Sabtu, 9 Januari 2010

INSIDEN MEMBAKAR GEREJA PERBUATAN TERKUTUK DAN HINA

Dalam masa masyarakat islam seluruh negara melahirkan bantahan pengunaan Allah oleh agama lain, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyemarakkan api persengketaan antara kaum dan agama di negara ini dengan melakukan perbuatan keji dan hina membakar gereja.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di tiga buah gereja di Lembah Kelang semalam perlu dipandang berat oleh semua pihak.

Mufti Perak, Tan Sri Harusanni Zakaria dalam komen menegaskan bahawa beliau percaya tindakan tersebut dibuat diatas dorongan emosi sehingga sanggup bertindak di luar kewarasan dan hukumnya haram merosakkan tempat ibadat agama lain, sementara itu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat perbuatan tersebut dilakukan oleh individu yang tidak memahami ajaran islam dan mengikut nafsu amarah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab , menyerang gereja dan mengarahkan polis meningkatkan kawalan disemua rumah ibadat diseluruh negara. Perdana Menteri juga berkata perbuatan tidak bertanggung jawab itu perlu dikutuk sekerasnya kerana ini akan menghacurkan kerharmonian dalam negara ini.

Komen :

Dalam inseden ini, pihak yang bertanggungjawab perlu dicari sehingga kelubang cacing dan tindakan undang-undang serta hukuman seberat-beratnya termasuk melucutkan kerayatan mereka yang terlibat harus dijalankan oleh pihak yang bertanggung jawab.

Pada pendapat saya isu melibatkan agama perlu ditangani dengan bijak oleh pihak yang berwajib, bantahan dan perhimpunan aman dengan kebenaran polis harus dibenarkan sebagai tanda tidak puas hati kelompok tertantu yang mana umat islam sememangnya ingin melahirkan rasa kecewa dengan keputusan mahkamah berhubung isu kalimah Allah.

Soalnya sekarang, ada yang juga yang berpendapat mungkin ada pihak ketiga menanguk di air keruh dalam isu ini, terdapat kemungkinan ia didalangi pihak yang ingin mengambil kesempatan bagi mengeruhkan lagi keadaan dengan niat untuk membakar hangus keamanan dan kerhamonian yang dipupuk oleh segenap lapisan rakyatnya sekian lama.

Oleh itu, sesuai dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin meminta semua pemimpin masyarakat, termasuk pemimpin agama supaya supaya bersama-sam,a memainkan peranan memberi nasihat kepada masyarakat bagi memastikan tidak timbul salah tafsiran ekoran inseden cubaan membakar tiga buah gereja disekitar ibu kota semalam.

Pandangan dan saranan Timbalan Perdana Menteri tersebut perlu diambil perhatian bagi sama-sama memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang dan pihak yang membuat keputusan haruslah peka dengan sensetiviti agama dan perkauman dalam memastikan perpaduan kaum dan masyarakat Malaysia akan terus utuh dan terpilihara sampai bila-bila.

Sekian.

1 ulasan:

  1. Salam Duri Laka, rakyat perlu tahu dengan agenda licik pengkhianat negara yang nak sangat berkuasa.... cara ini mengingatkan kawan semasa era darurat komunis.... inilah cara keganasan mereka.....

    BalasPadam