Ahad, 10 Januari 2010

SKUAD BOLA SEPAK 1 MALAYSIA PERLU WUJUD UNTUK ERATKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA.

Saya amat tertarik dengan satu ruangan Sukan Nasional @ Sinar bertarikh 10 Januari, 2010 tulisan Saudara Saiful Shamsuddin.

Sebagai rakyat Malaysia yang meminati sukan nombor satu negara, saya juga terpanggil untuk membicarakan mutu sukan bola sepak Malaysia yang dilihat telah kembali ceria selepas skuad bolasepak kita memenangi emas pada Sukan Sea 2009 di Laos tempohari. Sakalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada pemain dan pegawai serta kepimpinan skuad berkenaan dan tidak lupa juga kepada FAM. Semuga dengan kejayaan ini akan memberikan detik dan nafas baru kepada suka bolasepak yang malap sejak sekian lama disamping menarik minat golongan muda kita menceburi sukan ini.

Namun, samaada kita sedar atau tidak ,dalam skuad yang yang telah mengharumkan nama negara tersebut tiada langsung pemain berbangsa cina. Dalam usaha Kerajaan memperkukuhkan hubungan kaum di negara ini, alangkah baik dan manisnya jika skuad bolasepak kita dibarisi oleh pelbagai bangsa yang sekaligus merealsasikan semangat 1Malaysia melalui sukan.

Sejarah bolasepak negara satu ketika dulu telah mendahului semangat 1 Malaysia dengan menampilkan anak-anak muda dari pelbagai kaum yang membarisi skuad kebangsaan, nama-nama besar seperti Mokhtar Dahari, A. Arumuggam, Santokh Singh, Datuk Soh Chin Aun dan lain-lain adalah bukti bahawa semangat tersebut telah bermula sejak dulu lagi dan secara tidak langsung sukan tersebut telah berjaya memperkukuhkan perpaduan kaum di Malaysia dengan erti lain kejayaan skuad negara ketika itu dikongsi bersama kaum berkenaan.

Berbalik kepada tajuk yang ingin diketengahkan, kita menyeru semua bangsa terutama ibubapa supaya memberikan sedikit komitmen dalam mengalakkan anak-anak mereka menceburkan diri dalam sukan ini, tanggapan sesetengah pihak bahawa bidang ini tidak menjanjikan masa depan dan kerjaya tetap mungkin menyebabkan sesetengah masyarakat kita terutama kaum cina tidak mendorong anak-anak mereka terlibat dalam sukan dianggap lasak ini, Penolong jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Heo berkata kaum cina pada hari ini lebih mementingkan pencapaian ekademik dan menggangap bolasepak tidak menjamin masa depan, mereka menggalakan anak-anak supaya lebih cenderung menceburi bidang perniagaan walaupun pendapatan dalam bidang ini boleh dikira lumayan dan pemain pada hari ini mampu meraih sekitar RM 10,000 keatas sebulan !!

Kepada kaum India, syabas diucapkan kerana telah melahirkan ramai pemain dan mereka juga tidak ketinggalan dalam bersama menyumbang kepada kejayaan bola sepak negara.

Sekarang sampailah masa untuk kita menjadikan sukan bolasepak sebagai cara mengikat hubungan dan perpaduan antara kaum di Malaysia, dan untuk itu pada hemat saya wajar pihak Kemeterian Belia dan Sukan dan FAM berusaha supaya aspek perpaduan kaum bersaskan konsep 1Malaysia dapat direalisaikan melalui pembentukan skuad bolasepak 1Malaysia negara yang diwakili oleh anak-anak muda Malaysia dari pelbagai kaum .

HIDUP SUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA!!!

1 ulasan:

  1. Salam bro,

    Setuju dengan cadangan tuan......... tapi berapa ramai kaum Cina minat bola sepak ? Hanya Melayu dan segelintir sahaja yang berminat..... mereka sibuk cari kekayaan.........

    BalasPadam