Sabtu, 9 Julai 2011

PERHIMPUNAN HARAM- SYABAS PDRM!!

9 Julai, 2011 -Perhimpunan haram yang berlaku hari ini seperti yang dimahukan oleh petualang-petualang dan pengkhianat negara telah dapat dikawal oleh pihak berkuasa terutama polis.

Langkah pencegahan awal dan larangan kepada 91 orang pemimpin parti dan Ngo memasuki Kuala Lumpur adalah langkah paling tepat disamping usaha memperketat laluan masuk ke KL dengan dengan mengadakan sekatan jalanraya.

Pihak polis juga harus dipuji dengan tindakan awal membenteras elemen yang mungkin berlaku dengan menahan suspek dan dalang perhimpunan termasuk merampas baju dan barangan yang akan diguna untuk perhimpunan berkenaan diseluruh negara.

Penahanan pemimpin parti dan Ngo seperti Datuk Ambiga, Haji Hadi, Mat Sabu dan Khairi Jamaluddin serta Datuk Azez Rahim serta yang lain wajar dilakukan, kita mahu pihak polis menahan mereka kerana melanggar undang-undang negara meskipun telah diberi ingatan awal pihak polis dan KDN.

Mereka yang berkenaan harus ditahan dan diambil keterangan serta tindakan sewajarnya tidak kira dari mana pihak yang mereka wakili.. undang-undang negara perlu dipertahan dan dipratik dan ditegakkan..

Dalam pada itu kita juga harus merenung sejenak kesan yang bakal dihadapi oleh negara diatas perhimpunan haram yang terjadi pada hari ini..mungkin banyak kesan buruk dari kebaikan hasil perhimpunan ini..

Apakah yang diperoleh oleh dalang perhimpunan ini ? selain memalit malu kepada pihak Kerajaan dan mengundang pandangan serong pihak luar berhubung perjalanan demokrasi di Malaysia.. agaknya itulah yang mereka mahukan..

Sekali lagi ucapan tahniah kepada PDRM kerana berjaya mengekang Perhimpunan haram ini dari terus merebak.. pengalaman berhadapan Perhimpunan pada 2007 telah mengajar kita supaya sentiasa bersedia dalam menangani insiden seperti ini, kita percaya petualang-petualang dibelakang perhimpunan ini tentunya kecewa dari hasil yang mereka lakukan kerana perhimpunan kali seperti tidak menjadi dan tidak sampai kepada matlamat yang mereka hajatkan!!

Kepada rakyat yang inginkan keamanan dan kesejahteraan serta kemakmuran Malaysia, marilah kita menolak pihak golongan pelampau ini dalam PRU ke 13 nanti.. kita percaya majoriti senyap dalam masyarakat akan memberikan kemenangan sekali lagi kepada Barisan Nasional kerana mereka mengharapkan supaya momentum pentadbiran negara terus maju jaya dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri yang kita senangi..


Sekali lagi syabas PDRM !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan