Isnin, 25 Januari 2010

ISU COLA - PENJAWAT AWAM LEGA.

Isu yang dibangkitkan oleh segelintir pihak yang mahu melihat masyarakat terutama penjawat awam marahkan kerajaan tidak menjadi apabila Timbalan Menteri kewangan Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin menafikan khabar angin yang mengatakan kerajaan akan menarik balik elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam(ITKA).

Ramai berpendapat isu sebegini sengaja dicipta oleh pihak tertentu bagi mengalih perhatian dari masalah sebenar yang dihadapi oleh pihak pembangkang sekarang yang sentiasa mencari isu untuk menghimpit dan menekan kerajaan kerana rakyat berada didalam keadaan yang agak susah disebabkan kemelesetan ekonomi dunia dan Malaysia juga juga tidak ketinggalan merasai tempias kemelesetan itu.

Kenyataan dari Senator Datuk Dr. Awang Adek itu, setidaknya menepis tomahan jahat yang ingin melihat kakitangan kerajaan berada dalam keadaan gelisah dan membenci kerajaan, fokus sebenar pencetus isu ini ialah ingin mengajak golongan penjawat awam yang mempunyai jumlah yang ramai dalam kelompok masyarakat memberikan sokongan kepada mereka menjelang PRU ke13.

Nampaknya macam-macam ikthiar dan fitnah yang dilemparkan demi mengajak rakyat membenci kerajaan, tapi percayalah Allah SWT tetap akan mempertahankan mana-mana kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan dan keamanan rakyatnya seperti Malaysia.

Kita meminta pejuang dan kepimpinan negara tetap tabah dan bersabar dalam menempuh pelbagai dugaan ini, percayalah niat jahat itu tidak akan tercapai selagi pemimpin dan rakyat bersedia mengharungi pelbagai isu demi masa depan anak cucu dan pewaris kita dibumi bertuah Malaysia tercinta ini.. (Berarak Mendung Kelabu - Alleycats)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan