Jumaat, 7 Januari 2011

TUDUHAN TERHADAP PAK MENTERI KARUT DAN FITNAH!

Tuduhan terhadap YB. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim selaku Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi terlibat dalam kes perkosa dan merogol bekas pembantu rumahnya memang keterlaluan dan dibuat dengan niat jahat untuk merosakkan maruah dan menjatuhkan kerier politik beliau.

Menteri yang mempunyai 'track record' cemerlang dalam perkhidmatan disamping mempunyai karisma politik yang tinggi dan berhemah cuba 'diusik' dengan tuduhan yang nakal dan keterlaluan oleh pihak parti pembangkang.

Tuduhan ini mungkin dicipta untuk mengalihkan isu semasa seperti isu kes perlantikan SUK Selangor dan isu pertuduhan liwat Datuk Seri Anwar, dalam hal ini Akbar rasmi PAS, Harakah bil 1602, 3 - 6 Januari, 2011 dalam muka akhir terang-terangan membuat tuduhan berkenaan berdasarkan sumber yang didedahkan oleh Wikileaks semata-mata dan mempersoalkan kenapa kes Altantuya dan kes yang melibatkan Pak Menteri Penerangan tidak 'di highlight' seperti kes liwat DSAI.

Sikap akhbar dan individu kurang ajar ini patut diambil tindakan segera , disarankan Pak Menteri segera mengambil tindakan undang-undang bagi menghentikan tuduhan dan fitnah ini, tindakan sebegini sekurang-kurangnya memberi pengajaran terhadap pihak yang tidak bertanggung jawab yang menjadikan fitnah dan tuduhan palsu sebagai budaya politik mereka.

Kepada Pak Menteri kami sarankan supaya bersabar dalam menempuh dugaan dan fitnah seperti ini, yakinlah rakyat akan terus bersama yang benar, teruskan memberi pandangan dan melontar kata-kata hikmah, madah dan pujangga kerana rakyat menerima tuan sebagai seorang menteri yang berkarisma, patriotik dan berpengalaman dalam menjulang cita-cita YAB Perdana Menteri dan Kerajaan menerusi konsep dan gagasan 1Malaysia !!!

1 ulasan:

  1. Dah kerja puak-puak ini suka buat fitnah, nak buat macam mana weh..... orang Melayu jang mudah terpengaruh sudah....

    BalasPadam