Khamis, 4 Februari 2010

SEMANGAT DAN KEBERANIAN SAIFUL BAHARI HADAPI ANWAR

Sudah 2 hari berlalu kes Liwat DSAI dibicarakan di Mahkamah mengundang dan menyelak pelbagai keterangan diluar dugaan pengadu kes ini iaitu Saiful Bahari yang dikatakan penat menunggu terlalu lama detik ini untuk memberi keterangan apa yang didakwanya berlaku.

Apa yang ingin diperkatakan disini ialah keberanian dan ketabahan seorang anak muda biasa yang ditemukan dengan bekas majikannya yang mempunyai kedudukan tinggi yang bertaraf 'ulama' didalam sebuah bilik 'pengadilan' bagi proses mencari penyelesaian dan kebenaran.

Anak muda yang hanya ditemani bapa dan peguam serta beberapa keluarga terdekat langsung tidak tertekan dengan kehadiran bekas majikannya bersama ratusan penyokong di Mahkamah sejak hari pertama kes ini dibicarakan. Keadaan hinggar binggar dan laungan bertali arus penyokong DSAI dilihat tidak sedikitpun menjadikan pemuda ini kecut dan menjadi penakut.

Agaknya pemuda ini telah menanamkan tekad untuk menghadapi apa jua rintangan dan cabaran dalam menegakkan kebenaran demi maruah diri yang didakwanya telah dicemarkan.

Bagi negara kita yang mengamalkan proses demokrasi, kita berharap biarlah perbicaraan ini dijalankan dalam suasana aman tanpa diganggu gugat dalam mencari siapa yang benar..... demi menjaga maruah diri dan keluarga serta masa depan masing-masing samada yang yang menuduh ataupun yang dituduh!

(Di dalam air ku terlihat wajah - P.Ramlee)

1 ulasan:

  1. Salam bro, inikah yang dikatakan konspirasi UMNO untuk menjatuhkan Anwar ? masakan Saiful sanggup menghadapi pelbagai cercaan semata-mata kerana upah ? Saiful sedang berjihad menentang kemungkaran dan maruah dirinya.............

    Saiful adalah pejuang tulen untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa Anwar ini adalah seorang 'PELIWAT'....tidak harus dijadikan pemimpin....

    BalasPadam