Khamis, 28 Jun 2012

PENDEMONSTRATOR UPAHAN SERANG KEDUTAAN BESAR KITA LAGI DI INDONESIA...

Khabarnya puak Ngo di Jakarta, Indonesia buat hal lagi dengan bertindak menyerang kedutaan kita di Jakarta..mereka berang kerana Kerajaan Malaysia akan  mewartakan tarian Tor Tor dan Muzik Godang Sambilan sebagi warisan negara dengan erti kata lain mereka mendakwa Malaysia cuba mencuri warisan kesenian Indonesia.

Mudah sangat dakwaan mereka dan mudah sangat mereka mengambil tindakan biadap terhadap kedutaan kita disana..telah banyak kali mereka bertindak sedemikian..seolah kita hanya diam, tunduk dan mengalah..

Mereka lupa berapa juta rakyat Indonesia yang berada dinegara kita yang menumpang mencari rezeki dan membawa balik wang kenegara mereka..Kerajaan kita cukup berhati perut dan terlalu baik.. tidak seperti sesetengah mereka ibarat membalas madu dengan racun..

Berbalik kepada isu Tarian Tor Tor itu sewajarnya mereka berbangga sekiranya tarian itu benar-benar warisan mereka..dan mereka juga patut berbangga kerana ada pihak lain yang mempopularkan warisan mereka seperti Malaysia..sesuailah dengan ungkapan bahawa Malaysia/ Indonesia adalah serumpun dan adakalanya mempunyai warisan yang sama dan tidak jauh berbeza..

Tapi ramai yang berpendapat Malaysia tidak perlu melatah dalam hal ini kerana pemimpin Repubik itu telah mengatkan bahawa tindakan itu bukanlah dibuat oleh Kerajaan Indonesia sebaliknya dipercayai dilakukan oleh pendemonstator upahan yang sengja ingin melihat keretakan hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia..terdapat sesetengah pihak berpendapat ada kemungkinan juga serangan tersebut telah dirancang mungkin bermula di Malaysia sendiri akibat dari kepentingan tertentu termasuk servival politik pihak-pihak yang berkepentingan..pihak berwajib perlu berwaspada dengan kemungkinan ini dengan melakukan risikan dan siasatan siapakah disebalik dalang kejadian tersebut..

Ramai berpendapat sewajarnya Kerajaan Malaysia membuka mata betapa seriusnya kejadian berkenaan kerana demonstrasi seperti itu diizinkan di Indonesia diatas sifat Hak Asasi Manusia..sehingga menjatuhkan maruah dan kedaulatan orang lain..inilah juga yang diperjuangkan oleh puak-puak di Malaysia yang menuntut hak mereka dan berselindung disebalik tabir demi cita-cita politik murahan meraka...


Pssstt...Ambil ikhtibar dari apa yang berlaku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan