Khamis, 20 Januari 2011

LIGA SUPER- HARAPAN KEPADA BARISAN MUDA SKUAD BOLASEPAK TOK GAJAH.

Pengumuman dari pengurusan skuad bolasepak Pahang yang akan menurunkan 8 orang barisan pemain muda dalam skuad Pahang musim ini tentunya memberikan harapan dan keyakinan baru kepada pihak pengurusan dan peminat-peminat fanatik Tok Gajah.

Peminat berharap pembentukan skuad baru ini mampu mengembalikan semula sokongan padu penonton untuk memenuhi stadium Darul Makmur yang telah lama tidak digegarkan dengan sorakan keramat pasukan Tok Gajah.

Liga Super yang akan bermula tidak lama lagi bakal menyaksikan saingan dari pasukan-pasukan elit dari negeri lain yang juga telah bersedia untuk mengharungi musim ini.

Ramai percaya kebijaksanaan pengurusan dan jurulatih Tok Gajah musim ini dalam membawa harapan baru kepada skuad Pahang bersaing dalam liga Super dijangka boleh mementuk skuad yang digeruni lawan.

Harapan kita selaku peminat skuad Tok Gajah, supaya skuad ini dapat melakar kemenangan demi kemenagan didalam mengembalikan maruah bolasepak Pahang dan meletakkannya sebaris dengan pasukan-pasukan ternama di negara ini disamping menyatukan satu sorakan dan menyemarakkan perpaduan rakyat negeri Pahang darul makmur keseluruhannya.. Sama-sama kita nantikan amukan Tok Gajah!!

HIDUP SUKAN BOLA SEPAK PAHANG !!

1 ulasan:

  1. Salam perjuangan.Harap dapat dilinkkan blog KL BOYZ disini...Terima Kasih..
    http://klboyzwangsa.blogspot.com

    BalasPadam