Khamis, 21 Januari 2010

PEMBUBARAN PKR KUALA SELANGOR BUKTI KHALID IBRAHIM HILANG "KEADILAN' PERINTAH SELANGOR

Pembubaran PKR Kuala Selangor akibat perletakan jawatan 13 orang ahli Jawatankuasanya semalam memberi tamparan hebat kepada Datuk Seri Khalid Ibrahim selaku ketua Bahagian yang juga Menteri Besar Selangor.

Ramai terkejut dengan apa yang berlaku oleh kerana Bahagian yang terbabit dibawah kepimpinan Khalid Ibrahim yang merupakan pengerusi PKR Selangor, sepatutnya insiden ini tidak berlaku jika beliau benar-benar bijak memimpin.

Keadaan di Kuala Selangor ini ibarat cerminan keseluruhan yang mengambarkan rasa meluat rakyat Selangor kepada nya yang sering memberi muka kepada sekutu-sekutu dalam Pakatan Rakyat terutama DAP.

Muka merah padam Khalid Ibrahim akibat tamparan ini semakim lebam sambil beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah berkali-kali mengingatkan ahli PKR yang tidak setuju dengan perjuangan PKR supaya keluar parti demi kebaikan parti pada masa akan datang.

Ramai berpendapat perletakan jawatan AJK Bahagian Kuala Selangor itu didorong rasa kurang senang kepimpinan bahagian yang selama ini memendam rasa dengan tindak tanduk beliau yang didakwa seperti ditaktor dan tidak boleh ditegur kepimpinannya dengan memberhentikan beberapa orang pegawai kanan PKR Kuala Selangor yang cuba memberi pendapat serta terbawa-bawa budaya kopratnya kedalam pentadbiran parti.

Inilah akibatnya jika sering menuduh dan memfitnah UMNO yang didakwa melakukan pekara-pekara yang tidak baik dan mungkar dengan pelbagai tuduhan yang tak masuk akal..., sepatutnya Khalid Ibrahim bersyukur kerana diberi peluang oleh rakyat memerintah dalam ekonomi dan pembangunan negeri selangor yang sangat molek, boleh dikatakan semua sudah tersedia 'cuci kaki aje'.....

Apa sudah jadi Khalid? takkan PKR Kuala Selangor pun tak boleh jaga....tak ada skill langsung, beri malu Datuk Seri Anwar saja, kes liwat bos tak selesai-selesai datang pulak isu baru, nanti balik-balik dakwa UMNO yang ciptakan isu ,pening-pening macam ni...

Rakyat Selangor sedang melihat dan menilai kepimpinan Khalid dan sekutu-sekutunya, ada yang dah mula marah-marah kerana Khalid terlalu memberi muka kepada DAP yang meminta yang bukan-bukan, pemberian lesen pub dikatakan menjadi-jadi di Selangor, sebab itulah Dr Hassan Ali selalu berleter dengan sikap Khalid, PAS pun dah hilang respek oleh rakyat dan penyokongnya... Buat apalah menjadi pak turut DAP semata-mata nak menjaga hati demi mendapatkan sokongan pengundi cina, kan ke King Karpal dah kata ' Langkah Mayat Dia Dulu jSebelum Nak Menubuhkan Negara Islam ' . orang PAS kenalah akur dan angguk kepala tanda setuju kan.

Berbalik tentang Khlid Ibrahim di Kuala Selangor, ramai beranggapan beliau sepatutnya juga meletak jawatan sebagai ketua Bahagian dan pengerusi PKR Selangor kerana beliau adalah pemimpin yang gagal menyatupadukan ahli, sepatutnya beliau serahkan saja jawatan tersebut kepada Azmin Ali yang telah lama mengidam jawatan tersebut.

Akhir kata, cermin-cerminlah diri anda wahai Khalid Ibrahim, sesungguhnya rakyat telah mula sedar permainan saudara bersama sekutu-sekutu yang tidak mempunyai kebolehan dan karisma dalam kepimpinan, bukan senang untuk memerintah negeri dan membelai rakyat yang mempunyai pelbagai ragam dan kaum, isu ini bukan dicipta orang lain tetapi terbit dari sikap saudara sendiri, sekarang terimalah akibatnya dan PKR keseluruhannya hanya menunggu ' retak menanti belah' dan percaya parti ini juga akan turut berkubur seperti parti-parti sebelummya oleh kerana perjuangan PKR terbit dari kepentingan individu semata-mata.

Syabas kepada 13 bekas AJK Bahagian PKR Kuala Selangor, tindakan tuan/puan begitu mulia walaupun ramai menyangka duduk didalam ' kebuk padi' (Bahagian Meneteri Besar ) dapat pelbagai nikmat tetapi demi kebenaran kalian sanggup membuat tindakan yang akan membuka mata ramai orang!! Renungkanlah..... ( Ahmad Jais).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan