Jumaat, 18 Mac 2011

PULAU TIOMAN PERLU SENTUHAN NAJIB.

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk berkunjung ke Pulau Tioman, Pahang dimana sebuah pulau yang sangat mengamit memori setiap pelawatnya.

Airnya yang jernih sangat sesuai untuk aktiviti air seperti snokling dan sebagainya disamping kampung tradisional dan pulau-pulau kecil yang memukau pandangan.

Pulau Tioman saban hari telah menerima ribuan pelawat setiap tahun meskipun ada pelancong yang telah berkali-kali datang kesini kerana tarikannya.

Meskipun tidak seperti pulau Langkawi di kedah yang mempunyai tarikan dan pembangunan yang pesat selaku pulau bebas cukai, pulau Tioman mampu mempunyai tarikan sendiri dan mempunyai ekosistem ayang menakjubkan.

Pulau Langkawi menjadi pesat dan maju oleh kerana cerita Lagenda Mahsurinya dan mendapat sentuhan tersendiri dari Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed ketika menjadi perdana menteri sehingga pulau berkenaan menjadi tarikan seluruh dunia termasuk menjadi popular dengan penganjuran LIMA dan sebagainya. Sehingga kini tarikan ke Langkawi sentiasa bertambah dengan terbinanya bermacam daya tarikan seperti Dataran Helang, Skayway Gunung Mat Cincang dan pelbagai yang menjadi daya tarikan kepulau itu.

Sekarang ini era Dato' Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia, saya mencadangkan supaya Datuk Najib perlu berbuat sesuatu untuk membangunkan Pualau Tioman untuk menjadikan Pahang sebagai satu hab atau tempat tarikan seperti di Langkawi. Pemberian status Pulau Tioman sebagai pulau bebas cukai adalah permulaan langkah untuk membangunkan pulau ini, kerjasama dan kerja keras kerajaan negeri Pahang juga dituntut supaya Pualau tioman dapat dibangunkan.

Saya yakin dan percaya seluruh warga Pahang bersetuju jika YAB Perdana Menteri mengambil daya usaha dan sentuhannya bagi membolehkan Pulau Tioman di bangunkan sekali gus dapat menambah ekonomi negara dan negeri serta memberi anak Pahang untuk mengisi peluang kerja dan lain-lain peluang yang terhidang luas jika cadangan ini menjadi kenyataan.

Kepada YAB Dato' Seri Najib selaku Perdana Menteri lakukan sesuatu untuk menaikan Pahang kerana negeri ini mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan..Hidup Pahang!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan