Isnin, 10 Januari 2011

Penoreh Getah dan Pekebun Sawit Senyum Lebar Sambut Tahun Baru 2011..

Kenaikan harga getah dan kelapa sawit tentunya melegakan pekebun terutama orang kampung yang bergantung sepenuhnya kepada hasil komoditi tersebut.


Kenaikan harga komoditi berkenaan naik mendadak diatas permintaan pasaran dunia. Tahun baru 2011 merupakan permulaan bagi tahun yang penuh bermakna kepada pekebun kecil dan mereka boleh tersenyum lebar dengan pendapatan yang agak lumayan.


Pekebun getah dan kelapa sawit termasuk peneroka Felda lega dengan keadaan ini, mereka disarankan supaya bijak berbelanja dan menabung untuk masa depan dan anak-anak semasa harga komoditi berkenaan masih tinggi.


Harga tinggi dan pendapatan lumayan ini menjadikan bahan tersebut menjadi perhatian, dalam satu kes di Temerloh, Pahang menurut akhbar Sinar Harian 6Januari, 2011 melaporkan kes kecurian getah telah meningkat dimana penduduk dan Rela terpaksa berkawal bagi mempastikan getah tidak dicuri, begitulah risiko yang terpaksa dihadapi apabila harga getah naik dengan mendadak!!


Kesimpulannya semua yang berlaku ini adalah kurniaan dan nikmat dari Allah SWT serta berkat usaha pemimpin-pemimpin negara terutama YAB Perdana Menteri kita yang bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat kearah tranformasi ekonomi untuk menjadikan Rakyat Berpendapatan Tinggi yang menuntut kesungguhan seluruh masyarakat dalam mengerakkan tranformasi berkenaan.


Syabas YAB PM dan Kepimpinan ! Syabas Rakyat Malaysia!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan