Isnin, 17 Januari 2011

' PUSAT PELANCUNGAN BARU , TITIK TENGAH SEMENANJUNG DI LANCHANG, PAHANG.



Pengwartaan Temerloh sebagai Titik Tengah Semenanjung baru-baru ini bakal mendatangkan impak besar dan ruang untuk penjanaan ekonomi di Temerloh khasnya pekan kecil Lanchang.


Titik Tengah Semenanjung yang terletak di Kg. Paya Siput didalam kawasan pentadbiran kampung JKKK Rantau Panjang, Mukim Semantan ini telah menjadi sebutan penduduk sehingga pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Temerloh telah mula mempromosi melalui slogan barunya " TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG".


Diharap kepada agensi seperti Pejabat Daerah Temerloh dan majlis Perbandaran Temerloh segera menaikkan taraf tapak 'Titik Tengah Semanjung' berkenaan supaya infrstruktur dan kemudahan-kemudahan yang perlu dapat digerakkan segera bagi mengamit kedatangan pelancong ke Temerloh dan menjadikan penemuan baru ini sebagai satu daya tarikan selepas Pusat Pemuliharaan dan Santuri Gajah dan Deerland di Kuala Gandah dan Bukit Rengit disini yang sentiasa dikunjungi ramai.


Peranan kepimpinan seperti YB. Parlimen Temerloh dan YB ADUN Lanchang sangat diperlukan dalam memberi sentuhan demi merealisasikan kejayaan Projek yang boleh menjana ekonomi dan mempopularkan Lanchang dan Temerloh diperingkat negara dan antarabangsa!!




Isnin, 10 Januari 2011

PILIHAN RAYA UMUM KE 13 SEMAKIN HAMPIR?

Langkah YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak memanggil semua Ahli Parlimen BN kelmarin mendapat pelbagai reaksi dan andaian dari semua pihak termasuk penganalisa politik yang mengatakan PRU ke 13 semakin hampir.

Walaupun YAB PM mengatakan perjumpaan berkenaan adalah pekara biasa untuk mendengar permasalahan yang dihadapi oleh seluruh kawasan parlimen BN dalam isu setempat dan janji-janji pilihanraya lepas, tetapi ramai yang beranggapan langkah berkenaan menjurus kepada persiapan pilihanraya umum yang dilihat samakin hampir.

Walau apa pun persepsi dan tanggapan semua pihak berhubung langkah yang dibuat oleh YAB PM berkenaan, ramai pihak memuji pendekatan berkenaan kerana kesungguhan dan keperhatinan PM dalam menentukan agenda membela rakyat diteruskan sesuai dengan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapian diutamankan..

Selaku Kerajaan yang memerintah sudah tentu YAB PM bersama MPnya ingin melihat dan membuat 'check and balance' terhadap janji-janji pilihanraya dan projek-projek pembangunan untuk rakyat dalam mengesan tahap dan pencapiannya..

Setelah semua keperluan rakyat dipenuhi dan YAB PM telah berpuas hati dengan pencapaian, yakinlah PRU ke 13 akan dilakukan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih Kerajaan.

Didalam hal ini ramai yang berkeyakinan Kerajaan BN dibawah kepimpinan Dato' Seri Najib mungkin diberi mandat semula untuk memerintah kerana kejayaan yang begitu terserlah dalam membangunkan negara dan membela rakyat.. sama-samalah kita tunggu pengumuman PRU Ke 13 nanti.. bilakah tarikh keramat itu?

'Meneka dalam kesamaran' - Artis Ibnor Riza.

Penoreh Getah dan Pekebun Sawit Senyum Lebar Sambut Tahun Baru 2011..

Kenaikan harga getah dan kelapa sawit tentunya melegakan pekebun terutama orang kampung yang bergantung sepenuhnya kepada hasil komoditi tersebut.


Kenaikan harga komoditi berkenaan naik mendadak diatas permintaan pasaran dunia. Tahun baru 2011 merupakan permulaan bagi tahun yang penuh bermakna kepada pekebun kecil dan mereka boleh tersenyum lebar dengan pendapatan yang agak lumayan.


Pekebun getah dan kelapa sawit termasuk peneroka Felda lega dengan keadaan ini, mereka disarankan supaya bijak berbelanja dan menabung untuk masa depan dan anak-anak semasa harga komoditi berkenaan masih tinggi.


Harga tinggi dan pendapatan lumayan ini menjadikan bahan tersebut menjadi perhatian, dalam satu kes di Temerloh, Pahang menurut akhbar Sinar Harian 6Januari, 2011 melaporkan kes kecurian getah telah meningkat dimana penduduk dan Rela terpaksa berkawal bagi mempastikan getah tidak dicuri, begitulah risiko yang terpaksa dihadapi apabila harga getah naik dengan mendadak!!


Kesimpulannya semua yang berlaku ini adalah kurniaan dan nikmat dari Allah SWT serta berkat usaha pemimpin-pemimpin negara terutama YAB Perdana Menteri kita yang bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat kearah tranformasi ekonomi untuk menjadikan Rakyat Berpendapatan Tinggi yang menuntut kesungguhan seluruh masyarakat dalam mengerakkan tranformasi berkenaan.


Syabas YAB PM dan Kepimpinan ! Syabas Rakyat Malaysia!!

Jumaat, 7 Januari 2011

TUDUHAN TERHADAP PAK MENTERI KARUT DAN FITNAH!

Tuduhan terhadap YB. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim selaku Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi terlibat dalam kes perkosa dan merogol bekas pembantu rumahnya memang keterlaluan dan dibuat dengan niat jahat untuk merosakkan maruah dan menjatuhkan kerier politik beliau.

Menteri yang mempunyai 'track record' cemerlang dalam perkhidmatan disamping mempunyai karisma politik yang tinggi dan berhemah cuba 'diusik' dengan tuduhan yang nakal dan keterlaluan oleh pihak parti pembangkang.

Tuduhan ini mungkin dicipta untuk mengalihkan isu semasa seperti isu kes perlantikan SUK Selangor dan isu pertuduhan liwat Datuk Seri Anwar, dalam hal ini Akbar rasmi PAS, Harakah bil 1602, 3 - 6 Januari, 2011 dalam muka akhir terang-terangan membuat tuduhan berkenaan berdasarkan sumber yang didedahkan oleh Wikileaks semata-mata dan mempersoalkan kenapa kes Altantuya dan kes yang melibatkan Pak Menteri Penerangan tidak 'di highlight' seperti kes liwat DSAI.

Sikap akhbar dan individu kurang ajar ini patut diambil tindakan segera , disarankan Pak Menteri segera mengambil tindakan undang-undang bagi menghentikan tuduhan dan fitnah ini, tindakan sebegini sekurang-kurangnya memberi pengajaran terhadap pihak yang tidak bertanggung jawab yang menjadikan fitnah dan tuduhan palsu sebagai budaya politik mereka.

Kepada Pak Menteri kami sarankan supaya bersabar dalam menempuh dugaan dan fitnah seperti ini, yakinlah rakyat akan terus bersama yang benar, teruskan memberi pandangan dan melontar kata-kata hikmah, madah dan pujangga kerana rakyat menerima tuan sebagai seorang menteri yang berkarisma, patriotik dan berpengalaman dalam menjulang cita-cita YAB Perdana Menteri dan Kerajaan menerusi konsep dan gagasan 1Malaysia !!!

Isnin, 21 Jun 2010

PILIHANRAYA AWAL TIDAK PERLU

Baru-baru ini terdapat kajian dari sebuah agensi yang membuat kajian berhubung tahap sokongan rakyat kepada kepimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan Kerajaan dan kepimpinannya yang mengatakan sokongan kepada Kerajaan telah mencapai lebih 70% dan mencadangkan supaya masa yang sesuai untuk diadakan pilihanraya lebih awal.

Pendapat ini turut disokong oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad yang turut bersetuju pilihanraya dibuat lebih awal memandangkan prestasi Kerajaan sekarang telah mendapat keyakinan dan maklum balas yang baik dari majoriti rakyat.

Kenyataan dan kajian ini mungkin melegakan pemimpin BN, dan sehari selepas itu Dato' Seri Najib telah memberi ulasan bahawa Pilihanraya tidak perlu diadakan tergesa-gesa oleh kerana Kerajaan BN yang ada sekarang mempunyai masa untuk berbuat demikian.

Beliau juga telah mengatakan walaupun BN telah kembali diterima masyarakat, tidak semestinya pilihanraya diadakan lebih awal kerana fokus BN untuk mempastikan pembangunan negara dan rakyat akan terus diperhebatkan dan ingin membuktikan komitmen BN kearah itu, setelah semua janji-janji dilaksanakan barulah pilihanraya akan diadakan dan Kerajaan ketika itu akan menyerahkan kepada rakyat untuk menilai prestasi Kerajaan untuk diterjemahkan melalui proses mengundi dalam pilihanraya bagi mendapatkan semula mandat rakyat.

Bagi penulis, walaupun saranan dan cadangan pilihanraya awal ada petanda yang memungkinkan BN diterima rakyat tetapi kajian dan perancangan perlu sebelum proses pilihanraya kecil dijalankan.

Masih banyak pekara yang perlu diperbaiki terutama oleh parti-parti kompenan BN seperti UMNO, MCA dan MIC dalam menarik kembali sokongan rakyat, walaupun rakyat telah menerima kepimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib selaku PM dan teraju BN. Krisis demi krisis yang berlaku dalam MCA dan isu penghakisan kepercayaan terhadap kepimpinan oleh masyarakat india kepada Presiden mereka masih belum reda lagi dan perlu diselesaikan segera.

Isu seperti kepentingan dan sentimen kaum dengan wujudnya PERKASA, Dong Zhou, Hinddraf dan pelbagai persatuan yang mewakili kaum perlu ditangani dengan bijak kerana badan-badan ini mempunyai kepentingan tertentu dan kadang kala mereka juga berperanan membentuk sokongan etnik masing-masing bagi menentukan kemenangan dalam sesuatu pilihanraya.

Oleh itu, semua pihak perlulah akur dan menerima hakikat bahawa pilihanraya awal tidak perlu diadakan sekarang dan wajar kita semua menyahut seruan Perdana Menteri agar bersama-sama beliau menumpu dan membangunkan negara dan membela rakyat kerana rakyat sedang menilai dan memerhati setiap tindakan yang dilakukan oleh BN, bak kata PM "Jika Kita Tidak berubah, Kita akan di Ubah...,"

FIKIR-FIKIRKANLAH....

Selasa, 25 Mei 2010

TUDUHAN S. VELL PAARI- UMNO PUNCA MASALAH BN KALAH PILIHANRAYA DAN ISU KEKALUTAN DALAM MIC ADALAH TUDUHAN KUIRANG BIJAK.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini 25Mei, 2010. Muka Surat 3 telah menyiarkan tuduhan anak Presiden MIC, S. Vell Paari dengan angkuh menuduh UMNO sebagai punca mesyarakat cina dan india tidak memberi sokongan kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya yang lalu.

Tuduhan ini dibuat didalam keadaan dimana gelombang kebangkitan masyarakat india dan sebahagian pemimpinnya yang secara terang-terangan mendesak ayahnya Datuk Seri S. Samy Vellu supaya berundur dari jawatan Prisden MIC yang dianggap oleh pemerhati politik sebagai 'harta pusaka' dan hak mutlak pemimpin seperti Samy Vellu yang berkuasa hampir 40 tahun lamanya,

Penubuhan Gerakan Anti Samy Vellu ( GAS) oleh bekas Timbalan ketua Pemuda MIC V. Mugilan dan beberapa pemimpin MIC yang dipecat presiden terus membakar sentimen masyaralkat india suapaya menolak dan memaksa Datuk seri samy meletak jawatan.

Anak Samy Vellu dalam akhbar harian ini juga mendakwa sentimen penubuhan GAS ada kaitan dan mendapat restu dari pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO dan mendakwa sokongan tersebut sebagai memulakan satu tindakan yang berbahaya dan berharap orang luar tidak mencapuri urusan dalam parti MIC.

Beliau juga mendakwa keputusan parti perlu dihormati kerana ayahnya dipillih melalui proses demokrasi oleh ketua dan perwakilan dan tidak perlu dipertikaikan.

Beliau juga mengatakan kemerosotan sokongan kepada BN oleh masyarakat india dan cina dalam PRU ke 12 lalu buka berpunca dari MCA atau MIC sebaliknyanya sokongan itu hakis oleh isu-isu ketidaksamarataan dalam pelbagai aspek, isu penarikan lesen pembelian besi buruk dan penahanan pemimpin Hindraf.


KOMEN :

Sebagai anak kepada pemimpin nombor satu MIC, S. Vell Paari memang wajar mempertahankan bapanya lebih-lebih lagi beliau juga telah dilantik oleh Presiden sebagai Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC tetapi dalam masa yang sama beliau perlu memahami kehendak ahli dan masyarakat india yang mahukan perubahan disamping mendesak presiden meletakkan jawatan.

Isu mengundur diri oleh Datuk Seri S. Samy bukan pekara baru malah iannya telah dijanjikan oleh beliau beberapa kali tetapi tidak pernah ditunaikan, masyarakat india yang mahukan perubahan ternanti-nanti detik tersebut namun beliau terus memainkan dan membaharui janji-janjinya entah sampai bila. Keadaan ini menbuatkan masyarakat india merasa jelik dan sampailah masa mereka sanggup membuat bantahan terbuka denga cara penubuhan GAS dan sebagainya.

Dakwaan anak Samy Vellu mengatakan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO campur tangan dalam isu pembentukan GAS yang tidak masuk akal langsung kerana UMNO mempunyai banyak kerja untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat melayu supaya menyokong BN, MIC perlu ingat UMNO sanggup mengakui kelemahannya dalam banyak pekara sehingga sokongan kepada UMNO dalam pilihanraya dulu merosot sehingga pemimpin parti sanggup meletak jawatan dan memberikan kercayaan kepada pemimpin muda yang lain untuk meneruskan perjuangan parti sehinggalah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memikul amanah dan mengalas tanggung jawab bagi membangun dan meperkasakan negara dan rakyat menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti.

Isu dalaman MIC sepatutnya telah selesai dan cara terbaik ialah dengan langkah pengunduran Samy Vellu dari jawatan presiden MIC, tetapi keadaan itu tidak berlaku yang akhirnya menjadikan MIC sebuah parti yang dianggp pempunyai pemimpin 'kebal' dari segala-galanya sehingg bertindak memecat sesiapa yang mempertikaikanya. Keadaan ini sebenarnya langsung tidak membantu MIC dan masyarakat india malah keadaan ini akan melemahkan parti utama kaum india itu dan merugikan masyarakat india seluruhnya.

Dakwaan isu ketidaksamarataan dan sebagainya ibarat memukul air didulang, terpercik muka sendiri dimana S. Vell Paari perlu ingat bapanya adalah pemimpin masyarakat india yang berkuasa hampir 40 tahun lamanya, apakah yang tekah dibuat oleh sibapa dalam tempoh tersebut untuk masyarakat india? sepatutnya banyak perubahan yang telah berlaku dalam tempoh tersebut..., perlu diingat penubuhan HINDRAF juga adalah diantara faktor penyebab dan penolakan kaum india kepada kerajaan BN yang tidak bersetuju dengan Datuk Samy Vellu sebagai presiden MIC.

Oleh itu, kepada A. Vell Paari perlulah insaf dengan kenyataan tersebut dan saudara sepatutnya menjadi salah seorang yang mampu menasihati presiden supaya berundur dengan cara terhormat demi kepentingan masyarakat india dan Kerajaan, bapa saudara sebenarnya adalah antara tokoh dari kaum india yang mempunyai banyak jasa kepada negara ini dan jangan lah sejarah dan ketokohan tersebut tercalar dan terpalit angkara ' tidak mendengar rintihan' dan ibarat kemaruk kuasa sehingga faktor kemilangan ini bertukar menjadi kebencian yang menengelamkan sejarah kegemilangan seorang tokoh yang banyak berjasa seperti Datuk Seri Samy Vellu...!!

Fikir-fikirkan...

Isnin, 17 Mei 2010

PIALA THOMAS- PEMAIN SKUAD BADMINTON MALAYSIA SUDAH TUA

Kekalahan skuad badminton negara kepada pasukan China dalam separuh akhir piala Thomas baru-baru ini menghampakan peminat dan rakyat Malaysia keseluruhannya, ramai yang kurang berpuas hati dengan kekalahan tersebut lebih-lebih lagi kejohanan kali ini diadakan dinegara sendiri.

Walau bagaimanapun stadium badminton di Bukit Jalil telah menjelaskan segala-galanya dimana peminat dan rakyat Malaysia kecewa dan terpaksa akur dengan kehebatan pemain dari negara China yang menguasi setiap rentak dan gelanggang sehingga pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei terpaksa tunduk kepada pemain China Lin Dan, dan selepas itu pemain bergu dan perseorangan negara terpaksa tunduk satu persatu tewas dengan agergete 3-0 .

Ramai berpendapat bahawa cabaran skuad badminton negara kali ini berada ditahap yang tidak konsisten dimana pemainnya nampak kurang bersedia dan tidak mempunyai stamina yang mencukupi untuk berhadapan dengan lawan seperti China dan Indonesia, keadaan ini boleh dikesan apabila diperingkat kumpulan pasukan kita tewas dengan Jepun 3-1.

Masyarakat dan peminat berharap pembentukan skuad piala Thomas dan Uber, Malaysia perlu mantap dalam mengharungi sebarang kejohanan seperti piala Thomas, persediaan mental dan fizikal pertlu ditingkatkan kepada setiap pemain dalam mengharungi sesuatu kejohanan berpertij seperti ini.

Antara komen yang diberi oleh peminat ialah kebanyakan pemain negara telah berumur, isu ini pernah dibangkitkan oleh jurulatih Malaysia dari China Lee Yong Boo dan diakui sendiri oleh pemain negara seperti Wong Choong Hann yang terpaksa menerima hakikat tersebut.

Jesteru itu, kepada pihak-pihak seperti BAM dan MSN perlu menangani isu ini dengan memberi ruang kepada muka-muka baru untuk dipupuk menjadi pemain badminton negara walau kita terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk melahirkan pemain yang boleh mengalas cabaran negara dalam misi membawa pulang piala Thomas ke Malaysia. Jurulatih, pengurusan perlu dibneri nafas baru dalam mengendalikan pemain dan persatuan disamping mengekalkan momentum sokongan pemimpin-pemimpin dan rakyat Malaysia kerana ramai percaya melalui sokongan padu rakyat Malaysia melalui sukan akan menjayakan misi Kerajaan dalam menjayakan gagasan 1Malaysia melalui ' SORAKAN MALAYSIA BOLEH !!'

Tahniah kepada Rakyat Malaysia Kerana Sokongan dan Sorakan 1Malaysia!!