelajar, ibubapa dan penjaga serta guru-guru.

Lebih mengecewakan temasya kali ini diadakan pada hari berkerja tidak sebagai lazimnya diadakan pada hari cuti sabtu dan ahad., keadaan ini tentunya menyukarkan mereka yang berkerja untuk bersama kesukan berkenaan.

Ibubapa dan penjaga yang ditemui berharap untuk tahun-tahun akan datang pihak kementerian Pelajaran wajar menjemput dan melibatkan kalangan ibubapa dan penjaga dalam temasya sukan tahunan sekolah sesuai dengan slogan  'MASYARAKAT MEMBINA SEKOLAH, SEKOLAH MEMBINA MASYARAKAT' bagi menggalakkan hubungan baik diantara pihak sekolah dengan ibubapa dan penjaga.

Psst..Minta YAB Menteri Pelajaran Memantau senario ini.....







Tiada ulasan:

Catat Ulasan