Khamis, 28 Jun 2012

SUKMA PAHANG 2012- PERSIAPAN SEMAKIN RANCAK...

Sukan Malaysia 2012- Pahang kali ini menjadi tuan ruamah temasya gilang gemilang kepada pelbagai acara sukan yang akan dipertandingkan melibatkan beberapa vanue di daerah seperti Kuantan dan Temerloh yang membolehkan peminat luar bandar turut menyaksikan kejohan yang berpertij itu.

SUKMA Pahang tentunya memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah kepada acara yang akan dipertandingkan seperti acara silat dan berbasikal yang akan diadakan di Temerloh tentunya mempunyai penyokong yang fanatik terutama masyarakat luarbandar yang jarang jarang menyaksikan sukan terbesar di negara kita ini.

SUKMA juga diharap dapat merancakkan ekonomi penduduk dan menceriakan seluruh warga Pahang dimana temasya sukan seumpama ini pernah dianjurkan pada tahun 1996 dengan jayanya, persiapan Sukma kali ini dilihat lebih tersusun dan teratur dimana urusetia dan pihak penganjur telah bersedia dengan sebarang kemungkinan bagi memastikan temasya sukan kali ini berjalan dengan baik.

Selamat maju jaya kepada negeri Pahang Darul Makmur dan selamat bertanding kepada semua kontijen dan atlit sukan dari seluruh negara!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan