Selasa, 9 Februari 2010

TOL PERCUMA SEMPENA TAHUN BARU CINA - ANGPAU UNTUK RAKYAT

Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan dan syarikat konsesi yang mengendalikan tol lebuhraya Kula Lumpur - Karak dan lebuhraya Pantaui Timur (fasa 1) yang mengecualikan bayaran tol pada 11 dan 15 februari mulai jam 11.30 malam hingga 4.30 pagi.

Terim kasih juga kepada syarikat tol diseluruh negara yang menawarkan diskaun tol 5-20 peratus pada hari dan masa tertentu, ini melambangkan semangat 1Malaysia yang sangat membanggakan kita rakyat Malaysia dimana buat pertama kali pihak Kerajaan dan syarikat tol diseluruh negara menawarkan pakej atau angpau sempena sambutan tahun baru cina.

Tahniah kepada YB. Datuk Shaziman Abu Mansor selaku menteri Kerja Raya kerana mengusahakan pekara ini dan rakyat sememangnya mengalu-alukan langkah seperti ini yang boleh membantu rakyat terutama dalam kemurangan ekonomi negara dan dunia ketika ini.

Langkah yang dilakukan oleh syarikat konsesi tol ini dibuat secara sukarela sebagai tanggung jawab mencerminkan konsep 'berorientasikan pengguna' terhadap pengguna lebuhraya yang selama ini memberikan sokongan kepada pengunaan lebuhraya bertol.

Selaku pengguna lebuhraya bertol kita juga mengharapkan agar pekej sebegini akan diteruskan pada musim-musim perayaan lain dimasa akan datang. Kita percaya rakyat akan menyokong usaha Kerajaan untuk memberikan pulangan dimasa-masa tertentu kepada pengguna lebuhraya sebagai satu tanggunjawab bersama berkonsepkan 1Malaysia, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan,... Syabas kepada Kerajaan !! Syarikat Konsesi Tol!! diatas usaha-usaha murni untuk rakyat Malaysia keseluruhannya....

(Balikkk Kampungg.... Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad )

2 ulasan:

  1. Bagus sangatlah tu weh...... tapi awok nak balik mana ? mana kena lalu lebuh raya...... berguling-gulinglah atas jalan raya puak-puak Nizar ye....tol free....

    BalasPadam
  2. Koi nak balik Jengka je..kena lalu tol Temerloh kena juga kan, tapi taklah sampai nak berguling-guling macam penyokong tegar Nizar tuu!! itu harprak punya keje!! nanti dilanggar stemroll penyek pulakkk... abis tinggal orang tersayang... Gong Xi Fa Cai! makan limau banyak-banyak..ok

    BalasPadam