Isnin, 11 Januari 2010

ANUGERAH JURA LAGU (AJL) HILANGKAN IDENTITI MALAYSIA

Anugerah juara lagu (AJL) yang disiarkan secara langsung oleh TV 3 malam semalam telah mendapat pujian peminat seni tanah air dimana ianya telah dihadiri oleh peminat-peminat seni hiburan, artis dan kepimpinan termasuk Menteri Penerangan, Kebudayaan dan komunikasi Malaysia Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan isteri .

Penonton dan atris yang memenuhi stadium utama Bukit jalil bagi menyaksikan siaran langsung Juara Lagu telah datang sejak awal bagi memberikan sokongan supaya AJL kali ini akan meriah dan berjaya. Pengacara juga telah berjaya memainkan peranan sehingga AJL malam semalam hidup disamping persembahan mantap artis-artis yang mengambil bahagian serta artis undangan yang membuat persembahan bertenaga mengikut era dan genre populariti mereka satu ketika dulu, nampak mereka masih hebat kerana mempunyai aura dan peminat tersendiri!

Bagi penulis dan keluarga juga tidak ketinggalan menonton rancangan itu dirumah yang dipancarkan oleh TV3.

Apa yang ingin diperkatakan berhubung AJL kali ini ialah tentang persembahan dan pakaian artis yang mengambil bahagian, pada pandangan saya hampir keseluruhan artis berpakaian keterlaluan dan tidak menampakkan identiti Malaysia. Saya dan keluarga sempat memberi komen berhubung isu ini dan ada yang beranggapan pihak penerbit tidak langsung memberikan elemen bercirikan identiti Malaysia, sepatutnya pihak Media Prima terutama TV3 perlu perlu ambil peduli berhubung persembahan dan pakaian artis yang mengambil bahagian atau undangan dengan memasukkan eleman berpakaian sebagai satu ciri pemarkahan kepada mereka yang bertanding, konsep berpakaian ala Malaysia perlu diketengahkan dan kita tidak perlu mengikut cara dan budaya barat seperti yang diamalkan sekarang.

Terdapat artis yang membuat persembahan tidak kena dengan lagu yang disampai dan pakaian yang dikenakan pula lari dari konsep, malah ada yang berpakaian seperti 'black metal', ada kumpulan undangan yang keterlaluan seperti pemain gitar utama sebuah kumpulan rock yang menampakkan pusat ketika persembahan berlangsung. semua ini adalah antara contoh kejangalan yang berlaku disepanjang AJL berlangsung!

Oleh itu, saya menyeru agar pihak yang terlibat dalam rancangan ini dan penerbitan rancangan-rancangan lain dimasa akan datang perlu mengambil perhatian dalam memainkan peranan supaya identiti budaya Malaysia dapat diketengahkan, saya amat yakin identiti dan budaya kita begitu indah dan bermoral, lebih-lebih lagi jika dilibatkan gabungan artis pelbagai kaum didalam menjayakan AJL bagi menarik minat lapisan masyarakat dan kaum yang ada dinegara ini, sesuai dengan hasrat Pedana Menteri dan Kerajaan dalam menjayakan semangat 1Malaysia.

Syabas kepada Juara kali ini.... Aizat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan