Selasa, 23 Februari 2010

KERTERBUKAAN DALAM PAKATAN RAKYAT HAKIS DENGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA DISPLIN WAKIL RAKYAT PAKATAN.

Hari ini di dalam Sinar Harian Edisi Pahang 23Febuari, 2010 (selasa) Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Displin untuk pakatan tersebut bagi membendung sebarang perselisihan faham melibatkan wakil rakyat dalam PR.

Jawatankuasa Displin tersebut akan dipengerusikan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sivarasa Rasiah dan diwakili oleh semua ahli tiga komponen PR iaitu PKR, Pas dan DAP.

KOMEN :

Penubuhan Jawatankuasa displin ini mengambarkan betapa teruknya krisis yang berlaku dalam Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini, krisis paling ketara apa yang berlaku di Pulau Pinang yang menyebabkan PR hampir berpecah belah, kes peletakan jawatan dan pengumuman Datuk Sri Zahrain Hashim sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru yang mengistiharkan diri sebagai Ahli Parlimen Bebas akibat rasa tidak puas hati terhadap layanan Ketua Menteri Lim Guan Eng dari DAP kepada masyarakat melayu Pulau Pinang sehingga menganggap Guan Eng sebagai komunis, chauvinist dan ditaktor.

Bukan sahaja suara-suara tidak puas hati ini dari Datuk Seri Zahrain tetapi beberapa wakil rakyat PKR seperti YB. Zulkifli Noordin dan seorang ADUN Pulau Pinang dari PKR turut membidas Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang tidak adil dan rasis terhadap islam dan orang melayu serta tidak layak menjadi ketua Menteri Pulau Pinang dan mendesak beliau kembali ke negeri asal Melaka.

Oleh kerana keadaan sedemikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil jalan menyekat wakil -wakil rakyat PR dari mengeluarkan pandangan dan protes secara terbuka sesama parti-parti PR sehingga menubuhkan jawatankuasa disiplin ini.

Tetapi semua tidak lupa dengan laungan pemimpin PR dari PKR, PAS dan DAP dulu yang mengatakan mereka bebas mengkritik apa sahaja kepincangan dalam kerajaan BN termasuk juga apa yang berlaku dalam dan sesama parti PR, menandakan mereka telus dan sedia menerima kritikan... Tetapi sejak isu-isu yang melanda PR terutama PKR dan DAP menjadikan pemimpin mereka seperti cacing kepanasan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Beberapa wakil rakyat PR bertelagah sesama sendiri menujukkan betapa goyangnya PR akibat ideologi perjuangan masing-masing yang begitu berbeza. Demi untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional semata-mata, mereka sanggup meninggalkan ideologi masing-masing buat seketika biarpun perjuangan mereka ibarat langit dan bumi perbezaanya.., kita masih ingat lagi ungkapan Karpal Singh 'langkah mayat DAP dulu sebelum PAS ingin menubuhkan negara islam', inilah kenyataan paling tegas yang pernah dikeluarkan oleh pemimpin DAP.. bagaimana pandangan umum terutama umat islam dalam isu sebegini??.

Langkah menubuhkan jawatankuasa displin oleh Anwar ini, seolah tidak lagi percaya kepada agenda ketelusan dalam PR yang pernah dilaungkan dulu.. Ingatlah Pemimpin-Pemimpin PR, saudara dan konco-konco adalah penyumbang kepada masalah yang ada.. di Perak PR setuju memberi tanah untuk jumlah 999 tahun kepada kampung baru cina, menafikan Dasar Ekonomi Baru, menggiktiraf Chin Peng, membakar sentimen masyarakat india dan banyak lagi kemungkaran yang dilakukan demi meperjuangkan individu tertentu semata-mata.

Dan yang terkini.. desakan supaya diadakan sidang khas parlimen meminta supaya digugurkan pertuduhan liwat Datuk Seri Anwar disamping desakan 50 Ahli parlimen Australia yang meminta mahkamah Malaysia menguggurkan kes berkenaan!!..

Tekanan demi tekanan yang melanda PKR dan PR akhir-akhir ini menyebabkan Anwar dan Pemimpin mereka pening kepala, tekanan ini bukan ciptaan UMNO/BN tetapi angkara pemimpin-pemimpin dalam PR terutama wakil-wakil rakyat mereka yang masih mempunyai perjuangan islam dan melayu dan berhati perut dan tidak sewenangnya mengiyakan pekara-pekara yang boleh menjatuhkan melayu.. inilah sebenarnya apa yang berlaku dalam PR sekarang, sebab itulah ada pemimpin seperti Datuk Seri Hj Hadi Awang yang pendiriannya jelas tidak mahu campur tangan luar dalam isu desakan 50 Ahli Parlimen Australia dalam kes liwat DSAI itu.

Walau apa pun Jawatankuasa Displin yang diwujudkan untuk tujuan pemantauan wakil-wakil rakyat PR ini, kita akan melihat lebih ramai wakil rakyat mereka akan menongkah arus yang lantang bersuara demi menegakkan kebenaran dalam memertabatkan islam dan melayu serta keadilan masyarakat berbilangan kaum di Malaysia seperti apa yang telah dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional selama ini.

Fikir-fikirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan