Khamis, 18 Februari 2010

LOMPAT PARTI SATU DOSA ?

Saranan yang dilemparkan oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bekas mufti Perlis semalam 17hb Februari, 2010 yang mengatakan adalah satu dosa jika sesorang wakil rakyat melompat parti sedangkan wakil rakyat berkenaan dipilih oleh rakyat sehingga beliau menang kerusi pilihanraya yang ditandingi. Hujah Dr Mohd Asri tersebut terus disambut oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS yang menyokong kenyataan tersebut dengan mengatakan wakil rakyat yang berbuat demikian telah melakukan dosa dan perlu meminta ampun dari pengundi yang diwakilinya kerana tersebut boleh dianggap sebagai mengkhinati amanah rakyat.

Itulah kenyataan yang telah dibuat oleh dua tokoh yang merujuk kepada kes YB. Datuk Seri Zahrain bin Mohamed Hashim Ahli Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang yang telah mengistiharkan diri keluar dari PKR dan bertindak sebagai Ahli Parlimen bebas.

KOMEN :

Kenyaatan Datuk Nik Aziz ini memang lucu sekali jika dibaca dengan teliti...apa tidaknya beliau 'berfatwa' sebegitu oleh kerana pulangan politik tidak menyebelahi pihaknya.. jika pulangan politik menguntungkan pihaknya beliau tentu sokong dan mengalu-alukan langkah tersebut, dalam kenyataannya juga Datuk Nik Aziz bagimanapun berkata, pemimpin yang melompat dari parti lain untuk menyertai PAS dianggap sebagai kembali kepada hakikat asal perjuangan politik menurut islam, 'Orang yang kembali kepada PAS, bermakna dia kembali kepada asal kerana mereka bersalah berada dalam Kerajaan yang mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan antara politik dengan agama' katanya.

Inilah sikap Tuan Guru Nik Aziz apabila berdepan dengan situasi yang tidak menyebelahinya..dulu masa Datuk Seri Anwar beria-ia untuk 'membeli' Ahli Parlimen BN dalam usaha untuk menumbangkan BN dan mengambilalih teraju pemerintahan negara beliau tidak ambil pusing dan penduli kerana mungkin pada masa itu PAS belum bersekongkol lagi dengan PKR begitu juga DAP.

Sebenarnya isu lompat parti ini terlebih dahulu dimainkan oleh Datuk Seri Anwar sehingga 'ahli-ahli Parlimen BN ketika itu terpaksa dipagar ' supaya tidak ditembusi oleh puak-puak Anwar yang mengajak berpaling tadah dengan melompat kepada PKR!!

Berbalik kepada kenyataan Dr Asri , ramai menyokong saranan YB. Datuk Ibrahim Ali selaku Ahli parlimen bebas dari Pasir Mas yang juga presiden PERKASA yang beranggapan pandangan tersebut bersifat peribadi dan berpendapat kenyataan Dr Asri berbaur emosi tanpa berfikir terlebih dahulu dan tanpa berlandaskan rujukan.

Beliau juga mendakwa, 'mana ada dalam nas al-Quran menyatakan lompat parti berdosa, bukan tukar agama' , lain kali bila buat kenyataan kena berhemah, jangan main sedap cakap saja' katanya.

Manakala ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi yang pernah keluar dari PKR beranggapan kenyataan bekas mufti Perlis itu semalam adalah tidak wajar kerana tidak menyelami keadaan sebenar yang dihadapi oleh wakil rakyat yang terbabit dan beliau meminta Dr Asri berjumpa beliau untuk mengetahui dan menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.

Begitulah pandangan beberapa tokoh yang telah menjadi wakil Rakyat bebas dalam isu lompat parti ini.

Kita juga hairan dengan pandangan-pandangan sebegini, jika memihak kepada mereka tidak menjadi kesalahan tetapi apabila tidak memihak bermacam fatwa dan dalil dikeluarkan untuk mengajak orang ramai membenci diatas tindakan yang dibuat oleh ahli-ahli yang berhormat berkenaan. Mungkin mereka lupa jawatan dan kelebihan yang ada pada wakil-wakil rakyat yang berkenaan terpaksa diletak dengan harga yang tinggi diatas tindakan tersebut, apa untung mereka keluar parti.. sedangkan jika bersama BN mungkin langsung tidak diberi peluang sebagai wakil rakyat atau EXCO , tetapi mungkin diatas tanggung jawab dan rasa berdosa terutama kepada perjuangan islam dan orang melayu sehingga mendorong mereka berbuat demikian, bak kata Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim beliau tidak mahu mencatat sejarah sebagai salah seorang yang menjadi grombolan dan mahu menjahanamkan islam dan orang melayu dengan tindakan beterusan menyokong Pakatan Rakyat terutama apa yang berlaku di Pulau Pinang ketika ini, sebab itulah beliau mengambil keputusan meninggalkan PKR!

Untuk itu marilah kita sama-sama merenung kenyataan Dr. Mohd Asri dan Nik Aziz, pandangan mereka mungkin ada muslihat politik, dalam masa yang sama mereka juga terdorong kearah matlamat dan cita-cita politik sendiri, POLITIK MENGHALALKAN CARA dan MEMAINKAN POLITIK BERSENTIMENKAN AGAMA untuk menarik masyarakat islam menyokong mereka, tapi percayalah ramai masyarakat islam telah mula sedar dengan mainan politik seperti ini, sehingga islam yang perlu dipertahankan boleh diperjudikan dengan memberikan ruang seluas-luasnya kepada musuh islam seperti DAP menuntut yang bukan-bukan, kita juga menyeru penyokong-penyokong PAS dan orang melayu supaya menyedari perjuangan yang berbahaya ini dan sama-sama menolak kenyataan-kenyataan yang boleh mengeliru dan merugikan orang melayu dan islam di negara ini.

Fikir-fikirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan