Selasa, 12 Januari 2010

CADANGAN VERSI DIKIR BARAT DALAM BAHASA CINA DAN TAMIL DISOKONG

Menteri Pelancungan Dato' Seri Ng Yen Yen dalam satu kenyataan semalam mengalu-alukan langkah pihak Pemuda MCA Kelantan untuk membawa lagu dikir barat dalam bahasa cina.

Dikir Barat yang popular di Kelantan serta di negari-negeri lain di negara ini wajar dikembangkan dalam pelbagai bahasa dan bukan sahaja dinyanyikan oleh orang melayu tetapi turut sampaikan oleh pelbagai kaum.

Jika percubaaan oleh pihak pemuda MCA Kelantan ini berjaya dan cadangan dari pihak YB. Menteri ini menjadi kenyataan setidaknya-tidaknya Dikir Barat akan lebih popular kerana bukan saja mempunyai peminat melayu tetapi mempunyai peminat dari pelbagai kaum dan keturunan.

Keadaan ini juga boleh membantu Kerajaan dalam menjayakan gagasan 1 Malaysia melalui persembahan dikir barat pelbagai etnik di Malaysia.

Syabas YB Menteri Pelancungan!

1 ulasan:

  1. Salam bro, sokong sangat kawe......... wau bule ooo wau bule...... kalau loghat India dab Cina cam mana ye....

    BalasPadam