Selasa, 26 Januari 2010

Azan Ismail - PKR Pahang Di Urus Tadbir Ibrat Syarikat Sendirian Berhad?

Perletakan jawatan YB. Azan Ismail sebagai Timbalan Pengerusi 2 PKR Pahang dan Pengerusi Biro Keahlian PKR Pahang amat mengejutkan permerhati politik di negeri ini. YB. Indera Mahkota yang selama ini dilihat konsisten dan tiada bermasalah agak mengemparkan senario politik di negeri Pahang.

Pemimpin PKR itu telah mengambil keputusan drastik dengan meletakkan dua jawatan yang dianggap penting dalam parti sekaligus mengambarkan terdapat pekara yang tidak kena dalam PKR Pahang yang baru sahaja selesai mengadakan konvensen PKR Negeri baru-baru ini.

Perletakan jawatan tersebut berpunca dari rasa tidak puashati Azan kepada PKR Negeri yang dilihat diurus tadbir secara perniagaan sendirian berhad oleh puak-puak tertentu dalam parti terasebut.

Beliau yang juga Ahli parlimen Indera Mahkota yang selama ini telah menjulang martabat PKR dinegeri ini yang merupakan muka lama telah diketepikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim selaku ketua umum PKR pusat dengan melantik Datuk Fauzi Abdul Rahman selaku pengerusi PKR Pahang. Keadaan ini sememangnya dilihat tidak disenangi oleh pemimpin2 PKR Pahang yang telah bergelumang sehingga dapat menguasai 2 kerusi parlimen dalam PRU ke 12 lalu.

Apa yang menjadi persoalan ialah pentadbiran PKR Pahang yang didakwa diurus tadbir seperti sebuah syarikah perniagaan amat mengecewakan Azan dan sebahagian pemimpin dan ahli-ahli PKR di Pahang. Keadaan ini lebih rumit apabila Azan juga mendakwa beliau telah disisihkan oleh kepimpinan PKR negeri yang dikuasai oleh orang2 Datuk Fauzi, keadaan ini sebenarnya telah menjadi lumrah dalam mana-mana parti terutama PKR yang perjuangannya semata-mata berpaksikan kepada kepentingan individu!

KOMEN :

PKR Pahang selama ini dilihat aman, tenteram dan tidak mempunyai apa-apa masalah kronik mula memercikkan api yang diramal boleh menjadi lahar membakar keseluruhan institusi parti akibat rasa tidak puas hati pemimpin dan ahli-ahlinya. Parti yang mempunyai individu yang berprinsip seperti Azan dan Zulkifli Nordin sememangnya kurang disenangi oleh kepimpinan PKR yang menggangap mereka mereka tidak mempunyai prinsip dalam parti dan bertindak diluar batasan dan tidak mengikut saluran pemaufakatan dalam Pakatan Rakyat.

Tapi Penulis agak respek kepada Azan, walau mempunyai kedudukan selaku Ahli parlimen PKR tetapi sanggup mengambil rasiko dengan meletakkan jawatan dalam parti kerana kecewa parti tersebut tidak mengikut landasan peraturan Pendaftar Pertubuhan sebaliknya ia diuruskan seperti sebuah entiti perniagaan disamping ada elemen 'cah keting' dalam PKR'.

Pada pendapat penulis, budaya politik berniaga yang didakwa jadi amalan PKR sememangnya berlaku kerana pemimpin-pemimpin dalam PKR juga berhajat untuk menjadi Menteri Besar kerana melihat BN berupaya ditumbangkan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti, mereka telah memikirkan jawatan, kontrak, tender dan sebaginya sebab itulah budaya meminggirkan sesetengah pemimpin telah mula berlaku dalam PKR supaya puak-puak yang besekutu dengan bos sahaja yang akan mendapat laba.

Oleh itu, dinasihatkan kepada YB. Azan supaya keluar dari PKR untuk mencari ketenangan sebenar kerana percaya diluar sana ramai insan-insan yang sudi menerima tuan sebagai sahabat, kembalilah kepangkal jalan kerana saudara adalah pemimpin yang pernah dilahirkan dari kilang UMNO dan GPMS!!, yang tahu halatuju hasrat murni Kerajaan yang telah banyak berjasa...., jika tidakpun teruslah berada dalam PKR dengan beperanan sebagi hero dalam membongkar ketidaktelusan dan kepincangan yang dilakukan oleh pemimpin dan parti yang telah memecahbelahkan masyarakat terutama orang-orang melayu selama ini dengan tindakannya membuka ruang seluas-luasnya kepada sekutu dalam Pakatan rakyat terutama DAP dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan islam dan orang melayu!!.

Sikap dan perjuangan pemimpin -pemimpin parti yang mengikut kepentingan peribadi dan halatuju sendiri telah menjadikan PKR sebuah parti yang lemah dan menunggu masa hendak dikuburkan!!, Pemerhati Politik , Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim berkata, setakat ini prestasi PKR sangat mengecewakan rakyat dimana rakyat tidak puas hati dengan kepimpinan parti ini. "Mereka (Pemimpin PKR) banyak bergaduh sesama sendiri untuk kpentingan sendiri daripada memperjuangkan rakyat," katanya ( Petikan: sinar harian Edisi Pahang 26.1.2010)

Fikir dan Renungkanlahh.....(Datin Rafeah Buang)

1 ulasan:

  1. Salam bro, tunggulah akan kehancuran PKR yang akan berkubur di dalam penjara Sungai Buluh......

    BalasPadam